+ dag dig dug +

January 19, 2010

check-up yang ngeri

esok ada appointment dengan doktor. sangat takut la. last time masa jumpa doktor, dia sudah pesan. next check-up ni kalau berat naik dengan mendadak lagi..kena minum air gula!!!

saya takmoooooooo...huhuhu..

berdasarkan cerita kawan-kawan dan bloggers semua, air gula adalah sangat tidak sedap. saya dengar ada yang muntah lah bila minum. rasa nak terkeluar balik lah. huhu, ini menakutkan saya sangat-sangat. tapi adakah salah bila berat badan naik semasa mengandung ye? bila kita tak nak makan orang semua marah-marah. kena makan! kena makan! takpe, takpe. mak buyong memang makan banyak. eh, kena makan untuk dua orang ni. seperti itulah kata mereka. tapi sekarang sudah kena sound dengan doktor sebab berat naik mendadak. sangat banyak sampai rasa nak pengsan bila tengok jarum kat penimbang tu. haha. siap tanya doktor..eh, betul ke ni doktor? macam tak percaya je naik sampai macam ni? indenial sungguh..

tapi lagi takut bila kurang makan dan memberi kesan kepada baby. ini lagi takut dari minum air gula. maka kena redha je lah kalau esok kena minum air gula. semalam kakak aznee yang pregnant 8 bulan sudah masuk labor room kerana baby lemah. doktor cakap kerana kakak tak makan selepas cirit-birit yang teruk. sebab itu baby lemah. harap-harap both of them akan sihat dan selamat.

dan harapan pergi check-up esok semuanya baik-baik sahaja.

baiklah, sekarang sudah decide untuk ambil dinner.

doctor sue, please be nice tomorrow ok.

8 comments:

  1. hye wardah!
    preggy mommy gak ek.. :)
    jom start wat preparation tuk baby
    sangatlah best sopim tuk si kecil dalam tummy nie kan...

    ReplyDelete
  2. hi zuris, thanks for dropping by. ye kita adalah serupa. mmg tak sabar sangat. tapi kena hold dulu keinginan tu. hihi

    ReplyDelete
  3. aik..minum air gula bkn menambahkan lagi berat bdn ke..huhu.biasalah pregnant mesti tambah weight kan..pastu dpt baby yg besar mesti comellll

    ReplyDelete
  4. itulah masih tak faham kegunaan air gula tu. nanti nak tanya doktor lagi.

    ReplyDelete
  5. nurse kat klinik ibu mengandung pun ada yg kena minum air gula okeh...[masa tgk pun rasa aik bkn ke nurse lg menjaga diri compare ngan diri sdiri yg makan ikut suka-suki]

    ReplyDelete
  6. hihi, makanya sama je lah semua pregnant women ni. makan sesedap hati.

    ReplyDelete
  7. hi awak..air gula tu mmg gunanya utk org yg naik terlampau berat badan ke..aiyak..my next check up for my 6mths ni next week..doc tak ckp pape pun tp mcm so far saya ni consistently naik 2-3kg..how? hehehe

    ReplyDelete
  8. ye betul! kalo naik setiap bulan 2kg mmg kena minum air gula ni. huhu, nasib saya belum tahu lg ni. takut!

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear