+ dag dig dug +

December 1, 2010

Bila Hak Anda Dicabuli

wah gitu sirius betul tajuk entry gwe ini hari. panas panas panas~

sebagai seorang blogger yang ala² baru menjinak-jinak kan diri ni, memang banyak sangat hak sebagai blogger tu yang saya tak berapa nak ambil tahu. tahu nak menceyceh, membebel dan menepek gambar sahaja dalam ni. tak terfikir pula sampai tahap yang merbahaya.

adalah dalam 2,3 bulan lepas seorang collegue bagitahu yang dia nampak wajah saya di bangunan setinggi 2 tingkat. what? apa gambar aku buat kat situ? mula² rasa sangat lawak king. biar benar lah mamat seorang ni. betul ke muka aku yang dia nampak.

daku : kau biar benar N**. betul ke muka akak kau nampak?
N** : betul kak! gambar kahwin akak. akak pakai baju silver kan?
daku : hah, betul lah tu
N** : takpe, nanti saya amek gambar kasi akak tengok ye.

fine, saya iye kan je lah. tunggu je lah dia amek gambar. tiba², last week terjumpa kat cafe dia tegur & bagitau nanti dia email kan gambar tu. sebab dia baru je balik dari kampung masa Aidil Adha hari tu. saya pun dah terlupa langsung pasal benda ni. terus ketawa berdekah-dekah sambil cakap 'ok,ok akak tunggu email kau'.

tunggu lah di depan pc dengan penuh suspen. hah, masuk pun email. hahahaha. itu benda pertama keluar dari mulut saya. gelak lagi. sebab rasa sangat kelakar la. ape ke bodoh sangat company ni amek gambar aku buat banner? bukan kah banyak lagi gambar perantin yang lebih elok, hemsem & cantik. kenapa kami? hahahaha~

saya pun sebarkan pada kawan². watdedem, semua gelak kan saya sebab diorang pun rasa lawak king. eh korang tak rasa aku layak jadi model syarikat perkahwinan ke haaa? hahahaha~

lepas tu sibuk la sebarkan kat suami pula. yelah, dah gambar dia pun ada sekali kan. tapi his reaction was different. dia marah ok! sebab orang amek gambar kitorang sesuka hati begitu. terus dia call photog kitorang minta nasihat apa nak buat. ada lah dia nasihat itu ini but 1st thing dia suruh call that company minta turunkan banner tu. jangan beri publisiti murahan kepada kami. hahaha~

cek punya cek, jumpalah nama company ni dalam FB. diorang ada fan page dalam FB lagi. geram betul. barulah rasa marah sebab diorang letak gambar tu dalam FB juga. tapi rasanya company ni tak berapa nak majulah. sebab fan die tak ramai mana pun. dan dia bukan orang 'kita'. hmm, faham tak? bila dapat tahu dia bukan orang 'kita' barulah rasa marah meluap² datang.

so far, takda tindakan pun yang kitorang amek. selain berhati-hati di lain kali. rasa² nya dia dapat gambar tu from my previous blog. wedding blog yang lama tu belah kanan ada link dia.

jadi dalam hati rasa nak buat 'right click function disable' tapi saya yang agak buta IT ni masih belum jumpa caranya. sesiapa yang baik hati silalah mengajar saya.

oh, ada masa sila lah melawat laman web http://www.cybersecurity.my/ . di sana banyak info tentang alam cyber ini. ni pun tahu bila baca blog cik puan nadiabyu. jadi, sebelum korang nak publish apa² tu pikir² lah dulu ye. kalau nak kopipes gambar ke resepi ke even nak kopipes the whole entry pun minta izin tuan punya dulu ye, kita boleh kasi lah. kita tak eksyen tau~

oh, lagi satu. hmmm, baca ni. fikir² kanlah.




AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 :

 

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.



 
sekian sudah entry berilmiah.



9 comments:

  1. okah tu
    glamer gitu. kalau nak amik mintaknla izin pastu tak kan nak free2 je
    kena la caj skit kan
    baru lah tak mengamuk

    ReplyDelete
  2. tepeklah gamba banner tu kat cni. boleh saman tuuu.

    ReplyDelete
  3. mula2 mcm glakmer je ek.. tapi betul jugak hubby yu cakap, hak dicabuli. kalu ai, ai saman jek. cepat skit kaya. hahahaha....

    ReplyDelete
  4. tak silap ramai org kata disable right clicking tak membantu sgt pun. still org2 yg celik IT bole copy. tp klu nak try letak bole je. i know how to do it! bayar la! muahaha;D

    ReplyDelete
  5. ciss.. kurang asam boi betul org tu yerk.. ikut suka jer curi pic u.. kalo i lah..i saman jerk..

    ReplyDelete
  6. ohoo fie...sha da tgk..adik ipar u yg duk blkg i tu tunjuk...

    ReplyDelete
  7. mcm tu pun ader yer.....bahaya2

    ReplyDelete
  8. MMG KENA MINTA IZIN LAH KAN FIE. MANA BOLEH MAIN AMIK JE. DULU ADA SATU PIHAK NI NAK AMIK GMBR RAINA UNTUK BISNES DIA BISNES BERKAITAN BARANG2 BABY. DIA SIAP EMAIL MINTA KEBENARAN. NURUL BAGI PERSETUJUAN SETELAH DIA MINTA IZIN.

    ReplyDelete
  9. itulah dia, tapi kena pikir 2 3 kali sebelum nak saman tu.

    nak buka fail je dah makan ribu. sekali dapat nya ciput. hehe~

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear