+ dag dig dug +

September 4, 2012

Kakal & Car Seat

Assalamualaikum!

Muahhh mmmuahhhh kat semorang.

Over tak Mak Jems? Sebab kan dah lama tak update belog. Rasa rindu pulak, kekok pun ada haaa. Macam dah lupa tatasusila berbelog. Jadi apa jua salah silap maafkanlah Mak Jems. HEHE.

Nak cerita pasal Aidilfitri tapi gambar belum habis edit. Nanti ada 'orang' marah kalau published gambar dia tanpa edit. Ellehhh~ Barulah originality tu terserlah kan? Takpe, lagi 2 3 hari mungkin akan update. Nak update kisah car seat ni dulu.

Umur Kakal sekarang dah nak masuk 2 tahun 4 bulan. Kalau ikutkan dah tak perlu pun pakai car seat ni. Sebab dah besar kan. Tapi memandangkan perjalanan pergi balik ke tempat kerja kami akan melalui highway, maka saya amatlah risau sepanjang perjalanan. Ini budak bobot mana reti duduk diam. Dia berdiri, pergi celah tu nak cium Abi dia. Lepas tu nak tanya Abi apa tu? Abi apa ni? Risaulah, kereta tengah bergerak laju dia nak berdiri melompat². Lagi² dengar banyak kes haritu. Memang menakutkan. 


9 months old
Dalam carrier otw to JB
Mengucap banyak² ye tengok aksi ini.
Carrier turun temurun dari Mummy Jaja.

Almost 1 yr old.
Otw back dari rumah Nurul Jamian.
Car seat turun temurun dari Mummy Jue.

Mula² agak risau penerimaan Kakal nanti. Nak ke dia duduk dalam car seat lagi setelah agak lama beriba atas pangku Ibu. Kalau nak tidur dia akan peluk Ibu dan baring kat bahu. 2 jam perjalanan, 2 jam lah tidur berpeluk. Sakit pinggang toksah cakaplah. Tapi sampai bila nak berpelukan je kan. Lagi pula macam tak berapa selamat untuk perjalanan yang jauh. 

Setelah buat survey sana sini, kami akhirnya tekad nak ajar Kakal duduk dalam car seat semula. Beli brand Sweet Cherry dekat AEON AU2. Nak beli ni pun masalah juga, ingatkan boleh beli car seat biasa tapi rupanya ada had muatan. Car seat biasa sampai 18 kg sahaja. Maknanya memang tak boleh lah untuk Kakal . Maka child booster seat lah paling sesuai. 





Ini antara features Child Booster Seat by sweet cherry:
  • Suitable from 9 to 36 kg
  • Extra padded seat for children from 9 to 18kg
  • Backrest can be removed to become booster seat for children from 22 to 36kg
  • 5-point, 1-pull safety harness


Alhamdulillah, so far dia ok duduk dalam tu as long as ada benda untuk alihkan perharian dia. Kalau tidak nanti dia jerit 'Nak duduk Ibu, nak duduk Ibu!'. Sesekali bila tak sampai hati tu ribalah juga dia. Tapi sesekali je lah. Tak boleh selalu nanti naik lemak. Ibu pun dah tak larat riba awak sangat sayang. HAHA.  Kalau sebelum ni tangan Ibu ni lah jadi seat belt awak, sekarang ni dah ada car seat silalah manfaat kan ye. 

Yeayyyy!

Berjaya siapkan satu entry walaupun lemau nak mulakan. Dengan itu marilah kita pulang ye. Selamat berbuka kepada yang berpuasa 6 atau ganti (itu saya). 

Sekian, terima kasih daun keladi
Kalau berani, jenguklah sini lagi!

Tata!


5 comments:

  1. Bagusnye kakal. Kysha tak main carseat langsung. Seat belakang tu tuk dia sorang.baring,main..sorang2 dia kat situ.tp nanti kena share ngan adik lah :)

    ReplyDelete
  2. Comelnya kakal nehs...mcm anak omputih dah! n sgt behave dlm car seat... my aisya da xdok dlm car seat sejak ada adik nehs... berlagak konon2 da besar sbb da pggl diri sndri 'kakak'...huhu

    ReplyDelete
  3. baik nyer kakal..aryan tgk masa..tp sejak ana pregy no 2 ni..dah mang ana duduk belakang..sbb arayn jenis tak nak duk blkg..lg2 dia sorg..so mak dia terpaksa mgalah duk blkg..dia nk duk depan..tp bkan duduk, berdiri geram lak..tu igat nak cri car seat yang mcm kakal ni..tp klu mahal tak duduk naya je..berapa ye sweet cherry ni?

    ReplyDelete
  4. makin besar makin hensem..kcik2 bolat je :)

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear