+ dag dig dug +

December 10, 2012

Melaka..The Sambungan..

Assalamualaikum,


....Ok selepas itu (assuming korang dah baca previous entry) dah siap lunch singgah kejap shopping complex kat Dataran Pahlawan dan terus kitorang jalan² dekat Banda Hilir. Ok tipu kitorang jalan dekat A'Famosa Fort tu je sebab itu aje yang terhampir dengan Dataran Pahlawan. Hohoho. Gila malas nak jalan jauh². Alfenatun..

Entah kenapa lah amek gambar berlatar belakang kan tong sampah

Pensabotaj gambar.

Dia paksa Abi buka spek tu.
'Kita nak pakai!'
Dah masuk Asar, kitorang patah balik ke Masjid Selat untuk tunaikan kewajipan. Masjid Selat ni macam dalam kawasan pulau sikit. Cantik sangat view dekat sini. 


"Masjid Selat Melaka yang dibina di Pulau Melaka merupakan satu-satunya masjid yang didirikan ditepi laut Selat Melaka. Masjid ini telah dirasmikan pada 24 November 2006.
Selain menunaikan sembahyang, rakyat dan para pelancong juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pemandangan di perairan Selat Melaka pada bahagian pelantar masjid."
sumber : http://www.melaka.gov.my









Masa kami datang tu ada pasangan pengantin tengah feeling amek gambar outdoor kat sini. Ibu & Kakal pun jadi feeling juga lah amek gambau outdoor. KEKEKE. Thanks Abi!

Dah penat berjalan perut pun lapar..destinasi JJCM seterusnya Umbai, Melaka! Medan ikan bakar yang terkenal di Melaka. Kalau datang Melaka tak singgah macam tak lengkap. So kali ni kami pilih Parameswara Ikan Bakar sebagai destinasi santapan (ayat skema macam pengacara Nona).

Mula² anda kena pergi kaunter ikan dekat depan dan order ikan serta seafood apa yang anda berkenan berserta jenis masakan yang anda mahu. Selepas itu akan diberi nombor begini ye macam award ni tanda no giliran korang. Kemudian akan ada akak/abang datang tanya order sampingan apa korang nak.

Ketam masak black pepper

Ikan pari bakar yang lupa minta sambal...kerugian kerugian

Sup sayur untuk anakanda terchenta

Saya bagi 3/5 bintang dekat sini..lebih suka yang dekat Alai. Sedapnyaaaa teringat-ingat. Sebenanrnya banyak lagi destinasi JJCM yang tak sempat terjah macam coconut shake klebang. Hukhuk..kerugian kerugian. Ingat nak pergi sebelum bertolak balik tapi apakan daya hujan turun selebatnya sejurus kitorang check-out. Maka singgah beli souvenir dekat Ayer Kerok je lah. Itupun I turun shopping sorang dengan payung yang hampir terlungkup ke atas. Hujan lebat giler okeh! Kakal pun tidur jadi takdelah kami singgah di mana².

Pergi Melaka ni best sebab dekat tu satu hal, lepas tu makanan best tempat pun banyak yang menarik. Tak puas rasanya 3 hari kat sini. 


We ♥ Melaka so much...mmmmuahhhh!


Sekian sahaja entry Melaka yang panjang. Pergi KK pun tak panjang macam ni. HAHAHA


Babai!!






1 comment:

  1. Xpe kak fie. pasni bole cuti2 lama skit ke melaka. bnyk tempat menarik bole pegi. nnt bole try mkn ikan bakar muara sg duyong :)

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear