Assalamualaikum,
Salam Isnin. Yeah dah nak balik baru sempat update. Masa sangat mencemburui saya. Kalau orang dengar keyboard diketuk dengan laju tu maknanya saya sedang update blog atau chatting secara laju! Ada gossip panas lettewww.
Weekend lepas boleh dikatakan weekend yang padat dengan aktiviti beramah mesra. Hari Sabtu Abi kerja, tapi kalau Abi kerja pun tak semestinya kami tidak berjalan. Ayah dan Kakak ku sentiasa setia menemani ke mana². Tak menyusahkan suami pun walaupun tak pandai drive. Tapi tak bermakna saya duduk sebelah dan jadi Mem besar setiap masa. Saya di belakang tolong tengokkan anak dia. Borak dengan suami sambil pegang tangan. Ok je kan? Tapi tak bermakna boleh ambil kesempatan. Masih belajar memandu dengan berhemah daripada suami
Eh lari topik.
Ok, Sabtu lepas kami ke Meru menziarah saudara yang lama terpisah. Ceritanya dahulu Kak Liza berhijrah ke US masa dia masih muda lagi. Kerja dan mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari sana. Alhamdulillah mereka masih bersama. Setelah 26 tahun merantau, baru tahun ini Kak Liza dapat balik bertemu keluarga. Jadi kami semua ke sana untuk meraikan dan berkenalan dengan beliau. Dengar cerita Kak Liza susah sangat dekat sana. Walaupun ada degree tapi susah nak dapat kerja. Kena berhenti kerja tu perkara biasa. It took her almost a year nak kumpul duit balik Malaysia ni.
Benda paling melekat dalam kepala bila dia cerita saat pertemuan dia dengan TEMPE! Yes tempe! Dekat supermarket masa tu. excited sangat sampai dia melompat-lompat. HAHAHA. Terus makcik saya keluarkan beberapa keping tempe dari dalam peti ais bagi kat dia bawa balik sana nanti.
Apalah tak kualiti gambar hengpong ni? Mungkin kena tukar Samsung Galaxy SIII atau Note? Kahkah |
Ahadnya pula, Abi tak kerja! Yeayyyy! Jadi hari ini kita jumpa Nanny Midah Kukis pula. Kena jumpa beliau kalau tak nanti kena bebel. HEHE, ampun Mak! Agenda makan² je lah sebab masing² busy nak pi tempat lain pulakkk. Mak pun busy nak pergi buka pelamin dekat rumah orang.
So itu je pun aktiviti weekend. Weekend ni ada satu birthday party invitation. Insya'Allah kami datang kalau tak ada aral. Lepas hujung Jun ni dah mula lah sibuk kembali menjadi budak sekolah. Caiyok caiyok!
So how was your weekend sayang sayang?
Wah byk aktiviti.. Ros xupdate lg nih untuk bln 6 :p
ReplyDeletemy weekend?ummm biasa² je..selain mendapt seperaiss..tgh sambung nangis lagi ni..terharu :D ehehehe...ouww aku sgt suke statement pemanduan itu :D
ReplyDelete