1 Malaysia kan?
jadi semua orang pergi sambut krismas kat PD ke hape? sebab PD adalah sangat jem. waduh waduh. jalan masuk ke Teluk Kemang adalah jem bermula dari bulatan tu. erk, pihak berkuasa PD silalah ganti mercu tanda PD yang dekat tengah² bulatan itu. bukan ape, dah berkarat. tak sedap mata den mandang. apetah lagi mata pelancong dari seberang. cewah.
kali ini percutian bersama my BBF (best biras forever) insya'Allah. hehe. kami tiga family bersama anak masing². ini kiranya percutian kami yang pertama together. dah lama rancang akhirnya menjadi juga. walaupun tak banyak aktiviti yang dapat kitorang buat, takpelah janji berjalan.
anak² kesayangan hamba Zairol Akram, Aaron Ridzqy, Ariff Haikal & Zairol Faris |
BBQ Nite atas : barisan tukang kipas bawah : barisan tukang baham makanan |
BBF sayang korang ♥ |
budak bobot yang teruja masuk kolam |
perfect peekture ♥ ♥ |
tempat menginap Apartment Mayang Sari Port Dickson |
mari review apartment ini.
saya bagi 2 bintang la. yang best pasal apartment ini ialah sebab kami dapat bahagian atas yang macam duplex itu. ada dua tingkat. tingkat atas ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air. tingkat bawah ruang tamu, satu bilik air dan satu bilik tidur. semua bilik ada katil queen eh ke king? rasanya queen kecuali bilik utama di atas siap ada bath tub yang boleh muat 2 orang dewasa (ehemm ehemm).
interior design more to bali style but looks a bit old. macam ada bau² usang gitu. ruang tamu agak besar sesuai untuk 1 family lagi tidur di luar. tiada tempat memasak disediakan. tapi keperluan lain seperti peti ais, water dispenser, cerek elektrik & microwave semua ada. ada sediakan pinggan mangkuk juga. kata penjaga itu, rumah adalah milik orang melayu. jadi gunakan tanpa was-was.
untuk percutian yang singkat boleh lah. tapi untuk 2 3 hari macam tak kuasa pula nak naik turun lif yang agak scary (sambil jeling² Jue). yang paling sayang sekali ialah swimming pool dia. nampak tak dalam gambar tu macam air laut kan? tak biru tapi keruh. sebabnya ramai orang dari laut pun boleh masuk dah macam public pool pula.
seronok sangat walaupun hanya 2 hari 1 malam sahaja. tapi tidak mengapalah, lenkali kita repeat lagi hokey?
tak sabar nak bawa Kakal pergi swimming kat pool yang jernih sikit. +___________+
seronok sangat walaupun hanya 2 hari 1 malam sahaja. tapi tidak mengapalah, lenkali kita repeat lagi hokey?
tak sabar nak bawa Kakal pergi swimming kat pool yang jernih sikit. +___________+
haha..aku takleh bla lift die ibarat ada satu suara berkata "welcome to the nightmare"..takut takut..!
ReplyDeletecomel nye kakal... excited mandi pool
ReplyDeletecomelnye haikal mandi dengan pelampung tu..
ReplyDeletegeram geram !
haah.punya lah ramai org kat pd tu kan.
ReplyDeletekitorang lepas highway tu dah tempuh jem.
mummy jue: hahaha, welcome welcome
ReplyDeletejiha: hehe, sangat eksited tau dia.
ReplyDeletechik star: kakal ke pelampung yg comel? hehe
ReplyDeletezuris : zuris pergi hari ape? jem kan. bencik!
ReplyDeletewa.. tak takut kah duk kat mayangsari nie.. hehehe.. last year jue ade wat kursus kat sini.. mase mule2 preggy.. seram sejukk.. ade peserta kene "kaco" mase menginap kat sini... tp kolam renang die mmg luas lah.. hehehe..:)
ReplyDeletejue: siries ke? Alhamdulillah takda pape masa kitorang pergi tu, dahlah ade budak kecik kan.
ReplyDeletebestnyer mandi pool.saya baru sekali ke pd sejak kahwin (time preggy) ziarah umah akak yg duk kat teluk kemang.bestlah tgk family org lain gi bercuti.insyaallah tahun depan nak gi bercuti jugak.:-)
ReplyDeletecik yam; ni pun penat plan baru menjadik. PD pon PD la kan.
ReplyDeleteramai yg cakap mayang sari keras. ada momok tak fie?? hehehe... takutnyer
ReplyDeletepool dia memang besar tapi tak best sebab air dia keruh kan.. mm.. kalu bukan musim cuti sekolah, jgn harap mayang sari nak laku.
scary!!!!
alhamdulillah takde plak momok aritu auntie gebus. takmo ah pergi lagi pas ni. tajut kite
ReplyDeleteemmm dh lama x p PD.. wlaupun umah mak kat seremban.. hahaha.. best tgk kakal swimming.. nie yg nk ajak qaseh g main swimming jgak nie..
ReplyDeletebestnye kakal mandi manda. tgk sume baby dah ada pelampung fancy2. bila nak nak beli untk imaan plak.
ReplyDeleterose: seronok rose. pergilah bawa qaseh.
ReplyDeletefad: kat PD banyak sgt choice pelampung ni. geram tengok.
ReplyDeletebr perasan muka awk ada iras2 wardina... comel :)
ReplyDelete