+ dag dig dug +

December 23, 2010

Sesi Perah Otak di Melaka

last week kan saya pergi Melaka untuk sesi perah otak bersama unit di tempat kerja. kepergian selama 4 hari yang meletihkan otak. tapi sangat seronok sebab sebenarnya officer kitorang yang terpaksa memerah otak dengan lebih gigih. hihihi.

kami stay di Holiday Inn. sangat seronok sebab lintas jalan je dah sampai Mahkota Parade. tiap² hari pun berangan nak pergi shopping kat sana. tapi apakan daya, kelas tiap² malam habis pukul 9 la 10 la. tak dan kami nak merayau jauh.

yang paling best masa ni sebab dapat pergi tengok movie. hikhik. midnite pulak tu. takdelah midnite sangat, pukul 1030 malam kan. kitorang pergi adalah dalam 12 orang yang terdiri daripada ayah orang, mak orang dan atuk orang. hahaha. tengok cerita apa tahu? Hantu Kak Limah Balik Rumah. terbaekkklah. siapa setuju sila angkat tangan macam saya (tangan penari kebudayaan pencen..)

lepas itu, malam ke 3 tak silap kitorang pergi karoks! hahahaha, itu kes dah bohsan sangat la tu. bersempit² kat karoks amoi tu. lantaklah janji dapat nyanyi. masing² cuba menunjukkan kehebatan masing². dan persembahan terakhir tu paling tak dapat dilupakan. hikhik.

seronok tapi sentiasa teringat kat suami & Kakal. tapi alang² dah berjalan kan, release tension la sekali..konon..

marilah layan gambar pula. penat i menceceh.

keberangkatan tiba

antara aktiviti² masa kat sana

bila boring ambil la gambar diri sendiri bersama rakan seperjuangan
Ila, Yan, Mama Faizah & Kak Syid

banyak lagi gambar, tepi kolam la, pergi karoks la. gambar kanak² riang terlepas pun banyak. itu biarlah simpan sendiri. malu laki i kang tengok perangai bini dia. hahaha~

4 comments:

welcome to preggieland dear