+ dag dig dug +

September 18, 2014

Cara Bawa Frozen Baby Food Bila Travel

Assalamualaikum,

Update dari rumah sebab anak bujang no 2 domam. Domam selsema batuk and mungkin juga sebab baru tumbuh 2 batang gigi bawah. Atau mungkin demam naknpandai tepuk tangan. Tiba2 dia bertepuk tangan semalam. Rupanya Momny Jue dah nampak dulu kelmarin. Oh kelmarin Ibu tinggalkan Umar dibawah jagaan Mommy Jue sekejap sebab Ibu and Abi join charity fund raising event for Gaza. Itu kita update kemudian.

Harini nak update on cara nak bawa frozen food for travel. A quick update for myself and for mommies yang mengalami masalah sama dengan Mak Jemah.

Masa nak pergi Ipoh aritu pening2 memikir cara terbaik nak bawa makanan Umar. Masa Kakal dulu pun takde update pasal ni. Ibu sudah kelupaan bagaimana. Tp ingat ada sekali tu hangkut slow cooker tp masa tu pergi apartment ok lah kot. Ini stay hotel banyak pulak nak hangkut.

Jadinya tanya2 lah mak2 sekeliling dapat gak tips daripada Mommy Eina Razi dan hasil google lah.

Cara saya..saya buat stok frozen food. Bubur nasi, puri buah and sayur. Buatlah ikut berapa bayak hari korang travel. kiralah berapa kali baby makan satu hari and pelbagaikan menu. Kalau perjalan mula pagi lunch tu bolehlah masak pagi2. Masukkan dalam food warmer. Yang frozen food simpan dalam beg chiller and letak dalam 2 ketul ice pack. Bila sampai je hotel boleh transfer masuk dalam fridge. Frozen food ni boleh tahan 4 bulan.

Cara nak panaskan pula sama macam ebm. rendam dalan air suam sekejap and masuk dalam warmer kalau nak keluar berjalan. mudah kan. takyah nak risau hal pengisian perut anak2 dah. haaaa berjalan pun happy aje.

Ok lah. nak bagi budak tecik ni makan ubat. sangat susah ye nak bagi dia ubat. siap bersilat mak kau ni umar. pls beri kerjasama kalau tidak ibu nangis.

Hahahaha. okbai.


t
op: bubur nasi
bottom : purees



t
hank you ibu!
im a happy babby!



4 comments:

  1. lagi mudah cmni kan... lepas tu, klu nak makan masa otw masuk je terus dalam thermos... lin pun selalu je masak sendri. nak bancuh nestum ni memang tak la...

    entry terkini...bebel pasal selamat pengantin MADU

    ReplyDelete
  2. salam. hai. salam perkenalan. cantik blog ni..
    free-free visit blog saya ye. www.zulfahhouse.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. umarrrr..mami kataaa :D hihihihih

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear