+ dag dig dug +

October 22, 2012

My Weekend

Assalamualaikum,

Dua tiga kali tukar tajuk post. Nampak sangat dah lama tak blogging, shut off kepala hotak sekejap. So how are you my lovelies? Hope semua orang dalam keadaan sihat dan stress-free. Ok fine, makin merapu intro.

So, exam sudah tamat. Tamat untuk semester ini. Bukan untuk selamanya. Adat orang belajar epjj memang begini. Pemalas sikit. Ok tak, saya je yang malas. Orang lain rajin je. HEHE. Tolong jangan tanya soalan seperti berapa lama lagi nak habis belajar? Atau..dah berapa lama amek epjj? Saya segan nak jawab sebab memang dah terlalu lama. Sampai satu tahap give up dan berhenti belajar. Stress hokey. Lagi² dah berkeluarga, stress menjadi double triple kali ganda. Mana nak baca buku tiba² datang anak 'Ibu, Kakal yak. Jom wash!' Fineeeeeeeeee. Kena tinggalkan buku wash yak yak dia. Kejap lagi kang 'Yang, lapau ler. Tak masak ke?' Fineeeeeeeeeeeeee, nak pergi masak lah ni. HAHAHAHA. Tengok tengok cemana Mak Jems nak concentrate baca buku? (ALASAN)

Tapi oleh kerna dah sampai 3/4 perjalanan maka kuteruskan jua walau grad nanti tak tahulah apa pointer yang tinggal. Saya hanya berserah. Buat masa ni. lulus pun adalah satu keajaiban. Terima kasih Allah. 

Hari Jumaat lepas last payyyper, Abi cuti tolong hantar Ibu pi exam. Kakal pun ikut sekali. Time Ibu dalam dewan dia pi merayap dengan Abi. Good boy! Sebagai upahnya, Ibu belanja Kakal makan dekat Kedai Makan Upin & Ipin. Yeahhhh!


Dia punya happy lah sampai berjoget² dekat situ.

Menu

Foods dia oklah not bad. Sila order Nasi Daging Merah. Sedappp sedappp sedappp!! Oh btw, yang ini saya pergi outlet di Shah Alam. Dengar kata dekat Taman Melati pun dah buka ye?

Disebabkan semalam dah gaji, macam bosan pula duduk rumah saje? Lagipun Abi masih available on weekends, time ni lah nak ajak dia berjalan. Nanti dah start bulan 11 agak busy. Teringin nak jengah Setia City Mall. Sebenarnya teringin nak pergi H&M. Hewhew. Tak tahu jalan, guna GPS waze je. Tapi punyalah bengong waze tu, tunjuk jalan mana entah. Nasib baik tak sesat.


Ini gambar paksaan.
Dia sebenarnya sedang merengek nak ikut Abi pi surau.

Luas juga lah kan?
Kiri : Cotton On, H&M
Kanan : Guess, La Senza
Cantik kan?
Sebelah sana tu ada outdoor playground for kids.

Oleh kerna hujan maka tak dapat bawa Kakal main kat playground. Tapi dapat tengok air panjut ni pun dia macam 'wowwww, tengokkk tu Ibu!' HAHAHA. Gembira bukan main.

Harus lebih rajin mengupdate sebab there's to much pictures dalam memory card. Harus dikosongkan segera. Till then, Im Fifie sigining off!

Toodles!

Gedik pulak bunyinya.


Babai!!





6 comments:

  1. x pe sis
    ok la 3/4 x lama nak hbs la tue
    hehehe

    ReplyDelete
  2. kedai upin ipin... ermmm mesti nak try sekali la bwak anak g sana nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ibu, kat melati utama dah bukak...

      Delete
  3. SCM memang best bawak anak main2 kat playground tu. Husna memalam pun ayah dia lepak2 kat sana. feeling2 bapak tunggal.hahha

    ReplyDelete
  4. wah..leganya dah abis exam....cik mai lepas nie pulak...

    p/s - pointer memang ke laut..tapi yang penting kita habiskan jua..hehe

    ReplyDelete
  5. huhuhu..wpun dah berbelas tahun dok shah alam, tp x pernah lg jejak kaki kt rest upin ipin ni. hehehehe

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear