+ dag dig dug +

November 30, 2013

Promo SHAKLEE NOV 2013 : Vivix!

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim.

Terlambat pula nak umumkan promo SHAKLEE untuk bulan November. But Im sure peminat² semua dah tahu kan?? Iye ke tidak? Kalau tak marilah saya umumkan.

Its VIVIX y'all!



Soalan : VIVIX tu hape Mak Jemah?

Jawapan : Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi  polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung. 


Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 


Soalan : Apa kebaikan Vivix ni?

Jawapan : Kebaikan dia adalah seperti dibawah ni haa...

* Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

* Memelihara keseluruhan kesihatan

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda

* Membantu anda merasa lebih bertenaga

* Mengurangkan risiko kanser

* Membantu pesakit diabetic

* Menguatkan sistem imun

Soalan : Siapa yang sesuai ambil Vivix ni?

Jawapan : 

1. Selalunya disarankan untuk warga emas. Sebabnya kita tahu warga emas payah sikit nak telan² ubat ni kan. Jadi cukup dengan Vivix mampu memberikan kebaikan dan kesihatan yang total untuk mereka, 

2.Bukanlah kata tak sesuai untuk golongan muda. Sesuai sangat ok lagi² yang mementingkan kecantikan dan awet muda. Anti penuaan Vivix ni sebab kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

3. Meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga kepada Pesakit Kanser, Diabetes, gout,strok,Darah Tinggi, sakit jantung, SLE etc. Bagus untuk bunuh sel kanser or abnormal sel dlm badan.

4. Sesuai utk heavy smoker, mengurangkan sakit dada dan mencairkan kahak dan lendir dlm dada akibat rokok.

Walaubagaimanapun, Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusu dan mereka yang berumur bawah 18 tahun. 

Good news!

Kelebihan beli 6 botol Vivix ini adalah :

♥ Free 1 botol Vivix yang berharga RM475
♥ Free membership dengan pembelian 2 botol Vivix. Jimat RM75!
♥ Dapat Cashback juga dengan pembelian 2 botol Vivix. Phiewwww!!

Nak cuba? Boleh contact saya:


Fie Shah | ID 925951
FB : Fie Shah / Shakebulous With Shaklee
SMS / Whatsapp / Line: 019-370 7110
Email : fiedashah@yahoo.com


November 28, 2013

Entering 35 weeks.

Alhamdulillah,

Another 5 weeks more or less to go. 

Semoga dipermudahkan kelahiran adik baby nanti. Jadi sekarang benda yang paling penting ialah mengemas beg hospital adik baby & ibu. Adoiyai, baju adik pun Ibu tak kemas habis lagi ni. Ada a few items lagi tak beli. Beg Ibu lagi lah, bayang pun tak nampak.

Been busy sikit minggu ni jadi kita hadap checklist dulu lah ek. Checklist ni saya buat sendiri ikut suka..sesiapa mahu dalam bentuk excel boleh tinggalkan email anda diruangan komentar. Saya akan emailkan. Free of charge. HEHE. Saja suka suki buat sendiri macam gini. 



Till then.

Selamat berhujung minggu ye kawan².


November 20, 2013

Promo : Set Kurus Budget Shaklee


Salam,

For a limited time only!!

Promo set kurus bajet bawah RM100. 

Apa yang ada dalam set ini?

1) BUANG/DETOX – ALFALFA 

Detox adalah proses pembersihan usus dan  sangat penting sebelum memulakan sebarang pengambilan makanan tamabahan untuk memastikan berlaku penyerapan yang lengkap oleh badan.
Detox adalah untuk menyingkirkan segala toksin dalam badan kerana sekiranya toksin tidak di buang badan akan sukar menyerap segala nutrient daripada makanan seharian dan makanan tambahan.

2) BAKAR – LECITHIN

Proses pemecahan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin.  Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Kunci kejayaan mereka yang dapat mengurangkan berat badan adalah dapat mengawal nafsu makan.

Plus.. a FREE GIFT untuk sesiapa yang terawal.

Berminat boleh contact no seperti di poster.



November 18, 2013

Senduk Fifieeeee : Resepi Donut Mudah.

Assalamualaikum,

Weekend je kalau tak ke mana-mana memang suka main masak-masak kat dapur. Alah masak yang simple dimple je. Takdelah masak yang vas vas pun. 

Kali ni nak sharing resepi donut yang amatlah mudah. Sesiapapun boleh buat kat rumah. Buat pula ditemani anak teruna memang berkecah sikit lah dapur tapi we had fun together. Main tepung & main terap-terap sesama. HEHE.

So here goes the recipe :

RESEPI DONUT MUDAH

Bahan :

500 gm tepung gandum
satu sudu kecil yis - atau satu paket yang jenama mauripan
3/4 gelas air suam
1/2 sudu kecil gula
1 sudu susu tepung/ susu pekat manis
2 1/2 sudu besar planta
gula castor/ gula kasar

Cara² :

1. Bancuh yis, gula & air suam. Kacau sampai berbuih dan biarkan dalam 10 minit sampai yis tu kembang (bila yis tu dah berbuih macam benda basi tu maknya dah kembang lah tu)

2. Gaulkan tepung gandum, susu tepung & planta sampai berderai.

3. Masukkan bancuh yis tadi (langkah 1) tadi ke dalam bancuhan tepung (langkah 2). Gaul dan uli hingga sebati. Adunan memang melekat sikit jadi saya guna sudip jew.

4. Biarkan dalam 30-45 minit hingga doh naik dan tembam.

5. Dah naik doh tu bolehlah buat bentuk apa² yang korang nak. Senang buat bentuk bulat je. Sekali ngap je masuk mulut. HOHOHO.

6. Goreng dan golek-golekkan dengan gula.

7. Siap!

Inilah hasilanya....




Jangan gelak aaaa...taulah tak cantik. Tskkk...hahaha tapi jadilah buat isi perut anak beranak. 

HAHAHAHAHA

Selamat mencuba ye!!



Siapa Jaga Anak?

Assalamualaikum,

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Mudah-mudahan hari ini lebih baik daripada hari semalam. 

Beberapa minggu lepas timbul isu pasal pemilik taska yang mendera kanak-kanak. Ya Allah saya memang tak berani nak tengok video-video macam itu. Bukan takut tapi tak sampai hati dan fikir macam-macam nanti. Elok lah saya tak tengok dan biarkan pihak berkuasa yang menyelesaikannya. Rasanya pemilik taska tersebut pun dah ditahan. Served u right women. Binatang pun tak buat anak macam itu. Kan tengok aku dah emosi.

Lepas itu mula lah timbul melata bagai cendawan tumbuh kat FB kat blog. Banyak up status yang saya ambil secara positif MENASIHATKAN parents lain supaya fikir panjang tentang anak-anak mereka. Antaranya FBI hot fm pun ada up status pasal Isterinya yang berhenti kerja untuk menjaga anak-anaknya walaupun ketika itu gaji dia baru 2k sebulan. Dan banyak lagi status berkaitan dengan kes taska itu. Ada juga kata sebab itulah diorang taknak hantar anak kat taska. Macam-macam lagi.

Allahu rabbi.

Macam mana nak cakap perasaan saya ye. Bila baca-baca status dan berita macam gitu hati saya ni macam di remuk² nak berhenti kerja. Nak duduk rumah besarkan anak dengan tangan sendiri. Tuhan sahaja tahu niat itu. Tapi banyak benda kena ambil kira. Ye, usaha juga kena ada. Cita-cita saya memang nak jadi Work At Home Mom. Tapi perkara yang lebih penting sekarang is to survive what I have now. To keep things going. 

Saya ni memang hantar Kakal ke taska setiap hari. Dari umurnya 2 bulan sehingga dah nak masuk 4 tahun ni. Taska lah tempat Kakal membesar. Daripada Taska Oren bertukar ke CGC yang lain. Alhamdulillah, memang saya bersyukur sangat-sangat-sangat. Jagaan yang diberikan memuaskan hati. Yang penting bagi saya biarlah anak tu dekat dengan saya. Taska Kakal memang dalam kawasan pejabat. Kalau masih breastfeed boleh pergi BF waktu lunch. Kalau nak hantar ubat atau bawa pergi klinik pun senang. Kalau taska tutup haaa boleh bawa datang office. Lagipun rumah saya jauh, tak prektikal untuk saya hantar taska atau pengasuh dekat rumah. Confirm lambat lah ambil anak jawabnya.

Taska Kakal yang current ni saya suka sebab banyak aktiviti untuk diorang. Tidaklah duduk saja pandang siling, pandai dinding, main toys. Seminggu 2 kali ada kelas fun & art. Nanti dia ceritalah dia buat apa macam haritu.

'Kakal buat flower untuk Ibu' 

'Kakal buat tie untuk Abi. Tapi tak boleh pakai tau sebab kertas'

Setiap Jumaat juga ada kelas fardhu ain. Belajar ambil wudhu, baca doa, solat dan mengaji. Tanpa sebarang bayaran pula tu. Alhamdulillah. Kadang2 ada aktiviti water play, sand play. Seronok tengok budak². Baru² ni juga parents diajak untuk bergotong royong bersihkan taska dan kawasan sekitarnya.

Bukan saya nak puji melambung, tidak. Saya cuma bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Buruknya memang ada saya tak nafikan. Seorang sakit perut berjangkit ke budak lain, seorang kena chicken pox berjangkit seorang lagi. Saya rasa itu biasa kalau budak duduk taska. Kalau nak komplen memang ada je takkan pernah habis. Biarlah bersederhana, jangan puji melangit sangat. Jangan terlalu keras sangat pun ye. Pandai-pandailah ada give & take.

Nevertheless, apa pun sebab kita hantar anak ke taska tak wajar dijadikan isu oleh parents yang lain menuduh kita sewenangnya. Kata-kata macam 'sayangilah anak yang dikandung', 'fikirlah tentang anak²'. Allahu akbar, siapa yang tak sayang anak wei? Tapi tak semua orang ada peluang dan rezeki macam orang lain. Boleh berhenti kerja, boleh jadi WAHM, boleh hantar kat Mak sendiri jaga. Saya memang mahu tapi mungkin bukan sekarang. Biarlah buat masa ini saya niatkan untuk berkerja selagi boleh. Saya niatkan untuk bantu Suami saya. 

Marilah kita sama-sama sentiasa berdoa, walau siapapun yang menjaga anak kita. Tawakal dan berserah kepada Allah. Kami amanahkan anak-anak kami dibawah jagaan mereka, untuk mereka jaga dengan baik. Hanya Allah yang tahu dan mampu membalas jasa baik mereka. InsyaAllah.









November 11, 2013

Babymoon-Gold Coast Morib Resort

Assalamualaikum,

Salam Isnin 7 Muharam 1435h. Selamat menyambut tahun baru kepada semua umat Islam. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun² yang sudah. InsyaAllah.

Cerita ini masa cuti Raya Haji haritu. Voucher untuk Gold Coast Morib dah lama dah beli. Since bulan 4 lagi kot. Konon² nak pergi masa birthday saya, pastu postponed ke anniversary, lepas tu postponed sampai lah bulan lepas baru dapat pergi. HOHOHO. Di saat² perutku memboyot dengan jayanya.

Kami sampai Morib lebih kurang jam 1 setengah macam gitu. Cari jalan guna gps WAZE je, tapi seperti biasalah WAZE ni dia ikut suka dia je bagi jalan kampung lah, lalu ladang kelapa sawitlah. Kitorang ni dah cuak² dah tapi selamba je lah lalu sebab siang kan. Kalau malam tu mau patah balik KL kot. Sampai je sana kami cari tempat nak lunch dulu.

Agaknya sebabkan dah nak raya, maka kebanyakan kedai pun tutup. Susah gak nak cari kedai makan kat area sana. Last² berhenti kat satu kedai akak ni. Kecik je kedai dia lauk pun simple. Akak tu siap minta maaf sebab layanan kurang mesra. Katanya anak dia demam, cranky lah sikit. Lepas tu dia pun macam moody je masam layanan customer. Takpelah asalkan saya dapat makan je dah cukup dah. LOL.

Dan lepas tu kami pun check-in. Orang ramai ya ampunnnnn. Berdecit-decit orang beratur nak check-in. Confused masa tu sebab ada 2 kaunter. Rupanya kaunter satu lagi untuk orang yang datang terlalu awal. Depa tunggu kunci je masa tu. So beraturlah kami dalam 10 minit baru dapat kunci bilik. Alhamdulillah, dapat view best. Betul² mengadap theme park & laut. Nice sangat. HEHE.

Masa beli voucher tu kami amek pakej dinner sekali, so takyah pening² cari makan kat luar. Tapi dinner dia so-so je lah. Breakfast pun sama. Voleyyyyler kata orang. Tapi terlalu ramai sangat orang, memang sesak dibuatnya.

Tapi kat sini takde lah banyak sangat aktiviti boleh dibuat pun. Selain mandi kat theme park & mandi kat jakuzi dalam bilik. Tu je kot. Aktiviti luar kami tak jenguk pun. Cuaca pun mendung je masa tu kami tak pergi jenguk laut pun.












Overall, worth it lah untuk menghiburkan anak teruna. Mak dia tak berapa terhibur sebab tak dapat join mandi-manda. Takat cecah² kaki je. Hukhuk. 

Sekian.



November 7, 2013

Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali..AL-FATIHAH..

Assalamualaikum,

Dah masuk hari ke 13 pemergian Ayahanda Mertua yang dikasihi. Pemergian yang mengejut sebab takde sakit apa pun. Sakit² biasa saja sebelum ni. Kali terakhir kami jumpa arwah ialah Sabtu 2 minggu lepas. Masa tu ada jamuan makan² kat rumah saudara yang berdekatan rumah PIL juga. Takde perubahan pun pada arwah.

Sifat arwah memang pendiam. Tak banyak bercakap tapi suka melayan cucu-cucu. Bawa pergi kedai, belikan jajan. Biasalah sifat seorang Atok. Arwah panggil suami saya 'Abang'. Mungkin sebab anak sulung kan. Kalau tengok suami saya kat dapur duduk minum mesti arwah tanya 'Abang nak milo? Abah buatkan.' Sebak bila teringat. Arwah juga lah yang selalu urutkan badan suami kalau dia sakit² badan.

Allah lebih sayangkan beliau. Pergi pun dengan keadaan yang senang. Tak sakit, tak terlantar. Sekejap je. 

Abah,

Semoga 'harta' yang Abah tinggalkan didunia ini akan terus menjadi saham Abah disana,
Semoga terus istiqamah sedekah doa, Al-Fatihah buat Abah.

Anak², menantu² dan cucu² akan selalu doakan Abah ye,
Semoga tenang roh Abah disana.

Semoga segala amalan, taubat Abah diterima Allah swt.

Terima kasih atas jasa² Abah selama ini.

Tenanglah Abah disamping Maha Pencipta.




 AL-FATIHAH

Buat Allahyarham Abdul Rahman bin Che Ling