+ dag dig dug +

November 18, 2013

Siapa Jaga Anak?

Assalamualaikum,

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Mudah-mudahan hari ini lebih baik daripada hari semalam. 

Beberapa minggu lepas timbul isu pasal pemilik taska yang mendera kanak-kanak. Ya Allah saya memang tak berani nak tengok video-video macam itu. Bukan takut tapi tak sampai hati dan fikir macam-macam nanti. Elok lah saya tak tengok dan biarkan pihak berkuasa yang menyelesaikannya. Rasanya pemilik taska tersebut pun dah ditahan. Served u right women. Binatang pun tak buat anak macam itu. Kan tengok aku dah emosi.

Lepas itu mula lah timbul melata bagai cendawan tumbuh kat FB kat blog. Banyak up status yang saya ambil secara positif MENASIHATKAN parents lain supaya fikir panjang tentang anak-anak mereka. Antaranya FBI hot fm pun ada up status pasal Isterinya yang berhenti kerja untuk menjaga anak-anaknya walaupun ketika itu gaji dia baru 2k sebulan. Dan banyak lagi status berkaitan dengan kes taska itu. Ada juga kata sebab itulah diorang taknak hantar anak kat taska. Macam-macam lagi.

Allahu rabbi.

Macam mana nak cakap perasaan saya ye. Bila baca-baca status dan berita macam gitu hati saya ni macam di remuk² nak berhenti kerja. Nak duduk rumah besarkan anak dengan tangan sendiri. Tuhan sahaja tahu niat itu. Tapi banyak benda kena ambil kira. Ye, usaha juga kena ada. Cita-cita saya memang nak jadi Work At Home Mom. Tapi perkara yang lebih penting sekarang is to survive what I have now. To keep things going. 

Saya ni memang hantar Kakal ke taska setiap hari. Dari umurnya 2 bulan sehingga dah nak masuk 4 tahun ni. Taska lah tempat Kakal membesar. Daripada Taska Oren bertukar ke CGC yang lain. Alhamdulillah, memang saya bersyukur sangat-sangat-sangat. Jagaan yang diberikan memuaskan hati. Yang penting bagi saya biarlah anak tu dekat dengan saya. Taska Kakal memang dalam kawasan pejabat. Kalau masih breastfeed boleh pergi BF waktu lunch. Kalau nak hantar ubat atau bawa pergi klinik pun senang. Kalau taska tutup haaa boleh bawa datang office. Lagipun rumah saya jauh, tak prektikal untuk saya hantar taska atau pengasuh dekat rumah. Confirm lambat lah ambil anak jawabnya.

Taska Kakal yang current ni saya suka sebab banyak aktiviti untuk diorang. Tidaklah duduk saja pandang siling, pandai dinding, main toys. Seminggu 2 kali ada kelas fun & art. Nanti dia ceritalah dia buat apa macam haritu.

'Kakal buat flower untuk Ibu' 

'Kakal buat tie untuk Abi. Tapi tak boleh pakai tau sebab kertas'

Setiap Jumaat juga ada kelas fardhu ain. Belajar ambil wudhu, baca doa, solat dan mengaji. Tanpa sebarang bayaran pula tu. Alhamdulillah. Kadang2 ada aktiviti water play, sand play. Seronok tengok budak². Baru² ni juga parents diajak untuk bergotong royong bersihkan taska dan kawasan sekitarnya.

Bukan saya nak puji melambung, tidak. Saya cuma bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Buruknya memang ada saya tak nafikan. Seorang sakit perut berjangkit ke budak lain, seorang kena chicken pox berjangkit seorang lagi. Saya rasa itu biasa kalau budak duduk taska. Kalau nak komplen memang ada je takkan pernah habis. Biarlah bersederhana, jangan puji melangit sangat. Jangan terlalu keras sangat pun ye. Pandai-pandailah ada give & take.

Nevertheless, apa pun sebab kita hantar anak ke taska tak wajar dijadikan isu oleh parents yang lain menuduh kita sewenangnya. Kata-kata macam 'sayangilah anak yang dikandung', 'fikirlah tentang anak²'. Allahu akbar, siapa yang tak sayang anak wei? Tapi tak semua orang ada peluang dan rezeki macam orang lain. Boleh berhenti kerja, boleh jadi WAHM, boleh hantar kat Mak sendiri jaga. Saya memang mahu tapi mungkin bukan sekarang. Biarlah buat masa ini saya niatkan untuk berkerja selagi boleh. Saya niatkan untuk bantu Suami saya. 

Marilah kita sama-sama sentiasa berdoa, walau siapapun yang menjaga anak kita. Tawakal dan berserah kepada Allah. Kami amanahkan anak-anak kami dibawah jagaan mereka, untuk mereka jaga dengan baik. Hanya Allah yang tahu dan mampu membalas jasa baik mereka. InsyaAllah.









1 comment:

  1. kalau hati dan niat kita baik..insyaAllah jadik baik..ikhlas itu hanya Allah saja yang tahu..bukan manusia yang tentukan.. semoga semua anak² yang berada di Taska atau pun tidak, dilindungi oleh Allah SWT ..amin..

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear