+ dag dig dug +

June 21, 2010

di hari kejadian itu

dah 42 hari berpantang. pejam celik pejam celik lagi 2hari nak habis. indah nya perasaan. hehehe. tapi saya kena sambung at least lagi 2 3 minggu berpantang. tak boleh makan yang gatal-gatal. menggatal dengan suami lagi lah tak boleh. itu at least 100 hari. hahahaha. 

ok sorry. lama tak menaip rasa agak kekok.

sekarang Ariff Haikal tengah lena. so ibu amek kesempatan nak update blog. sebelum ni tak dibenarkan mengadap sebarang benda elektronik ye. contoh nya television dan laptop. pantang u. lepas 20 hari baru boleh tengok tv. itu pun sangatlah jarang saya menonton tv. selalunya menonton aksi Ariff Haikal sahaja. sampai terlena dibuatnya. yes Ariff Haikal adalah satu-satunya entertainment yang saya ada semasa berpantang. hehehe.

tiba-tiba budak tecik ni bangun plak..sebentar ye 

ok sudah rasuah dengan susu. 

baiklah mari bercerita tentang pengalaman bersalin saya.

ia berlaku pada pagi 10 Mei. saya harap2 saya bersalin hari itu sebab nanti tarikh lahir BJ cantik. 10.05.10. kan cantik tu? hubby pun dah bersedia kalau saya bersalin hari itu. siap cakap dgn BJ yang waktu itu masih di dalam perut suruh keluar. hehe.

ok malam tu saya tidur tak lena. unlike malam2 sebelumnya, sangat lena walaupun perut besar. malam tu saya macam dah bersedia. rasa lain macam kat V. pukul 3 pagi saya bangun pergi  toilet, rupa-rupanya dah ada show. tapi secalit je masa ni. so, sambung baring sampai pukul 5 lebih. dengar azan terus pergi toilet. wah, kali ini ada darah berserta lendir. ini sah-sah lah show. tapi no contraction. ok, terus sms mak, kakak, biras and bff. gila kecoh kan? bukan apa, nak minta pendapat diorang. kakak reply suruh pergi hospital check dah dilate berapa. terus kejut hubby yang terkulat-kulat. nasib baik dia tak panik. mandi-mandi and terus pergi HKL. jalan masa tu ok. takdelah jam sangat. tapi parking sangat susah nak dapat sampai hubby pun rasa bengang.

masuk dalam Hospital Bersalin tu terus register. yang kelakar nya nurse tanya "ye dik, kenapa datang?" saya jawab "nak masuk wad. nak bersalin." nurse tu pun ketawa. "ok, tapi dah ada tanda ke?" oh tanyalah betul2. ape daa. lepas sesi soal jawab yang agak memakan masa juga akhirnya sampai masa di tunggu-tunggu. check dilation which means SELUK!i was lucky dapat  doktor cantik manis muda remaja gitu. tiba2 dia buat muka semacam. "hmm, tak jumpa la kak. macam tak buka lagi" pastu diorang main pas baton. nurse yang agak berpengalaman pula check. agak sakit dia buat. betul rupanya tak dilate lagi. saya dinasihatkan balik dan tunggu sehingga sakit datang menyerang. oh my!

saya pun balik dan tunggu. risau juga bilalah agaknya sakit nak datang. dalam pukul 4 petang macam tu dah ada rasa sakit sikit2. ok ada progress. gumbira! lepas mendapatkan khidmat nasihat beberapa orang, saya pun tunggu sampai sakit 10 minit. masa tengah malam la contraction selang 10 minit itu datang. terus kejut hubby yang masa tu tidur2 ayam. pukul 2 dah check-in HKL. saya tak boleh tidur sampai pagi. tak selesa. sakit masa tu baru 2/10. waktu doktor check pagi tu saya mengadu rasa contraction makin kuat. doktor yang agak handsome tu kata 'ok, nanti kita check ok' check maknanya seluk. hahaha. bersedialah diseluk oleh doktor handsome tersebut.

setelah di periksa bukaan dah 4cm. tak sempat nak habiskan nasi yang mak mertua bawa saya dah ditolak dengan wheelchair ke labor room. FYI, sila sediakan baju baby dan pampers bersama-sama anda ke labor room. hp semua sila bagi hubby pegang. sebab dah sakit kan mana nak dan pegang2 benda ni. masuk labor room masa tu dalam pukul 11 pagi dengan bukaan 4cm. nurse2 kata 1cm 1 jam. doktor tanya nak amek epidural tak. saya kata masih boleh bertahan. tak la kot buat masa ni. tapi bila dah sakit rasa macam nak amek pulak. tapi saya kata tunggu hubby saya dulu nak minta pendapat. hubby kata terpulang pada saya. jadi saya decide tak payah amek lah. lalu diorang offer pethidine. yang ini cucuk di punggung. saya decide amek pethidine dan juga bantuan gas ape tah tu.

pain relief ni tak berapa membantu dalam mengurangkan kesakitan. makin lalok adalah. sirius sangat lalok sampai push pun dalam keadaan separuh sedar. bukaan jalan agak cepat juga. masa 7cm nak ke 10cm ada lah dalam 1 jam saja. masa dah 7cm tu sangat rasa nak macam nak ter ber. TIPS:nak bagi bukaan cepat sila baring mengiring. tips ni nurse yang bagi and it works! mmg agak sakit la baring mengiring tapi bukaan mmg cepat. sedar tak sedar pukul 2.31pm Ariff Haikal dah selamat dilahirkan. saya tak tau berapa kali push. mmg lalok gile. Alhamdulillah ada tenaga nak push. thanks hubby yang sentiasa ada di sisi. dia cakap takmo tengok tapi last2 dia pula yang berani. hehe.

moment yang paling saya ingat adalah saat doktor letak Haikal atas badan saya. masih berdarah-darah dan menangis sekuat hati dia. bila hubby nak azankan dia saya tak sempat nak rasa sayu sebab lalok. hahaha. agak lama juga nurse nak bagi saya BF Haikal sebab banyak sangat org bersalin haritu. dalam sejam baru dpt jumpa Haikal. dapat peluk cium dan BF kan dia kali pertama. sayu. dah selelsai semua nurse tolak ke wad. masa tu baru saya tau berat Haikal 3.7kg. hehe. nasib baiklah masa check-up tak pernah tau berat sebenar. kalau tau haruslah teragak-agak nak teran.

over all, saya bersyukur dipermudahkan segala-galanya. HKL punya service adalah 1st class. walaupun saya duduk 3rd class punya wad sebab 2nd class penuh then 1st class pula close for renovation tapi keadaan masih selesa. nothing much to complaint. doktor muda2 belaka. staff nurse sangat membantu dan baik hati. bila malam baby nangis, akan ada nurse datang membantu. baik hati kan?

si bam bam ibu


11 comments:

  1. layan bace entri neh...eheheh

    ReplyDelete
  2. ya Allah geramnya... tembam betul ye, 3.7kg mmg besar u... uhhh... nnt post la gambar baby byk2..

    ReplyDelete
  3. mami sayang kamu..!!! hands up!!!! :P muah muah

    ReplyDelete
  4. pengalaman yang tak dapat dilupakan.....kenangan manis kan? tapi sakitnya terubat bila dengar tangisan anak yg di kandung selama 9bulan...huhuhu

    ReplyDelete
  5. eiiii tomei² haikal... pasni leh teman ayon main...

    ReplyDelete
  6. sggh teruja membaca pengalaman wardah :)..mekacih bagi tips diatas...akan ku cuba ;P

    ReplyDelete
  7. sha : layannn..kutip pengalaman ye. oh congrats sha!

    nariko : besar kan..skang pun makin membesar u..nnt uplod gamba dh sebulan..

    sangratoo : mami balik..ayon nak tek.hehe

    linda : mmg kan.pastu kejap je diorang dah besar.huhu

    queen : mmg kawan gaduh ni.

    yatie : glad to share with u..hehe

    ReplyDelete
  8. wow 3.7kg..hehe awk mmg pandai meneran ni kan..hehe comel..bambam.. yg penting semua slmt.. x kire la besar ke kecik kn.. hehe

    ReplyDelete
  9. ohh..saya terus ketawa bila part yg nurse tny, " ye dik,kenapa datang?"..:D

    tahniah ye.dah selamat semua.

    ReplyDelete
  10. wizza : betul. yg penting selamat kan.

    kimmy : siries awk.nurse tu tanya mcm tu. haha. tq

    ReplyDelete
  11. wahh..memang bambam sungguh!

    Tips mengiring utk cepatkan dilated tu mmg berkesan kan??

    Anyways, congratulations on the arrival of your new bundle of joy! Welcome to motherhood..

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear