+ dag dig dug +

February 9, 2010

baby junior's 1st present

sudah masuk 27 minggu. tak sangka dah nak masuk 7 bulan sudah usia baby junior di dalam kandungan ibu. makin aktif ye awak! kadang-kadang baby tendang rasa geli sangat-sangat sampai gelak sorang-sorang. lepas itu ayah awak mesti tanya "budak tecik buat apa dalam tu?". hihihi..


jealous betul tengok orang yang dah start beli baju-baju baby ni. saya tidak boleh beli lagi memandangkan tak tahu gender BJ. untuk baju newborn memang tiada masalah sebab my sister Jaja dah ketepikan semua baju handsome boy Afiq Harris untuk BJ. baby kejap je membesar kan jadi tak perlu beli banyak-banyak kot baju newborn. barang-barang satu apa pun belum mula beli lagi. nak tunggu sale bulan 3 ni. ada ke sale ye? selalunya ada kan?


tapi BJ sudah dapat 1st present beliau..tadaaaa...





*harap maafkan kualiti gambar hp ini*


shield diapers bag by simpe dimple. pak long and mak long Jaja yang bagi untuk BJ. thank you! sangat-sangat suka beg ini. besar dan praktikal. macam-macam boleh isi. dalam dia ada ruang wet and dry. ada divider di tengah-tengah. kalau nak isi lebih banyak barang divider tu boleh roll up kan saje. suami saya ingatkan beg laptop. apadaaa...

barang kedua yang BJ dapat ialah barut. hehe. ini mami jue bagi. sebab mami jue tersalah beli barut untuk aaron. aaron tak muat dah barut size kecik tu. takpe dont worry BJ, ibu minta hadiah lagi juga selain barut. hehehe.

jadi sekarang BJ baru ada barut dan diapers bag sahaja. yang lain-lain akan menyusul kemudian. sekarang tengah buat listing lagi barang-barang BJ.

hmm., kat office ni ada bazar. banyak gila legging comel-comel. receiving blanket tu macam mengujakan je. mungkin ibu akan rembat 2 3 helai.

:)

4 comments:

  1. takpe...beli lah sikit2,pelan2
    tp kan..kalu jln2 bahagian baby,mesti keterujaannya melampau
    ;P

    ReplyDelete
  2. betul lah zuris..harini jalan2 lg kt bazar tu..macam nak nangis je sbb tak dapat beli lagi..hahaha

    ReplyDelete
  3. wah ada bazar jual bj murah..mesti excited kn..beli skit2 je k..baby cepat besar..;)

    ReplyDelete
  4. maria, mmg susah nak control kalau dh nampak baju2 comel..hehehe

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear