Assalamualaikum,
Tak berapa produktif dah belog ni ye? Hmm kena lebih rajin ni. Bukan tiap kali update pun tulis macam ni ke? Puiiiii!
Well, minggu tak produktif adalah disebabkan gaji gomen dapat lambat bulan ni/ Menangis nak tunggu 18 haribulan. Nasib baik suami kerja swasta boleh lah mengendeng wallet beliau. Kisskiss to you B. You know I love you. Eh tiba² pula.
Update on Istabul Aku Datang & Breaking Dawn dulu lah sikit. JANGAN BACA KALAU KORANG BELUM TENGOK LAGI. Spoil karang.
Both film pun sangat ohsemmmm! Suka Lisa, Tomok & of course abang Beto. Auwwww abang pulerrr. Frankly speaking, Beto takdelah hot mana, but suka sangat acting dia. Selamba ya ya gittew. Plus dalam IAD beliau sangat romantis dan caring. Bukan itu yang kita mahu dari para suami bukan? Tapi IAD ada sedikit part² yang insensitive yang tak perlu dimention kan. Pergilah tengok kat Astro First dah keluar. I can watch it over and over again. Gila best. Tapi I would not choose Beto sebab...adalah sebab aku sendiri. HAHAHAHA. Aku kasihan kt Tomok.
As for Breaking Dawn. Dah kenapa Jacob menjadi sangat ka-chak? Mungkin dia sudah matang. Apapun suka tengok the happy ending. Part lawan² tu memang gila best rasa nak tolong Bella sekali kat situ. Renasmee on the other hand adalah seorang kanak² yang cantik. Tetapi agak grafikal masa dia baby tu. Nampak tak real. Pastu ending tu paling best dan menyentuh hati. Habis sudah trilogi cinta Twilight. Sigh~
Ok, jom kita sambung cerita lain. Apa tak boleh ke nak cerita banyak². HAHAHA. Harini bos I takdek you olls. Jadi bolehlah buat karangan panjang sikit.
Last two weeks kot, plan untuk ke Melaka berjaya dilaksanakan. Just the 3 of us. Abi, Ibu & Kakal. Masa untuk short getaway bertiga. Sebelum pergi memang dah plan ini trip jalan² cari jantan makan. So survey 2, 3 tempat yang harus pergi. Tapi daripada banyak tempat survey tu 2 tempat je berjaya jejaki. Yang lain tak sompek sebab faktor cuaca dan Kakal yang mengantuk lah apalah.
Berbekalkan voucher hotel yang dihadiahkan oleh besan ku Faizah, maka sampailah kami ke Renaissance Hotel Melaka. Kalau takde voucher takde harapanlah nak duduk sini wei. Tq besan! Kami sampai dah ada seorang gadis ayu berkebaya merah menunggu untuk teman kami ke Club Room Lounge. Ewah ewah sebab pakai voucher boleh ler amek Club Room Floor. Kalau tidak..duduk bajet hotel je cukup. Muahahahaha.
Yang paling tak best tentang trip kali ini ialah lupa bawa kamera. Yang ada kamera hp saje. Nasib baik hp Abi ok sikit kameranya. Nak harap kamera I memang tak dapeklah. Maka apa yang ada jelah. Jadilah buat kenangan kan.
Interior dia nampak agak usang tapi barang² sebenarnya masih elok dan takde lah berbau ke apa. Bilik air semua pun ok. Takde stain or bau² kurang menyenangkan. Bilik luas gila rasa boleh muat lagi 4 5 orang. Bantal tu paling best. Rasa nak angkut bawak balik seketul. HUHU. Biasa tidur katil queen je kat rumah, dapat tidur katil king betapa seronoknya. Takdelah Kakal sibuk masuk kawasan Ibu dengan Abi. Statik je dia tidur tempat dia. Baguih.
Ni kes malas nak makan ke apa. Makan pun tutup mato. Ini sebelum kami keluar berjalan, singgah lounge dulu tengok apa ada untuk minum petang. Jamah sikit² lah. Minum petang ni diorang sediakan dari jam 5.3o pm-9.30 pm.
Dah jamah makanan sikit² kami pun memulakan misi mencari kedai ikan bakar. Berpandukan apps gps WAZE, sampailah juga kami ke situ. Walaupun meredah masuk kampung orang. HAHAHA. WAZE ni memang gila sikit. Dia kasi kita lalu kampung lah, belakang kedai lah lorong mana entah² dia bawa. Tapi sampai tu tetap sampai.
Tak nampak pula signboard kedai ni. Maklumlah kamera hp je kan. Inilah dia Seri Muala Alai Nasir Ikan Bakar. Dari review kat blog ramai yang kata ikan bakar sini sedap. Lets try!
Yang sebenarnya, Pak Encik saya mana makan seafood. So saya je lah beriye order tapi tak banyak mana. Saya order ikan pari bakar dengan sotong celup tepung sahaja. Di samping itu ada juga otak², nasi lemak bungkus dan coconut jelly sebagai pemanis mulut. Yummmsy! Dan pada hari itu juga tercipta sejarah Pak Encik saya makan ikan pari buat pertama kali. Very high recommended sebab environment sini tenang sesangat. Takdelah bersesak sangat.
Seri Muala Alai Nasir Ikan Bakar
KM. 8, Alai, 75460, Melaka.
Dak kenapa kejap saya kejap aku kejap I ni. Tak kisahlah ye u oolls.
Dah siap makan semua, kami terus ke bandar Melaka. Niat di hati nak naik beca dan cruise. Tapi saya tak sampai hatilah tengok pengayuh beca tu. Macam seksa je nanti nak bawa kami bertiga so kami pilih naik cruise je lah. HUHU. Lagi pun si budak kecik itu sudah mengantuk. Mana tak mengantuk, siang tidur kejap je dalam kereta. Tak dapatlah nak berjalan pi Jonker Street. Tak mampu lah nak berdukung, stroller/ buggy pun tak bawak.
Melaka river cruise ni ada 2 station. Satu dekat Taman Rempah, satu lagi dekat dengan bandar sikit. Lupa dah nama tempat tersebut. Tapi abang cruise tu kata kalau naik dari Taman Rempah lagi best sebab parking banyak dan banyak gerai jualan boleh cuci mata. Harga tiket kalau ada Mykad/ Mykid ialah RM10 adult dan RM5 children. Perjalanan hampir 45 minit pergi dan balik. Sepanjang dalam cruise tu nanti kita akan nampak bangunan di kiri kanan sungai tu. Cantik² sangat. Lepas itu akan lalu satu kampung yang bernama Kg. Morten. Lupa dah sejarah dia tapi kerajaan Melaka bagi subsidi (?) kepada tuan rumah untuk maintain rumah mereka buat tatapan pelancong. Memang cantik pergi waktu malam sebab dilimpahi lampu² neon. Wahhh gitu.
Tengoklah muka Kakal tu dah mengantuk sangat. Memang naik kereta je dia dah mulai dah. Tak sampai berapa minit terus tertidur. Hohoho.
So hari kedua ketiga kita sambung esok ye. Dah lama sangat mengular ni.
XOXO!
PUBLISHHH!!!
HAHAHAHAHA. (pengaruh Dian , Istanbul Aku Datang)
best jalan2
ReplyDeleteyes2 publish..:)
best cite istanbul aku dtg tu. tgk bnyk kali pun x boring kan.
ReplyDeletelg satu tmpt makan ikan bakar yg paling best kt melaka, muara sg duyong. nnt klau kak fie g melaka lg, try makan kt situ. mmg marvellous la. :)
mana gambar baju renang muslimah??
ReplyDeletebeb, tak dpt berdayung kat istanbul, kita berdayung kat melaka je lah
ReplyDeletemalaysia the best
aku pun suka IAD..beto terbaik. nasib umah xde astro kalau x aku beli lg kot IAD tu.
hahahahahahaha syiok baca!
ReplyDeletepsssttt... Cfu cakap, cite IAD tu ada iras2 sket kisah perchentaan kami dolu. uhuk uhuk
kitorang pernah naik beca pastu Cfu pi offer pakcik tu dia nak kayuh instead sbb nampak muka pakcik tu dah naik biru bawak kami anak beranak. ekekekeke
xoxo
publish! LOL!
BD best ke? Next week cuti nak ajak nenek g tgk la. Hakhak. Eh u ols perasan ke i ols dah tukar url..yg ke-100. Bwahaha. Sila update link di sidebar mu itu. TQ very nice.
ReplyDeletexoxo
Publishhhh!