+ dag dig dug +

November 14, 2012

Senduk Fifieeee!!! Resepi Makaroni Bakar

Assalamualaikum,

*Tarik napas*

Happy diwali kepada semua yang menyambut Deepavali dan selamat menyambut Awal Muharam esok. Tutup buku lama, buka buku baru kebanyakan orang kata. Semoga tahun depan akan lebih dari dari tahun sebelumnya. Amin.

Hari ni saya nak berkongsi resepi Makaroni Bakar dengan semua dalam segmen SENDUKKKKK FIFIE!!! HAHAHAHA. Harap hotfm tak saman I. Fifie tu nama manja I ok?

Makaroni bakar ni saya buat Jumaat lepas sempena potluck Divas. Saya buat 2 bekas, satu lagi bekas untuk bekalan suami tercinta serta rakan² pejabatnya. 

So here goes the recipe :

MAKARONI BAKAR CHEF HANIELIZA dari buku 1 Hari 1 Resepi.

500 g pasta [makaroni/spiral/fennel]
2 s/b minyak

Bahan Inti
500 g daging cincang – boleh juga gunakan ayam fillet [potong kecil& nipis]
1 labu bawang besar [potong dadu kecil]
1 ulas bawang putih [dicincang halus]
8 biji cencawan butang [hiris nipis]
6 biji tomato [dadu kasar]
2 biji cili capsicum hijau
5 tangkai cili merah [racik kasar]
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
1 s/b lada sulah
1 s/b oregano kering (saya tak letak pun)
3 s/b minyak
garam

Bahan Sos Putih
2 s/b butter
3 s/b tepung gandum
1 tin susu cair ]
1 tin air biasa ]
2 biji telur ] kacau rata
1 s/b lada sulah ]
125 g keju cheddar parut

Cara
1. Pasta direbus dalam air mendideh dan garam sehingga lembut. Toskan dan gaulkan dengan minyak.
2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar yg telah dileraikan. Kacau sehingga daging kelihatan masak.
4. Masukkan cendawan, cili merah, capsikum, cili sos dan tomato sos. Kacau rata.
5. Masukkan lada sulah dan garam. Rasakan masinnya.
6. Bila dan masak masukkan bahan inti dalam mangkuk yg berisi pasta tadi.
7. Masukkan cili capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
8. Panaskan butter dan masukkan tepung. Kacau dengan whisker.
9. Masukkan campuran susu dan telur. Kacau supaya tidak berketul.Tutup api.
10. Masukkan keju cheddar yg telah diparutkan. Kacau rata.
11. Sapukan minyak dalam pie plate atau caserolle tahan panas. Masukkan campuran pasta dan inti.
12. Tuangkan sos putih dan dan ratakan. Taburkan oregano kering.
13. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit.
14. Bila dah masak sejukkan sebentar.
15. Potong dan sedap hidangkan dengan cili sos.

Nota
boleh gantikan susu cair + air dgn susu segar



Penggaulan sedang berlaku

Sedia untuk dibakar

Tadaaaaa!!!!

Untuk suami

Keratan rentas



Sekian, selamat mencuba!!!



p.s : Ana, dah boleh lah ye.. I dah tempek resepi ni. Kekekeke.

6 comments:

  1. sedapnya..mesti try ni..hehe TQ atas respi..sis mohon follow my blog back..TQ..
    http://shaheina.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. wokey2..take noted..
    pasni klu berderai lg..entah arr...

    ReplyDelete
  3. tq sis, nak try masak makaroni bakar ni..nyumy..

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear