+ dag dig dug +

July 30, 2015

Eid Mubarak 1436 Hijrah

Assalamualaikum,

Tepu rasanya nak mula kan entry. HEHE. Masih mood #inikanraya #syukurselalu #kosongkosong. Ha gitu sekarang tv main hashtag je kate kooo. 

Alhamdulillah, tahun berjaya kita meraikan kemenangan Ramadhan, kembali kita kepada fitrah iaitu menyambut Syawal. Macam tahun-tahun sudah kali ni pun sambut biasa saje. Yang lebihnya mestilah anak-anak. Ibu dengan Abi dapat baru raya sepasang dua sorang pun cukup lah. Itu pun dah #syukurselalu. Tahun ni Syawal terasa sayu sangat. Kami dua-dua kehilangan keluarga terdekat dalam tempoh setahun. Nenek. Uncle Burn & Andak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka, tempatkan mereka dikalangan orang beriman, lapangkan kubur mereka, ringakan azab mereka dan menerima segala amalan mereka didunia. Aamin.

Raya tanpa Nenek. Takde kata² yang boleh diucapkan. Nenek pergi tahun lepas dalam bulan Syawal. Memang tak pernah cerita dalam blog ni. Tak boleh ingat, nanti jadi sedih sangat. Kalau dulu rumah wajib berkumpul mestilah rumah Nenek, tapi tahun ni takde siapa pun datang. InsyaAllah next week buat potluck kumpulkan semua sedara mara. Its the least we can do. Kumpul ramai-ramai sedekahkan doa untuk Nenek, Atok & Andak. 

Apapun, hari raya tetap disambut meriah. Turn tahun ni rumah Atok Aji. Kami takdak kampung. Hasben pun orang Kay Ell. Isu balik mana tu takdelah. Tapi tidur mana malam raya tu tetap kena ikut turn. HEHE. 

Alhamdulillah raya tahun ni lima-lima beradik dapat kumpul sesame. Kira raya dengan ayah dulu baru mertua. Eh tapi abang raya rumah mertua dulu tapi kitorang mertua semua pun KL. So lepas solat raya dah boleh sampai rumah Ayah. HEHE. As usual Ibu masak signature dish dial ah apart from ketupat, rendang mesti kena ada Kari Ayam dan Sambal Udang. Sedap weh, kat rumah Ayah pun dah makan berpinggan-pinggan.
  

Tak senang nak amek gambar budak² bertuah semua ni.

Kakal happy mcm dapat puasa penuh je

The Shah's.

Suka hatinye kau Fie. HAHAHA.

Ini paling kelakar. Pak Ngah suruh beratur salam and cakap minta maaf. Budak² ni punya gelak mengekek sebab geli hati sangat tak tau apa nak cakap.


Lepas salam-salam and photogedik, kami berangkat ke destinasi masing-masing. Kami ke rumah MIL lah terus. Beraya belah sana pulak. Tapi sampai sana masing-masing dah melepak. Kalau pagi tadi mestilah riuh rumah ni dengan sanak-saudara sekampung. Tapi ni masing-masing dah ke destinasi lain kot. Yang ada biras-biras ku sayang. HAHAHA. Jadilah boleh diajak bergambar seperti biasa.

Lokasi rumah MIL ni memang sesuai bikin photo session I tell you. Banyak dah klip video raya featured this 100th year old house. Termasuk Siti Nurhaliza. Sesiapa nak sewa buat photoshoot ke bolehlah contact I. MUAHAHAHA. Tetiba je kan.

Sampai² je kena paksa posing. Choiiii.

#iwearzawara #zawaralovers katenyeeee

Auwww *tutupmata*

Abam tolong betulkan songkok adik dia. 




Last house of the day, rumah Nanny Midah. Ini 3 rumah memang wajib pergi di hari raya pertama. Nanny masak macam² paling best ada sambal tempoyak oi! Raya makan tempoyak ye. Apadehal, pergi open house pun tuan rumah siap hidang durian buat pencuci mulut. HAHAHA.  


My so 'perfect' family.

Thats the end of our 1st Syawal 1436 Hijrah. Nanti sambung raya kedua next entry.

Selamat ber-open house!


July 15, 2015

Compilation of Iftar 2015


Assalamualaikum,

Tak balik kampung lagi? Eh saya takdak kampung lah. Suami Isteri orang Kay Ell okay? HIHI. Tiap² tahun raya Kay Ell. Macam mana rasa raya kat Kay Ell? Meriah je. Dimana ada orang yang kita sayang, disitulah kita beraya bersama dan tetap meriah. Tak kira Kay Ell ke kampung. Kan?

Oklah ni actually compilation iftar 2015. Saje nak memenuhkan belog. Gambar pun banyak. HEHE. 

Abi's Birthday & Wedding Anniversary.

26th June 2015

Serabai muka.

Short wedding anniversary getaway at Furama Hotel, KL.


Anniversary getaway

Family photo.
Atok Aji's

Iftar at atok aji's.

Ibu pun suka main kat tangga ni masa kecik.
Masjid Wilayah, KL

Iftar at Masjid Wilayah

1st experience for us. Bawa anak² iftar and terawikh di Masjid Wilayah.



Nanny Midah's

Iftar at Nanny's. Mom's dishes always the best.

2 ketoi budak domok

MATRADE's Iftar

Nasi Arab Kambing

Laksa Johor

Mee Rebus

Beratur nak amek duit raya
Admin United with Dato's Noraini Ahmad.

Peace auntie adek

Admin's Iftar at Sambal Hijau

Kawan since baru lahir.

Kak Linda Angel.

Thats it. Ada juga iftar luar yang takde gambor. And the rest kita buka kat rumah. Alhamdulillah, moga berjumpa lagi Ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah. 



July 10, 2015

Ho Ho Ho..Horlicks!

Assalamualaikum,


Salam 19 Ramadhan. Diam tak diam lagi 11 hari je berbaik Ramadhan kali ni. Semoga kita terus istiqamah meneruskan baki-baki Ramadhan ini.

Malam semalam kami berbuka kat rumah Nanny Midah. Macam-macam jenis lauk-pauk lah masuk dalam perut ni. Kenyang giler! Selalunya sahur kitorang memang makan light-light je. Kadang-kadang roti ke biskut ke. Macam mana simple pun kena juga bangun sahur. Sahur kan sunnah? Kalau bangun dapat pahala tau. Kena tamak pahala Ramadhan ni sebab bukan senang nak dapat kan?


Ok disebabkan malam tadi dah melantak banyak sangat. Perut rasa sebu sampai ke sahur. Termenung sekejap kat dapur fikir nak makan apa. Kalau tak sahur apa-apa memang tak boleh lah. Lagi pula masih menyusu Umar Nadeem. Kenalah makan or minum sesuatu yang membekalkan nutrisi kan? Oh then baru teringat ada Horlicks Sahur Kit kat dapur. So, terus bancuh 2 gelas. 1 untuk suami, 1 untuk saya. Cukup kenyang #sahurdenganhorlikcs ni.

New flavor u oll! Must try!








Nah Abi minum Horlicks yang padat dengan nutri untuk sumber pemakanan yang lengkap!

Bagi yang belum buat kuih raya tu boleh lah try Horlicks ni masuk dalam resepi biskut raya or hidangan raya korang. Haa, be creative katenye.

Resepi.

Cukup ke bersahur dengan Horlicks?

Cukup. Sebabnya Horlicks ni padat dengan 23 nutrisi yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan yang merangkumi vitamin dan mineral, kebaikan semula jadi susu, serat pemakanan, barli malt dan gandum. Tambahan pula, Horlicks dirumus daripada susu, barli bermalt dan gandun tapa pewarna, perasa, pemanis atau bahan awet tiruan. Dua hidangan Horlicks akan memberi manfaat pemakanan sihat kerana ia mengandungi 115% daripada Reference Nutrient Intake (RNI) harian untuk  Kalsium, 41% daripada RNI harian ion, lebih daripada 80% daripada Vitamin A, B1 dan B2, dan 72 % daripada RNI harian Zinc1.

Horlicks bagus untuk kanak-kanak?

Kakal belum boleh berpuasa lagi. InsyaAllah tahun depan start ajar dia berpuasa. Memang bagus kalau kanak-kanak ambil Horlicks ni semasa bersahur. Minum secawan Horlicks semasa sahur akan membekalkan anak-anak dengan sumber serat pemakanan baik yang diperlukan. Serat boleh membantu untuk menyokong sistem penghadaman mereka yang selalunya puasa boleh meningkatkan tahap keasidan perut. Kekurangan serat akan menyebabkan perasaan terbakar dalam perut akibat pengumpulan asid. Jumlah serat yang tepat akan mengimbangi tahap keasidan dalam perut dan melambatkan rasa lapar, dengan mewujudkan rasa kenyang.

Horlicks melengkapi nilai pemakanan yang diperlukan kerana ia adalah sumber yang kaya dengan serat pemakanan. Pada masa yang sama, Horlicks juga diperkaya dengan kalsium, vitamin D, asid folik, multi-vitamin dan mineral yang diperlukan untuk membantu mereka berjaga-jaga di sekolah sepanjang tempoh puasa dan menyokong pertumbuhan mereka secara keseluruhan.

Sempena Ramadhan kali ni, Horlicks telah mengadakan Horlicks Ramadan Campaign #sahurdenganhorlicks. Bagi menyokong kempen ini, Horlicks Malaysia sedang menjalankan satu pertandingan media sosial dari 18 jun - 16 Julai 2015. Pada masa yang sama, ada juga contest online yang lain seperti:

-     Hashtag: The public can share their innovative Sahur recipes by uploading photographs onto their social media platforms with #SahurdenganHorlicks.
-    Facebook Page: Mothers are invited to submit their children’s interesting fasting experiences on the Facebook page.
5 winners with the most captivating entries will walk away with ONE YEAR supply of Horlicks products.

Untuk maklumat lanjut boleh lawati website Horlicks kat link bawah ni.

Horlicks’ Website:

Klik link ni untuk Horlicks Ramadan Experience Contest (Terms & Conditions):


Haa yang ini korang kena tengok. HAHAHA. Pengalaman anak-anak semasa berpuasa. Memang geli hati… 



July 3, 2015

Weekend Getaway To Melaka PART II

Assalamualaikum,


Kerajinan telah melanda diri. Mari sambung entry Melaka.

….Selepas penat berpeluh di Zoo Melaka selama hampir 2 jam perut pun dah mulai cranky mintak diisi. So off to our favourite asam pedas restaurant. Nama dia Sajian Kampung Asam Pedas Mah. Ha ni kalau korang google asam pedas Melaka memang jarang keluar. Tapi memang kitorang prefer kedai akak ni daripada Selera Kampung. Mungkin sebab tak sesak dan sempit. Tapi asam pedas tetap power. Dulu pun pi sini jugak (read here : http://mypreggieland.blogspot.com/2012/12/melaka-part-ii.html). Tak dan amek gambor bagai sebab masing² berlengas dan lapor.

Lepas perut dah kenyang suka hati, terus lah menuju ke hotel untuk check-in. 


“Overlooking the historical Melaka River, Swiss-Garden Hotel & Residences Malacca welcomes guests with two Olympic-size infinity pools, a tennis court and free WiFi access. It offers direct access to the The Shore Shopping Mall and Shore Oceanarium Complex.
This modern building stands tall at 42-storeys, making it Melaka’s tallest hotel. It is only a 10-minute walk from the famous Jonker Street and 900 metres from Christ Church and Sam Po Kong Temple. Kuala Lumpur International Airport is 86 km away.
Enjoying panoramic views of the ocean and Melaka River, rooms at Swiss-Garden Hotel & Residences Malacca are elegantly furnished and fully air-conditioned. Amenities include a balcony, an en suite bathroom, a DVD player and a comfortable seating area.”- booking.com



Reception

Hotel lobby.

Nampak tak tahap rajin sampai kopipes je dari booking.com je. HAHAHA.Seperti kata booking.com tu, hotel ni bergabung dengan shopping mall. Lobby hotel dia pun simple aje but nice lah. Lif pun sharing dengan hotel tapi for security nak access ke hotel kena ada kad bilik. Mujur kitorang pergi Ahad balik Isnin so tak ramai sangat orang, lif pun takdelah lama sangat kena tunggu.

So, dah check-in kita naik bilik terus kat tingkat 9. Memang kebiasaan masuk bilik cek apa yang patut dulu kan. Cek punya cek, pintu bilik air tak boleh tutup rapat. Bahaya sebab budak² ni karang main tolak² pintu time Abi memerut naya pulak. Jadi call reception and diorang hantar maintenance to check. Maintenance pun datang check and bagitau kena tukar bilik lain.


So dia bagi kunci tengok² tingkat 23! Huish, gayat pulak tinggi-tinggi ni hai. Turun lah ke reception mintak tukar bilik lain. Dapatlah bilik tingkat 12, oklah tak tinggi sangat. Bila tengok² balik tingkat 23 rupanya club floor room. Choiiii, nyesal tak masuk je bilik. HAHAHA. Tapi bilik baru pun ok jugak sebab katil king and ada bathtub.


1st room. double bed no bathtub.



2nd room with bathtub.


Lepas dah freshen up, lepak² dalam bilik petang tu kitorang pun turun swimming pool. Main attraction ni memang swimming pool dia lah. Best untuk kanak-kanak riang berendam. Biasa kalau mandi kolam ni Abi je yang melayan, Ibu duk tepi fefeeling tourist sunbathing..sunbathing lah sangat padahal tukang jaga beg merangkap pemegang towel bertauliah.


Pool for kids.

Nama tempat ni 'Lazy Jacuzi' sebab boleh baring² sambil berjakuzi.


Puas berendam sampai budak² ni. Umar pun kenmain lagi ligatnya, taknak orang pegang, taknak duduk dalam float. Nak lepas tangan berjalan dalam kolam. Kecik lagi awak dik oi. HIHI. Udah puas berendam naik bilik mandi, solat and keluar balik pi jalan² cari Pak Putra. Pak Putra mana? Haaaaa...

Nin diaaaaa...Pak Putra Restaurant Naan & Tandoori.

Mengantuk tapi lapar, hence the face.

Naan, tandoori & butter chicken,
Berapa kali dah datang Melaka tapi tak pernah sampai Pak Putra ni. Tengok review kenmain lah ramai suka makan sini. Even Fynn Jamal pun sanggup datang dari KL semata-mata nak makan Naan kat sini. So kita pun try lah. Tapi tak tau nak amek menu apa. Pilih Naan Cheese je lah jalan selamat. Tandoori & Butter Chicken. Ada banyak side dish dia tapi kitorang takut tak habis pula amek banyak-banyak. Memang superb tandoori dia. The best! Tak jumpa lagi yang sedap begini kat KL. Harus repeat next time. Kalau nak cari Pak Putra ni guna je waze senang sangat. Landmark dia berdekatan dengan Asam Pedas Claypot. Price wise memang murah habaq hang. Murah dari KL lah.

OK dah kenyang semuanya. Jom balik bilik tition. Penat sangat dah kan?

Kampung Morten view from our room.
Esoknya, budak berdua tu dah excited nak pi swimming pool. So kita breakfast dulu lah. Sedap jugak breakfast buffet dia dengan macam-macam foods. Sebab kan minggu tu minggu father’s day maka Abi pun dapat kisses dari anak-anak. Semoga sampai ke tua korang tak malu nak cium parents begini ye anak-anak.





The rest is the pictures of swimming pool area. Yang berkotak ateh pool tu gym ye. So sambil lari-lari manja atas treadmill boleh tengok bebudak mandi.






Ini adults pool. Infinity pool.

Sauna and rest room.
Ada disediakan  locker juga dalam tu so boleh simpan barang korang kat situ.




Udah penat swimming moh ler kita bersiap nak check-out and pergi lunch. Abi Tanya nak makan mana, urmm tak tau nak makan apa masa tu. Sekali Abi terus jalan je katanya ikut aje. Fineeeee..


Coconut Shake Klebang!


Ini pun salah satu tempat tak pernah jejak walau dah banyak kali datang Melaka. Sebab malas nak bersesak dengan orang. Nak beratur bagai kan. Alhamdulillah dapat juga merasa. Tapi nak cakap takyah lah pergi jejauh nak minum coconut shake ni. Pi Kota Damansara je lah. Sedap lagi ye. Nama gerai dia Tanjung Minyak Coconut Milk Shake. Dekat-dekat dengan McDonalds.

Lepas itu ada satu lagi benda yang mengidam kat Melaka ni.

Kuih Keria Limbongan.
Nak cari ni pun silalah guna waze je. Nescaya jumpa. Sedap gilerrrr ni. 10 ketoi habis begitu sajaaaa. Memang harus repeat kalau datang lagi.



Alhamdulillah, semoga ada lagi rezeki nak merasa jalan-jalan Melaka ni. Selamat meneruskan baki-baki Ramadhan ye kawan-kawan.