Assalamualaikum,
Kerajinan telah melanda diri. Mari sambung
entry Melaka.
….Selepas penat berpeluh di Zoo Melaka
selama hampir 2 jam perut pun dah mulai cranky mintak diisi. So off to our
favourite asam pedas restaurant. Nama dia Sajian Kampung Asam Pedas Mah. Ha ni
kalau korang google asam pedas Melaka memang jarang keluar. Tapi memang
kitorang prefer kedai akak ni daripada Selera Kampung. Mungkin sebab tak sesak
dan sempit. Tapi asam pedas tetap power. Dulu pun pi sini jugak (read here : http://mypreggieland.blogspot.com/2012/12/melaka-part-ii.html).
Tak dan amek gambor bagai sebab masing² berlengas dan lapor.
Lepas perut dah kenyang suka hati, terus
lah menuju ke hotel untuk check-in.
“Overlooking the
historical Melaka River, Swiss-Garden Hotel & Residences Malacca welcomes
guests with two Olympic-size infinity pools, a tennis court and free WiFi
access. It offers direct access to the The Shore Shopping Mall and Shore
Oceanarium Complex.
This
modern building stands tall at 42-storeys, making it Melaka’s tallest hotel. It
is only a 10-minute walk from the famous Jonker Street and 900 metres from
Christ Church and Sam Po Kong Temple. Kuala Lumpur International Airport is 86
km away.
Enjoying
panoramic views of the ocean and Melaka River, rooms at Swiss-Garden Hotel
& Residences Malacca are elegantly furnished and fully air-conditioned.
Amenities include a balcony, an en suite bathroom, a DVD player and a
comfortable seating area.”- booking.com
Reception |
Hotel lobby. |
Nampak tak tahap rajin sampai kopipes je
dari booking.com je. HAHAHA.Seperti kata booking.com tu, hotel ni bergabung
dengan shopping mall. Lobby hotel dia pun simple aje but nice lah. Lif pun
sharing dengan hotel tapi for security nak access ke hotel kena ada kad bilik.
Mujur kitorang pergi Ahad balik Isnin so tak ramai sangat orang, lif pun
takdelah lama sangat kena tunggu.
So, dah check-in kita naik bilik terus kat
tingkat 9. Memang kebiasaan masuk bilik cek apa yang patut dulu kan. Cek punya
cek, pintu bilik air tak boleh tutup rapat. Bahaya sebab budak² ni karang main
tolak² pintu time Abi memerut naya pulak. Jadi call reception and diorang
hantar maintenance to check. Maintenance pun datang check and bagitau kena
tukar bilik lain.
So dia bagi kunci tengok² tingkat 23! Huish, gayat pulak
tinggi-tinggi ni hai. Turun lah ke reception mintak tukar bilik lain. Dapatlah
bilik tingkat 12, oklah tak tinggi sangat. Bila tengok² balik tingkat 23
rupanya club floor room. Choiiii, nyesal tak masuk je bilik. HAHAHA. Tapi bilik
baru pun ok jugak sebab katil king and ada bathtub.
1st room. double bed no bathtub. |
2nd room with bathtub. |
Lepas dah freshen up, lepak² dalam bilik petang tu kitorang pun turun swimming pool. Main attraction ni memang swimming pool dia lah. Best untuk kanak-kanak riang berendam. Biasa kalau mandi kolam ni Abi je yang melayan, Ibu duk tepi fefeeling tourist sunbathing..sunbathing lah sangat padahal tukang jaga beg merangkap pemegang towel bertauliah.
Pool for kids. |
Nama tempat ni 'Lazy Jacuzi' sebab boleh baring² sambil berjakuzi. |
Puas berendam sampai budak² ni. Umar pun kenmain lagi ligatnya, taknak orang pegang, taknak duduk dalam float. Nak lepas tangan berjalan dalam kolam. Kecik lagi awak dik oi. HIHI. Udah puas berendam naik bilik mandi, solat and keluar balik pi jalan² cari Pak Putra. Pak Putra mana? Haaaaa...
Nin diaaaaa...Pak Putra Restaurant Naan & Tandoori. |
Mengantuk tapi lapar, hence the face. |
Naan, tandoori & butter chicken, |
Berapa kali dah datang Melaka tapi tak
pernah sampai Pak Putra ni. Tengok review kenmain lah ramai suka makan sini.
Even Fynn Jamal pun sanggup datang dari KL semata-mata nak makan Naan kat sini.
So kita pun try lah. Tapi tak tau nak amek menu apa. Pilih Naan Cheese je lah
jalan selamat. Tandoori & Butter Chicken. Ada banyak side dish dia tapi
kitorang takut tak habis pula amek banyak-banyak. Memang superb tandoori dia.
The best! Tak jumpa lagi yang sedap begini kat KL. Harus repeat next time. Kalau
nak cari Pak Putra ni guna je waze senang sangat. Landmark dia berdekatan
dengan Asam Pedas Claypot. Price wise memang murah habaq hang. Murah dari KL
lah.
OK dah kenyang
semuanya. Jom balik bilik tition. Penat sangat dah kan?
Kampung Morten view from our room. |
Esoknya, budak berdua tu dah excited nak pi
swimming pool. So kita breakfast dulu lah. Sedap jugak breakfast buffet dia
dengan macam-macam foods. Sebab kan minggu tu minggu father’s day maka Abi pun
dapat kisses dari anak-anak. Semoga sampai ke tua korang tak malu nak cium
parents begini ye anak-anak.
The rest is the pictures of swimming pool area. Yang berkotak ateh pool tu gym ye. So sambil lari-lari manja atas treadmill boleh tengok bebudak mandi.
Ini adults pool. Infinity pool. |
Sauna and rest room. Ada disediakan locker juga dalam tu so boleh simpan barang korang kat situ. |
Udah penat swimming moh ler kita bersiap
nak check-out and pergi lunch. Abi Tanya nak makan mana, urmm tak tau nak makan
apa masa tu. Sekali Abi terus jalan je katanya ikut aje. Fineeeee..
Coconut Shake Klebang! |
Ini pun salah satu tempat tak pernah jejak walau dah banyak kali datang Melaka. Sebab malas nak bersesak dengan orang. Nak beratur bagai kan. Alhamdulillah dapat juga merasa. Tapi nak cakap takyah lah pergi jejauh nak minum coconut shake ni. Pi Kota Damansara je lah. Sedap lagi ye. Nama gerai dia Tanjung Minyak Coconut Milk Shake. Dekat-dekat dengan McDonalds.
Lepas itu ada satu lagi benda yang mengidam kat Melaka ni.
Kuih Keria Limbongan. |
Nak cari ni pun silalah guna waze je. Nescaya jumpa. Sedap gilerrrr ni. 10 ketoi habis begitu sajaaaa. Memang harus repeat kalau datang lagi.
Alhamdulillah, semoga ada lagi rezeki nak merasa jalan-jalan Melaka ni. Selamat meneruskan baki-baki Ramadhan ye kawan-kawan.
wow bestnya
ReplyDeleteHai, jalan-jalan sini. Bestnya bawak anak-anak mandi manda kat situ. Cantik tempatnya. Suka sangat jalan-jalan kat melaka. Banyak tempat menarik.
ReplyDelete