+ dag dig dug +

December 28, 2012

'Gaza We Are With You' Charity Fund Raising

Assalamualaikum,

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim.


"Semoga Allah redha dengan usaha kita, walau sekecil-kecil usaha"- Diana Amir 


"Setiap hari ada peristiwa menyentuh hati, jiwa kita tidak sebesar mereka di Gaza, saya mahu ke sana lagi jika diizinkan" - Afdlin Shauki, Duta Aqsa Syarif


Jemputan datang beramai-ramai ke Charity Fund Raising Bazaar 'Gaza We Are With You' bertempat seperti maklumat di bawah. Kalau selalu kita berbelanja untuk diri sendiri dan orang yang tersayang tapi kali ini kita bukan sahaja berbelanja untuk kepentingan kita malahan untuk saudara kita di Gaza. 

Kalau nak rasa Homemade Lasagna saya marilah singgah ke gerai ChantekMoleq di sana nanti. HIHIHI (maluuuu). Disamping itu ada juga barang² lain yang akan di jual di sana. Ada banyakkkk pre-loved branded items, clothing for babies, the famous kebab jalan TAR, health check-up & many more.

Jangan risau untuk menderma kerana event ini telah disokong oleh salah sebuah NGO yang aktif dalam memperjuangkan isu Gaza iaitu Aqsa Syarif. Segala keuntungan daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada Gaza melalui Aqsa Syarif. 

Insya Allah.



Homemade Lasagna
Babies Clothing

Mohon doa kawan² agar usaha kecil kami ini dipermudahkan. Moga Allah berkati perjalanan majlis ini. Jemput datang beramai-ramai.

Jazakallahu Khairan..



December 27, 2012

William's Corner, Danau Kota & Meatworks, Citta Mall

Assahlamualaikum,

Weekend saya penuh dengan aktiviti mengembangkan badan kami anak-beranak. Ramai orang pi bercuti kami di KL makan makan dan makan! KEKEKEKE.

Lama tak pi William's rupanya diorang dah ada menu untuk seorang makan sahaja. Which is portion nya yang lebih kecil dan harga lebih murah. Harga mampu milik! Mahal lagi makan dekat kedai area Subest. Itu kita cerita lain kali. 




We had Nasi Goreng Ketam, Spaghetti Carbonara & Kiev Chicken. Yang paling sedap ialah Kiev chicken itu. Memang sedap gilerrr I tell you. Pi lah try. Air yang agak famous disini haruslah Soda Herbs tapi tak berani nak try sebab rasa macam minum air akuarium. Penuh dengan tumbuh-tumbuhan. So kitorang minum Ribena Laici share 3 orang! Gilababas punya besar.


Makanan ditaja oleh Auntie Adek!
Wooot wooot!
On the next day, ke Citta Mall pula nak redeem voucher Meatworks yang saya beli melalui Living Social. RM53 for two person untuk main course, starter, soup & dessert. Ok ke tak Ok? Saya belasah je sebab memang teringin nak makan kat steak yang halal. Dah survey memang kedai ni takde logo halal Jakim tapi owner dia Melayu dan kedai dia takde serve pork & liquor  Jadi takde rasa was-was disitu. HUHU. Kebetulan Citta Mall memang dekat sangat dengan Subest lagi lah suka Pak Encik saya sebab tak payah pergi jauh².






Caesar salad

Mushroom soup, Oxtail soup & roti apakebendatah.

Sirloin steak

Milk-fed lamb

Citta Mall ni tak banyak kedai pun, layout dia sangat simple dan open concept which is sangat sesuai untuk melepak. Tapi kedai makan dia sangat banyak. Selain daripada Meatworks ada Bubba Gump, Subway, Chawan, PapaRich, Wondermil & erk McD (boikot!!!boooooo!!!)

Kat tingkat 3 kompleks ni ada macam mini playland. Jadilah untuk anak² hilangkan kebosanan. Kakal memang suka lah sebab takde orang pun masa ni. 

Nampak Macy belakang tu?
Tengah buat sale sekarang

Budak kegembiraan

Cari saya.
Tenggelam bersama lego wall tersebut. HAHAHA

Entrance to MBO Cinema
Coolness!
Last sekali, terimalah....hahahahaha. Baju tu daripada shaz_adnan..find her in Instagram. Lawo² baju dia.



December 19, 2012

Child Genius Children (CGC) Year End Party!!

Assalamualaikum,


Burpppp! Kenyang makan durian crepe..teheehee. Dah lama demam durian crepe tapi saya baru mencuba. Terlambat sungguh tapi memang sedap lah!

Susulan daripada entry ini >>> http://mypreggieland.blogspot.com/2012/11/kakal-oooo-kakal.html  ...well, party sudah pun berlaku minggu lepas. Sedih sikit cos parents were not allowed to take part. Puan Siti the owner of CGC said that it will be too crowded if they allowed parents masuk sekali. Ye mungkinlah memang sempit sikit tempat tu. Tapi tak kisah pun asalkan all the kids enjoy themselves..which they did!

Pening punya pening fikir mana nak sewa baju akhirnya Cik Nee my Divas's bff kenalkan Century Fiesta to me. Nasib baik Cik Nee sudi teman I pergi usyar baju untuk pakcik bobot tu sekali. Ramai gila ok dekat kedai tu..ramai agaknya orang buat year end party ni. So saya duduk diam² dan browse sendiri katalog kat situ. Yang berkenan tak banyak sebab tema Prince. Finally I chose this one.




Set ni termasuk kot, vest, crown & apa benda tah nama benda lekat kat leher tu. HAHAHA. Masa acu² dekat Kakal tu dia takmo pakai! So Ibu redha je lah, harap² masa kejadian dia pakai. Parents pun kena sediakan pot luck sebagai hidangan untuk anak². Ibu Kakal malas jadi dia buat sosej roll, itupun sikit bebenor. Tapi takpe sebab makanan lain sangat banyak dan berlebih siap teacher tapaukan lagi masa balik tu. Dan juga kena sediakan satu hadiah sebab nanti dioarang akan ada pertukaran hadiah. Syokkk ehh?



Nasib baik Puan CC Normah telah menyeludup kamera beliau dan minta tolong teacher snap kan gambar anak² ni jadi dapatlah Mak² yang over excited menatap. TQ so much CC. Ini semua saya cilok daripada FB CC. Mmmmuahhhxxx!!

Sesi pagi ada aktiviti bebas dan magic show!

Seronoknya!

Balloons!

Khusyuk
Sesi petang : Cake decoration



The Gifts

The tired Prince.
(thanks Ayu for the pic)

December 17, 2012

Jkids Playground, Paradigm Mall

Salam,


Hati sudah manyiak sinang sebab kain baju banyak dah setel kat rumah. Ada lah sikit lagi nak kena lipat masuk wardrobe bagai. Takpe itu pelan² buat. Hahaha malas giler kan. Hari sabtu sempat bekerjasama dengan Abi kemas rumah yang macam kapal karam. Lepas itu Abi keluar sekejap pergi office. Dan pulang membawa Sate Willy! Weeehooo!

Tak taulah kenapa dalam banyak² sate, sate inilah paling sedap di tekak ku. Mungkin ramuan dia yang memang terasa tu yang buat tak boleh lupa. Sate Willy ni dekat area Kajang but saya tak pasti nama tempat dia.

Then hari Ahad, disebabkan Ibu & Kakal amatlah well behaved jadi Abi bawa kami jalan² pi main slide bak kata Kakal. So off to Paradign Mall we go!

Abang Long Subest dah bersiap


Tujuan utama nak bawa Kakal pi playground or playgym yang dia boleh main selama mana dia mahu. Yukids macam bosan pula selalu sangat pi The Curve tu. Lastly kitorang pi Paradigm Mall yang tak pernah dijejaki lagi.

Budak moody.

Had our lunch at Uncle K. Restoran kopitiam ke mamak entah yang pasti ini je yang jumpa. Tempat lain takut mahal sangat or tak sedap ke apa. Kakal cebik dah masa ni sebab all the way dari rumah dia tidur. Dapat tidur 15 minit je dah sampai. Memang lah moody. Asyiklah meratib 'Nak naik slide...nak naik slide' Ibu terpaksa cakap slide tengah cuci. Pukul 2 baru dia buka balik. Im sorry baby. +____+

Lepas makan terus laju² naik ke Jkids Playground yang berada di level 1, Paradigm Mall ni. Entry fees untuk anak on weekend adalah  RM30, weekdays pula RM20. Adults boleh masuk free to accompany the kids. Jangan lupa bawak socks siap² untuk kids dan juga adults.

Pada hemah saya, kawasan sini lebih besar dibandingkan dengan Yukids, The Curve. Luas sikitlah. Party Area pun luas dan kebelakang sikit kira privacy takdelah kacau orang lain. Ramai jugalah masa tu kebetulan ada party sekali. Tapi still boleh tahanlah. Yang tak bestnya ada juga orang tua yang sibuk main sekali. Kalau main sekali dengan anak takpe. Ini dia yang gigih memanjat, gigih main tembak² ball ke bawah siap berebut benda tu dengan Kakal. Kelakar lah. 








Gambar semua blur due to kamera tab yang tak berapa canggih. Tskkk, takpe bersabar je lah janji ada daripada takde. Hehe. Susah nak capture gambar budak bobot ni. Ada satu tempat tu macam jambatan gantung, Kakal nak lalu tapi dia takut. Saya tengok je dari jauh. 'Go baby go baby' dalam hati berkata. Tapi dia patah balik pastu panggil² saya 'Ibu meh lah Ibu'. HAHAHA. 

Lama gila dekat situ adalah dalam 2 jam setengah. Sempat gilir² dengan hubby pi solat dan cuci mata dekat H&M yang baru launching ittew. Ramai giler orang shopping. Banyaknya duit engkorang kan? Oh surau FYI dekat evel UG/ G alamak dah lupa. Tapi surau dia luas dan amat selesa. 

Ok itu saje bebelan hari ini.


Take care!!







December 14, 2012

Random : Instagram

Salam,

Antara penyebab handphone cepat habis bateri adalah suka main tangkap² gambau & post kat Instagram. Dan handphone selalu hang sebab memory cad penuh dengan gambau. Salahkan memory card yang kecik. Huhuhu.


Cik Ferrari masuk kampung terhegeh-hegeh

Budak dua orang yang mula² sangat baik pakai begini, tiba masa 'bertugas' dua² melalak!

(dating tine)
crocs : so comfy

ikut Auntie Adek pi beli rojak & cendol

Going crazy over bags!

Cheesy Nachos in salsa dip!



Thats all! Have a nice weekend peeps!


Salam sayang,

F.


-XOXO-



December 10, 2012

Melaka..The Sambungan..

Assalamualaikum,


....Ok selepas itu (assuming korang dah baca previous entry) dah siap lunch singgah kejap shopping complex kat Dataran Pahlawan dan terus kitorang jalan² dekat Banda Hilir. Ok tipu kitorang jalan dekat A'Famosa Fort tu je sebab itu aje yang terhampir dengan Dataran Pahlawan. Hohoho. Gila malas nak jalan jauh². Alfenatun..

Entah kenapa lah amek gambar berlatar belakang kan tong sampah

Pensabotaj gambar.

Dia paksa Abi buka spek tu.
'Kita nak pakai!'
Dah masuk Asar, kitorang patah balik ke Masjid Selat untuk tunaikan kewajipan. Masjid Selat ni macam dalam kawasan pulau sikit. Cantik sangat view dekat sini. 


"Masjid Selat Melaka yang dibina di Pulau Melaka merupakan satu-satunya masjid yang didirikan ditepi laut Selat Melaka. Masjid ini telah dirasmikan pada 24 November 2006.
Selain menunaikan sembahyang, rakyat dan para pelancong juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pemandangan di perairan Selat Melaka pada bahagian pelantar masjid."
sumber : http://www.melaka.gov.my









Masa kami datang tu ada pasangan pengantin tengah feeling amek gambar outdoor kat sini. Ibu & Kakal pun jadi feeling juga lah amek gambau outdoor. KEKEKE. Thanks Abi!

Dah penat berjalan perut pun lapar..destinasi JJCM seterusnya Umbai, Melaka! Medan ikan bakar yang terkenal di Melaka. Kalau datang Melaka tak singgah macam tak lengkap. So kali ni kami pilih Parameswara Ikan Bakar sebagai destinasi santapan (ayat skema macam pengacara Nona).

Mula² anda kena pergi kaunter ikan dekat depan dan order ikan serta seafood apa yang anda berkenan berserta jenis masakan yang anda mahu. Selepas itu akan diberi nombor begini ye macam award ni tanda no giliran korang. Kemudian akan ada akak/abang datang tanya order sampingan apa korang nak.

Ketam masak black pepper

Ikan pari bakar yang lupa minta sambal...kerugian kerugian

Sup sayur untuk anakanda terchenta

Saya bagi 3/5 bintang dekat sini..lebih suka yang dekat Alai. Sedapnyaaaa teringat-ingat. Sebenanrnya banyak lagi destinasi JJCM yang tak sempat terjah macam coconut shake klebang. Hukhuk..kerugian kerugian. Ingat nak pergi sebelum bertolak balik tapi apakan daya hujan turun selebatnya sejurus kitorang check-out. Maka singgah beli souvenir dekat Ayer Kerok je lah. Itupun I turun shopping sorang dengan payung yang hampir terlungkup ke atas. Hujan lebat giler okeh! Kakal pun tidur jadi takdelah kami singgah di mana².

Pergi Melaka ni best sebab dekat tu satu hal, lepas tu makanan best tempat pun banyak yang menarik. Tak puas rasanya 3 hari kat sini. 


We ♥ Melaka so much...mmmmuahhhh!


Sekian sahaja entry Melaka yang panjang. Pergi KK pun tak panjang macam ni. HAHAHA


Babai!!