+ dag dig dug +

November 26, 2012

Weekend Lepas

Assalamualaikum.

Minggu ini minggu busy bagi MATRADERS. Sesetengah je lah yang terlibat dengan INTRADE 2012. Start 27-29 November ni dekat MATRADE, Jalan Duta. Tak sure lah bila open for public. Boleh lah lawati website INTRADE ye.

Sementara tak kena panggil lagi ni marilah kita meng update belog. Semalam dapat jemputan makan² kat rumah kawan jemaah umrah Abi dulu. Tak sure kenduri apa sebab dia cakap meh datang makan je. Sebelum ke sana kami ke HUKM dulu jumpa 'anak' baru saya. Alhamdulillah, biras saya selamat melahirkan bayi lelaki Khamis lepas. Comel je orangnya, tak sabar nak tunggu baby balik rumah Nenek Gombak dia nanti. Nak gomol²..mmmuahhhhh wanginyaaaa baby!!

Assalamualaikum!
Nama saya belum confirm lagi lah.
HIHI.

Kakal suka baby. Dia siap usap rambut baby pastu kisskiss sikit kat pipi. Bila tanya Kakal nak baby tak? Taknak pulak! HAHAHA.

Ok lepas balik dari HUKM, baru bertolak ke rumah kawan Abi tu. Sampai² sana rupanya ada birthday party. Segan pula datang tak bawa apa². HUHU. Rupanya Ammar, anak kawan Abi turned 2 kelmarin. Ammar ni jemaah kecil yang ikut sekali pi umrah dengan parents dia. Subhanallah, kecik² dah diberikan rezeki jadi tetamu Allah. Sepanjang Abi kat sana, dengan Ammar lah Abi selalu lepaskan rindu bila teringat kat Kakal. Comel sangat Ammar! Ayah Ammar cerita masa kat sana Ammar tak banyak ragam. Bagusnya Ammar.


Ammar

Budak terlebih gula
Door gift


Takpaham kenapa Kakal kena pose gedik macam tu.
Lain kali tarik napas dulu,
HAHAHA

Demikianlah hari minggu kami. Minggu ni lagi super duper busy. Hukhuk. Stress sudah terasa. Tarik napas...lepas....tarik...lepass.

Selamat bertugas kepada yang terlibat dengan INTRADE 2012.



notakaki: jangan lupa #prayforGaza ye saudara-saudari. We LOVE Gaza kan?





10 comments:

welcome to preggieland dear