Assalamualaikum,
Dah habis dah cerita Seindah Sakura minggu lepas kan? Saya tak ikut sangat cerita tu sebab kan Heroin dia tu tak berapa berkenan. Janganlah kecam saya kerana itu hak saya untuk tidak berkenan dengan dia (sifat defensive). KAHKAH.
Lalu semalam, bermulalah Drama baru di Slot Akasia TV3. Dejavu di Kinabalu. Lakonan Tiz Zaqyah dan Aqasha. Terus terimbau kenangan di KK dahulu. Dan kejadian-kejadian yang menyebabkan kami terkandang di Kundasang. Tidak sampai pun ke Kundasang, baru sampai ke Pekan Nabalu. Di mana kami terpaksa patah balik ke KK atas sebab² yang Allah tidak izinkan. Kami akur memang banyak hikmahnya.
Taken from Tiz Zaqyah Instagram |
Entry tentang KK PART 1: http://mypreggieland.blogspot.com/2012/04/trip-to-kota-kinabalu-part-1.html
Rasa nak nangis meraung je tengok semua scene kat sana. Lagi² nampak lembu dekat Dairy Farm tu. Ya Allah, rasa dada di hempak dengan batu besar! HAHAHA. Siries rasa nak terbang ke sana sekarang juga (kalau ada duit berkepuk-kepuk). Husband siap cakap 'Yang, tutup jelah tv tu' sebab aku asyik sedu sedu je nak nangis.
Kesudahannya kutinggalkan tv itu terbuka. Kakal je tengok, walaupun dia tak tengok sangat sebab dia busy main Car. Sesekali tengah masak tu ku jengah juga ke depan. Tapi nasib baik dah tukar scene kt Gunung pula.
Ayat macam berterabur sebab otak pun tak berapa nak stabil berfikir. Sesungguhnya saya berpuasa (ganti) hari ini. 3 more days left. Sebenanrnya dah lost count berapa hari tinggal tapi saya yakin saya sudah mengganti lebih daripada sepatutnya. Lebih pun tidak apa kan? Boleh tokok tambah apa² yang kurang.
Moga Allah terima ibadah puasaku pada hari ini. Amin.
Have a good day peeps!
hehe..org tak kenan gak heroin seindah sakura tu..tp ms episod hjung2,suka tgk ngn hb kenangkan kenangan honeymoon dl..tgk tmpt bkn tgk plakon or jln cite sgt pun..huhu
ReplyDeleteWahh, awak hanimun Paris dulu.. ^___^ best!
DeleteRamai bca blog yg dah pergi sana.. Tringin nak pi.. Ros tgk pun sbb background cntik, harapkan hero xlah kot..hahha
ReplyDeletePi lah Ros, tak rugi pergi tau. Siries :)
Deletehuhu...sy sndri org Sabah,belum habis round lgi kundasang...padahal nak balik kg. asben kompom lalu situ jga...hihi...xpe ada rezeki nnt datang lgi yeee ;)
ReplyDeleteYe baiklah mummy yg comel.. ^__^. next time dtg kita dating ok.
Deletehover sgt ibu kakal ni. ahhaha
ReplyDeleteHoverrrr alwayss & forever..hahahaha
DeleteBest ke cite tu? Sy tak tgk pon!
ReplyDelete=p
Baru 1st episod Fara. Cer lah tgk, hehe..
Deletecantik sungguh tempat ni...macam nak datang sini..
ReplyDeletetak pe fie nanati ada rezeki boleh pergi kk lagi ye
ReplyDeletefollow sini sambil layan dejavu...
ReplyDeletejom follow makneng juga yer
salam sis..
ReplyDeletetau x diorang buat penggambaran di resort mne ? if tau blh x email pd sy? tringin nk ke sana ..
arissajasmen@gmail.com
tq