+ dag dig dug +

March 1, 2013

Kakal & Potty Training

Assalamualaikum,

Am alone at my partition..on a Friday lunchtime..eating homemade macaroni bolognese..listening to Muara Hati...sobbss sadis sungguh entry kau. Sebenarnya tak keluar sebab nak siapkan assignment kena sumbit Ahad ni Minah oi. Takpelah lagi sikit je lagi..abaikan.

Sebenarnya Ibu ni dah potty train Kakal ni almost sebulan kot. Tapi hanyalah di hujung minggu tatkala Ibu punya banyak masa untuk melayan kerenah Kakal. Sepanjang potty train ni Ibu belum konfiden lebih lagi nak lepaskan dia diaperless di Taska. Ini kerana Ibu takut cikgu-cikgi tak mampu melayan dia yang kena bertanya every half an hour 'Kakal nak shi-shi ke tak?' atau paksa dia ke toilet. Ye kena paksa  kalau tidak dia leka dan bertaburanlah segalanya di atas lantai.

Pernah sekali kat rumah biasalah kita ni leka buat kerja rumah. Ke dapur, ke bilik, ke hall ke serata tempat mengemas tup-tup Kakal panggil. 'Ibuuuuuuu...Kakal nak uk uk!' Berlari lah Ibu ni dari bilik ke depan terus tarik dia bawa pi toilet. Sekali naaaaaaaa...bertaburan lah segala harta karun. Takpelah kena seluar boleh basuh. Dah pakaikan dia seluar & pesan kalau nak shishi lari terus ke toilet sambil jerit IBUUUU, NAK SHISHIIIIIIIIII!!! Siap buat demo macam mana..dia cakap OK.

Sekali pergi depan hall..nampak objek kekuningan. Yang ku takuti telah pun terjadi. Rupanya ada harta karun telah jatuh di atas karpet bangla ku. Huwarghhhhhhhhhhhhhhhh! Masa tu stress mak noks. Tapi teringat pesan² ustaz 'Janganlah kerana harta kau marahi anak kecil'. Maka iyelah Ibu tak marah Ibu jerit sikit je. Banyak kali jugalah kisah terlepas ni sampai rasa nak give up. Tapi Alhamdulillah akhirnya berjaya.

Actually Ibu lupa nak bekalkan diapers haritu. Memang kosong beg takde diapers langsung. Masa balik Cikgu Noni cakap diapers takde tapi Kakal ok je kak katanya. Hah heran disitu. Sebab selalu kalau takde diapers diorang akan call. Cikgu Noni kata Kakal cakap kalau nak shishi. Time tidur je pinjam diapers kawan satu sebab takut terlepas. Phiewww Alhamdulillah. Leganya Ibu dengar. Akhirnya kita berjaya juga pottry train sayang. Dan hari ini dah 4 hari lah Kakal diaperless kat school. 

Lega sangat bukan sebab apa tau. Satunya iyelah boleh jimat duit kat situ dah. No more money spend on disposable diapers. Satu lagi yang betul² menakutkan ialah masalah TAKDE SIZE. Bayangkan semua brand pun Mak Jems dah cuba last sekali ni Babylove pants baru lah sedap dia pakai. Itu pun dah maksimum dah tu. Lagi 2 3 bulan memang dah takde size dah dalam pasaran diapers. HAHAHA.

So tips nya ialah DONT GIVE UP! Jangan cepat putus asa. Even takde masa pun belasah je ajar on weekend. Sampailah dia ready sendiri. Good luck to all moms out there yang nak start potty training your kids!!

Moh ler kita cari spenda cool+handsome untuk awak Kakal. HAHAHAHA.



Im so proud of you I just had to blog about it.
HEHEHE




10 comments:

  1. Potty train anak nie memang seronok bila berjaya,kan...
    :)

    ReplyDelete
  2. ada fiee... pampers dewasa... kakal muat saiz S... heeee ☺☺☺

    ReplyDelete
  3. Yes, good job kakal! Pasni boleh dating ngan Aunty berdua. Kita g shopping naik kete Aunty tinggal ibu. Wuwuwuwuwu.

    ReplyDelete
  4. Berapa berat kakal nehs?smgt sgt tgk...sihat alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  5. Heeeee! Kakal ni mengingatkan sy pd Aydin. Sebaya kan? Sama debab. Sama comel. Hahahaha....tp untung kat awak sikit sbb at least, Kakal nak juga yak tanpa diapers. Aydin? Adui!!!! Selagi takde diapers, selagi tu die jerit suh pakaikan kalau dia nak yak. Pening pale mak tau!

    ReplyDelete
  6. Selamat lah carpet bangla u pasni. kekekekeke

    Neway, berapa dah berat kakal skrg nih? Semangat btol!

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear