+ dag dig dug +

June 9, 2015

Jenis-jenis Kasut Wedges

Assalamualaikum,



Dah lama tak buat entry berilmiah dan berinfomasi. So today nak share something with you guys.

Ok, selain aksesori seperti barangan kemas dan beg tangan, kasut juga merupakan rakan baik semua wanita. Tak hairanlah jika ada wanita yang obsess dengan kasut dan mempunyai koleksi kasut yang terlalu banyak. Bagi saya sendiri, saya turut gemar mengumpul koleksi kasut dan jenis kasut yang paling saya gemari adalah kasut wedges atau dalam Bahasa Melayu dipanggil sebagai kasut baji.

Ada beberapa sebab mengapa saya lebih suka kasut wedges daripada jenis-jenis kasut yang lain:

  • Memberikan ketinggian yang ideal
  • Sesuai dipakai dengan apa jua jenis pakaian (jeans atau baju kurung)
  • Struktur tapak yang selesa dan seimbang
  • Dan tidak menyakitkan kaki semasa berjalan


So tanpa membuang masa, jom kita lihat jenis-jenis kasut wedges online yang boleh anda miliki di pasaran:
Round-toe wedges

Jenis kasut wedges dengan rekaan ini adalah pilihan kegemaran saya apabila ingin digayakan bersama skirt labuh dengan padanan blouse muslimah. Struktur kasut ini mempunyai rekaan bulan dibahagian hujung dan menutupi semua jari kaki anda.
Pointed-toe wedges

Jenis kedua pula mempunyai rekaan yang turut menutupi jari kaki anda tetapi dengan potongan yang runcing, Rekaan ini sesuai untuk anda gayakan bersama pemakaian baju kurung.

Peep-Toe Wedges

Untuk kasut wedges jenis ini pula, ia mempunyai bukaan yang sedikit di bahagian jari kaki anda dan biasanya rekaan jenis ini lebih sesuai untuk anda gayakan bersama jeans.

Open-Toe Wedges

Dan bagi jenis wedges yang terakhir ini pula, ia mempunyai rekaan dengan bukaan yang luas di bahagian hujung dan menampakkan jari kaki anda. Jenis ini juga sesuai untuk dipadankan bersama pakaian kasual.

                                                 +++_________________________ +++


Ha itulah antara jenis-jenis wedges yang ada. For me personally, memang selesa pakai wedges dengan nak mengejar anak lagi kan. Cuba bayang pakai heels tirus 5 inci? Ok takyah bayang..horror. HEHE.


Selesa dibawa berjalan ke sana ke mari


Selesa dipakai ketika Konvokesyen juga!

2 comments:

  1. iolls pun suka pakai wedges sbb tak cukup inci hehe :P tp memang selesa pakai wedges kan?xsama mcm pakai high heels... pakai yg 2-3inc jek...5inc macam takut je if dukung anak kecik...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah senang kejo anak tu yg penting. Kikiki.

      Delete

welcome to preggieland dear