Assalamualaikum,
Salam Isnin 7 Muharam 1435h. Selamat menyambut tahun baru kepada semua umat Islam. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun² yang sudah. InsyaAllah.
Cerita ini masa cuti Raya Haji haritu. Voucher untuk Gold Coast Morib dah lama dah beli. Since bulan 4 lagi kot. Konon² nak pergi masa birthday saya, pastu postponed ke anniversary, lepas tu postponed sampai lah bulan lepas baru dapat pergi. HOHOHO. Di saat² perutku memboyot dengan jayanya.
Kami sampai Morib lebih kurang jam 1 setengah macam gitu. Cari jalan guna gps WAZE je, tapi seperti biasalah WAZE ni dia ikut suka dia je bagi jalan kampung lah, lalu ladang kelapa sawitlah. Kitorang ni dah cuak² dah tapi selamba je lah lalu sebab siang kan. Kalau malam tu mau patah balik KL kot. Sampai je sana kami cari tempat nak lunch dulu.
Agaknya sebabkan dah nak raya, maka kebanyakan kedai pun tutup. Susah gak nak cari kedai makan kat area sana. Last² berhenti kat satu kedai akak ni. Kecik je kedai dia lauk pun simple. Akak tu siap minta maaf sebab layanan kurang mesra. Katanya anak dia demam, cranky lah sikit. Lepas tu dia pun macam moody je masam layanan customer. Takpelah asalkan saya dapat makan je dah cukup dah. LOL.
Dan lepas tu kami pun check-in. Orang ramai ya ampunnnnn. Berdecit-decit orang beratur nak check-in. Confused masa tu sebab ada 2 kaunter. Rupanya kaunter satu lagi untuk orang yang datang terlalu awal. Depa tunggu kunci je masa tu. So beraturlah kami dalam 10 minit baru dapat kunci bilik. Alhamdulillah, dapat view best. Betul² mengadap theme park & laut. Nice sangat. HEHE.
Masa beli voucher tu kami amek pakej dinner sekali, so takyah pening² cari makan kat luar. Tapi dinner dia so-so je lah. Breakfast pun sama. Voleyyyyler kata orang. Tapi terlalu ramai sangat orang, memang sesak dibuatnya.
Tapi kat sini takde lah banyak sangat aktiviti boleh dibuat pun. Selain mandi kat theme park & mandi kat jakuzi dalam bilik. Tu je kot. Aktiviti luar kami tak jenguk pun. Cuaca pun mendung je masa tu kami tak pergi jenguk laut pun.
Overall, worth it lah untuk menghiburkan anak teruna. Mak dia tak berapa terhibur sebab tak dapat join mandi-manda. Takat cecah² kaki je. Hukhuk.
Sekian.
daku pun teringin nk bwa 2 anak teruna i tu..tapi bila nk pi ni..cantik husband u snap picc..
ReplyDeleteMorib tu dah dekat jugak dengan rumah family Nurul kat Banting
ReplyDeleteNurul : Haah, dah dekat kan. Hihi..
ReplyDeleteAna : Tq Ana..pergilah bawak hero2 tu..sure diorang suka sakan..
Haikal ni kan, mengingatkan sy pd Aydin la....debabnya. Hahahaha! Syoklah babymoon. Sy takde makna babymoon ni. Hahahahaha!
ReplyDeletetatal mandi sorang² dalam jakuzi tu ke?seronoknyeee..ehehehehehe
ReplyDelete