+ dag dig dug +

January 14, 2013

Weekend Kita =)

Assalamualaikum,

Kali ni weekend kami duduk rumah sahaja (baik tak?) sebab Abi kerja dan rumah yang macam kapal karam Titanic tu memerlukan perhatian. Segenap inci ruang rumah tu berlukan belaian. Terutama sekali part kain baju tu kena setelkan. Bila dah setel barulah sedap sikit mata memandang. Thanks to Abi juga sebab tolong tanpa dipinta. Thank you kerana beri kerjasama. Ailebiu.

Dalam rumah tu ada sorang je yang tak berapa nak beri kerjasama sepanjang weekend lepas. Ye, tak lain tak bukan budak kecik ni lah!!

jangan terpedaya dengan pandangan innocent itu


Macam² benda beliau lakukan untuk menguji tahap stress Ibu dia. Bermula dengan berak di atas karpet kerana Ibu telah menjalankan sesi 'Potty Training' sehinggalah menyepahkan rumah dari dalam bilik ke luar. Walau rumah sekangkang kera dan anak baru seorang Ibu tetap rasa mengah mengemas. Dan melayan vocal dia yang makin seperti orang tua. Dan sehari suntuk melayan dia mengulang filem 'Ajiboy' ohhhhh mannnn!!! Itu favorite line dia sekarang..kadang2 melalut jadi Oh Me..atau apa² Oh yang dia suka. 

Bila kena marah mulalah berdrama...

'Abiiii...kiter nak Abiiii' sambil kepala sandar kat atas meja..macam kecewa sangatlah tu.


Bila dengar bunyi pintu...

"Siapa tu? Siapa main² pintu rumah kiter tu?"


Bila suruh keluar dari bilik air lepas mandi..

"Kita belum lagi lah...Ibu janganlah keluarrr!" sambil menangis..


Bila suruh tukar channel lain selain kartun..

"Kiter nak tengok citer kiter lahhhh"


Bila ditakut-takutkan dengan momok sebab taknak dengar cakap..

"Kiter tak takuttt....kiter kuat, kiter ultraman"


STRESSS IBU!


Tapi dalam pahit ada manisnya (macam tajuk lagu) KEHKEH..


Bila ditanya banyak mana dia sayang Ibu..

"Banyakkkk niiiiiii!!" sambil depa kan tangan


Macam tu je dah cukup buat Ibu sejuk hati balik. Ibu love you Ariff Haikal. Ibu tau Kakal stress juga sebab tak dapat tidur hotel haritu (haritu Ibu cakap nak balik rumah kite bukan nak pergi tidur hotel, awak yang salah anggap) jadi Ibu & Abi akan gantikan dengan bawa Kakal tidur hotel nanti ye. InsyaAllah. Walau bajet hotel sekalipun, jadi lah ye Nak. Jangan demand sangat. 

Mari kita ngedeng Abi!!

Miahahahahaha.











10 comments:

  1. alala...comeynye ngn "kiter" yg dah pandai cakap ni....

    ReplyDelete
  2. Amboi Kakal demand ok nak tidur hotel
    haha
    tp budak2 sebaya diorang ni mmg bahaya kalau buat janji lepas tu tak tunaikan
    mmg sokmo dok ulang2
    :)

    ReplyDelete
  3. mmg bahasakan diri kiter ye.comelnya dia ;)

    ReplyDelete
  4. hehehe..sonok melayan cakap ngan anak fasa skrg ni kan? buat teman bergaduh pun boleh.

    ReplyDelete
  5. wahhh..mcm org johor pulak bahasakan diri kiter2 ni. hehehe. lama x jumpa kakal yg comel ni tau :D

    ReplyDelete
  6. comel je bila anak2 dah bercakap.. syiok layan tapi kdg2 penat gak hahaha

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear