+ dag dig dug +

December 30, 2011

Entry Penutup 2011 : KLCC Outing, Candylicious & Garret Popcorn.

Salam Jumaat,

Jumaat terakhir di tahun 2011. Belum ada seru nak buat entry recap 2011, maybe esok² atau minggu depan. Today half of my unit bercuti. Memang ramai dah mula bercuti sibuk dengan preparation anak nak masuk sekolah kan. Jalan pun smooth sailing je.

Last weekend berjimba dengan Mummy Jaja, Aunti Adik & Ucu Eka. Pergi KLCC je pun. Tempat penuh kesesakan manusia. Alasan Mummy Jaja nak shopping baju kerja katanya. Tahu sajalah KLCC, orang ramai macam semut! Ramai Indons & Bangla je pun. Macam dekat Jakarta dah aku rasa.

Sale sini sana boleh jadi gila kalau tak kuat iman. Nasib baik purse pun tak berapa nak tebal dengan duit. Tebal dengan kertas tah hape hape adalah. Maka dengan itu kita pandang je lah Mummy shopping. Tapi best sebab jumpa kedai baru! Candylicious & Garret Popcorn bebeh. Serious sedap lah garret tu, Abi beli perisa cheese. Masin masin sedap. Tapi mungkin dalam setahun boleh beli sekali je pasal mahal bebenor.




Candylicious ni pun boleh jadi gila lah kalau masuk. Tengok Kakal je lah. Dah tak keruan pegang san pegang sini. Semua gula2 dia nak. Last2 belikan lollipop je, itu pun Ibu dia yang tolong ngabiskan. For more info on Candylicious tengok sini >> http://www.candyliciousshop.com/




Budak dua orang ni kalau jumpa asyik nak bercakar. Tapi kalau lama tak jumpa asyik tanya ' Mummy, kita nak jumpa Adik Kakal ke?' sorang lagi 'Apik? Apik?' Grrrrrrrr...

Ini last outing dengan adik beradik for 2011. Weekend ni macam tak keluar je sebab Mummy Jaja pi vacation. Cant wait for The Shah's family vacay next Jan!

To all, happy holiday & happy new year 2012! Tutup buku lama, buka buku baru.


December 27, 2011

Special Invitation

Salam Selasa,

Sejak dua menjak ni kumpulan koir makin aktif. Last Khamis Cikgu Siti jemput untuk Majlis Graduasi Sekolah Seni Malaysia. Masuk yang ini dah 4 kali kami perform tahun ni. Eceh cakap nak gah saja sebenarnya perform untuk ofis je pun. HEHE

Cikgu belanja makan dulu dekat Ayam Penyet Ria, Shah Alam.
Terbaik!! Saya bagi 10 bintang kejora!

Perform 4 lagu termasuk Negaraku

Sementara tunggu turn

Us!

Paksa semua buat OLIGO. HAHA

Puas hati! Sebab dapat juga enjoy dengan lagu Ceritera yang tak berapa menjadi masa Dinner haritu. Tahun depan Insya'Allah ada kelapangan boleh join lagi. Itu pun kalau kita tak membuyung. HEHE.


Selamat bekerja u olls!



December 20, 2011

Restaurant Review : Flaming Steamboat, Setapak.

Salam Rabu eh SELASA kalian (edited selepas ditegur Alin Marlini. Haha TQ you!) ,

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Semoga hari ini dipenuhi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Semoga hari ini diberkati. Amin.

Semalam lepas selesai latihan koir (read : saya lari, belum habis pun) teman Abi ambil photobook customer kejap. Terlanjur dah sampai Danau Kota tu Abi ajak makan dekat Flaming Steamboat. Buffet steamboat terbaik yang pernah saya pergi. Memang jauh tertinggal la Nelayan punya steambot tu. Dah tak stim dah kat situ.

Tak banyak gambar yang sempat snap. Sebab ada budak kecil yang nak kena handle. Maklumlah benda panas atas meja, dengan tong gas kat sebelah. Kami dapat port tak berapa best sebab walk in je tanpa booking dulu kan. Kalau siapa booking dulu dapatlah meja yang pakai portable electrik stove tu. Takdelah tong gas duduk sebelah kan.

Sampai² waiter tolong on kan tempat pemanas dan masukkan 2 jenis kuah. Kuah tomyam dan sup biasa yang tak pedas. Sesuai untuk kanak². Antara menu yang lain adalah Nasi Goreng, Mee Goreng, Ayam Masak Rendang, Nuggets & Sosej. Banyak gila kaunter dia. Ada kaunter bahan mentah macam sosej, balls, ketam, ayam, sotong, kepah, udang hai macam² lah. Lepas itu ada pula buffet aiskrim, marshmallows, coklat fudge macam² perisa.

Haahhhh boleh jadi gila lah. Sumpah haku makan banyak! Sampai Abi dah geleng² kepala dah. Cepat sikit anak awak dah nak mengamuk mengantuk dah ni. AHAHAHA. Harga adalah pricey tapi masih boleh dimaafkan sebab makanan banyak gila!


Tengok tengok! tempting gila.

Marsmallows bubuh coklat ateh. Wallah!


Tengok muka memang tak senonoh kan?
Lapar beb. Tengok Kakal, macam Ibu dia juga..lapar.


Untuk maklumat lanjut boleh terus ke website http://www.flamingsteamboat.com/ . HeY, they should pay me for this unpaid advert! HHAHA.



Gambar #bikinpanaz for today :





December 19, 2011

Yeay, Menang Candid Contest!

Salam Isnin penuh barakah,

Dimulakan dengan Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Setelah beberapa percubaan masuk contest tapi tak pernah berjaya, FINALLY menang juga akhirnya Candid Contest by Muna Rahimah. HAHAHA.


Alhamdulillah.
Maka dengan ini akan giat lah masuk contest sebab dah menang sekali kan. Thanks a lot kepada adik Muna sebab pilih gambar Kakal ittew. Itu memang candid moment pilihan hati akak. Tak sabar nak dapat key-chain & pendrive 'Burung Marah' ittew.

Terima kasih daun keladi, kalau ada contest akak nak masuk lagi!

HAHAHA.


kredit to : http://munalifestory.blogspot.com/2011/12/pemenang-candid-contest-tahniah.html

December 18, 2011

Empire Shopping Gallery, Subang Jaya

Lepak starbucks tapi tetap bawa bekal nasi untuk anak.
HAHA.
Semua perempuan mesti suka masuk washroom kat sini.
Cermin merata-rata.
The Slide. All the way from Level 2 to LG!
Gilak!
Kakal tengah meragam sebab takut dengan Santa.
Rileks lah, santa tu mcm abi je lah.


Memandangkan Abi tiada kena assign job semalam maka Ibu pun ambil kesempatan ajak Abi jalan2. We went to Empire!

Ala Empire yang meletup hari tu kan? Mall dia takdelah besar mana tapi banyak kedai branded macam Coach semua. Paling best ada Charles & Keith. HAHA. Yang tak bestnya lift dia kecik gila. Masuk 5 org dgn stroller je dah penuh pudat.

Sampai2 je lepak starbucks dulu bagi anak makan bekal yang dibawa. Sekali ada pula Krismas Carol kat dopan tu ha. Betul2 depan mata. Kakal siap goyang2 tgk budak2 main violin semua. Dengar je lah kan dah depan mata.

Lepas itu baru naik atas ingat nak pergi Kidz Sport. Tapi Kakal takmo masuk pula. Dia takut tengok Santa Claus kat depan entrance tu. HAHA.

Thanks Abi bawa Ariff & Ibu jalan2. Thanks bagi Ibu gift ittew. Ibu love you so much.

Ok mari concentrate kat kelas ini. Mano pula lecturer den ni?

Published with Blogger-droid v2.0.1






December 16, 2011

Atok Aji's Birthday Celebration at Haji Shahrin Low

2.12.2011 hari itu birhday Atok Aji kan. Jadi kami adik beradik berpakat-pakat mahu belanja Atok & Nek Nah dinner. Itu saja lah yang mampu kami adik beradik beri. Sebenarnya plan nak pergi bercuti tapi bila booking asyiklah full saja. So percutian ditangguhkan selepas Raya Cina nanti.

Antara favourite Atok Aji ialah Pizza Hut, steamboat & chinese muslim food. Dulu dah pernah try Mohd Chan Abdullah, so kali ini kami nak cuba Haji Shahrin Low. Booking process semua Mummy Jaja yang uruskan sebab dia Kakak sulung jadi kita bagi je lah dia buat. HAHA. Yang adik beradik lain ni semua tukang ikut je lah.

Masing² pun sebenarnya banyak program. Biasalah weekend kan. Atok & Nek Nah busy dengan jemputan kahwin yang merata-rata. Kami yang perempuan² ni busy shopping for some cukur jambul ceremony project. Yang suami² busy mencari sesuap nasi. Anak² pula busy main! Itu yang sampai sana masing² muka keletihan. Kanak² dua orang itu siap tidur lagi.

Yang segar bugar budak ni je ha sorang!!!


Manja cayang Atok dia

Eh eh romantis gitu

Adik beradik yang lapau

Shark's fin soup

Haiyoh ikan apa nama dia ha? Siakap eh..hahaha masak halia

Ayam + cashewnuts

Asparagus

Buttered prawn


Recommended! Terbaik. Service pun sangat cepat. Tak ramai sangat orang dan tak crowded. Kami pergi cawangan dekat Wisma Chinese Chamber dekat Jalan Ampang. Agaknya pergi malam sebab tu tak ramai kot.



The happy & satisfied customer!!
 Next, kita celebrate dekat Lumut pula ye Atok! Mmmmuaaahhh!!!

December 15, 2011

Malam MATRADE 2011

Minggu lepas tanggal 9 Disember 2011 telah berlangungnya majlis gilang gemilang annual dinner MATRADE 2011. Hari di mana warga menara bergembira jika yang mendapat APC boleh naik stage salam dengan Menteri ambil sijil. Yang dapat buat performance untuk tetamu pun bergembira juga lah walaupun tak dapat APC. HAHA. Tahun ini temanya adalah colour OREN, HIJAU & COKLAT. Kami belum berani nak buat tema Back To School ke, Arabian Night ke. Mungkin tahun depan nak sugget buat tema Rock Star!!! Yeayyy bebehhhh....

Sudah 2 tahun Ibu berehat daripada join kumpulan Koir MATRADE. 2009 sebab pregnantkan Ariff Haikal, Dinner 2010 pula sebab Ariff Haikal masih kecil. Tak silap Ibu lah last performance pada tahun 2008. Eh ye ke?

So tahun ini Ibu kira macam buat comeback lah! KAHKAH. Malam itu kumpulan Koir buat persembahan lagu² Negaraku, lagu MATRADE, Oh My ♥, Trek Tek Tek, Lion Sleeps Tonight & Ceritera. Alhamdulillah, walaupun monitor kurang dengar dan agak ke laut sikit masa nyanyi tu we manage to perform our very best for the audience that night. Hope semua terhibur!


Apalagas, jom layan gambaq TAPI AWAS! Banyak colour OREN. HAHAHA.


With Cikgu Siti Hajar & Cikgu Rima

Ada Angry Bird kat depan sekali.

Mr Raphy, Cikgu Shahrul, Cikgu Siti, Cikgu Rima, En Khairi si Pengurus & eh siapa pula sebelah ni???

Si Mata Kena Tumbuk & Suami seksi beliau

Proudly present : KUMPULAN KOIR MATRADE oren oren

Divas Divana yang masuk koir

Si Nabil & Jepp Sepah yang nak makan penampau!
HAHAHA

♫OLIGO KOKO minuman yang sedap♫

Pose wajib depan pintu gerbang

Pose paksaan dari Suami seksi


Terima kasih yang tak terhingga kepada urusetia kerana selain daripada dapat perform, dapat makan saya juga dapat LUCKY DRAW!!

Yeayyyy....suka gila nama naik.. Dapat hadiah apa? Oh Menarik Gila..



Menarik Gila Kentang kan???

Tapi kena jumpa En Rahman dulu la baru dapat. HAHAHAHAHA. Hopefully tahun depan akan lebih meriah dan menarik hati. Tahun depan join koir ke tak? Insya'Allah, we'll see how lah ok.

Tata!

December 12, 2011

Back To Normal

Salam penuh barakah untuk kalian. Mudah-mudahan yang baik² sahaja bagi kita untuk hari ini. Amin.

Hari ini hari Isnin, kembali kita kepada rutin hidup yang normal. Dua minggu sudah tak berapa nak normal. Semua gara² Malam MATRADE 2011! HAHAHA. Terpaksa stay back hari² untuk mantapkan vokal. Sampai pukul 10 malam pun masih di sini. 2, 3 hari jugalah balik rumah tengok anak dah tidur. Kasihan dia. Oh sadis. Bila bangun pagi² baru dapat main dengan dia sekejap. Itu pun dia merengek nak ikut Ibu pi opis. Tapi Ibu tahu dia merengek sekejap je, jumpa abang Aaron terus ikut je bontot abang tu sampai Ibu pun dia dah buat dek je.

Alhamdulillah, semua sudah selamat dan rutin kembali normal. Hari ini boleh pulang seperti biasa dan layan anak serta suami seperti biasa. Tiada lagi alasan penat nak masak makan malam whatsoever dah. Yipppeee yeayyy!! Boleh lah mandrem suami dengan masakan air tangan sendiri. HAHAHA.

So weekend adalah hari Kakal membuli Ibu dia. Garang bukan main. Gambar kat bawah ni dia mengamuk takmo keluar pool tu.

'Jom keluar Kakal. Dah tu nanti selsema!' ...

'NANAK LAAAAAAAAAA'

Ish ish.






Updates on Malam MATRADE yang penuh mencabar untuk tahun ini esok lusa. Sebab harini macam busy pula. Perlu ke update? Hei perlulah untuk tatapan diri sendiri di kala bosan. HEHE.

Till then, tata for now.


Salam.





 

December 9, 2011

Preparation

Now tengah busy rehearsal untuk malam ni. Hopefully dapat buat yang terbaik malam ni.


Suara memang dah tinggal 30% je ni. Serak2, sakit gila tekak. Gara2 dah berapa hari practice sampai lewat malam. Memang ada yang miming je ni kang.


To all matradians, see you tonight!


Awemboweeee, Awemboweeee..


Published with Blogger-droid v2.0.1

December 6, 2011

Quote For The Day

Redha itu ikhlas
Pasrah itu menyerah.
#ombak rindu

Yang mana satu anda?

Seringkali tatkala perasaan tergugah, kita cuma stabilkan hati yang goyah.
Ucap bibir kita AKU REDHA.
Redha harus ikhlas.
Redha di bibir sama kah dengan redha di hati?

Pasrah itu menyerah.
Menyerah kepada keadaan.
Menyerah kepada takdir yang ditentukan.
Kun fayakun.
Begini yang diaturkan, begini lah kita harungi sehari-hari.

Namun,

Pantang menyerah sebelum berjuang kan?
Sehabis daya cuma menegakkan apa jua yang ada.
Sehabisss daya..

Belum mahu menyerah, saya redha memaafkan. Harap² kemaafan datang dari hati yangikhlas. Tak ruginya. Sedangkan Nabi Allah pun diuji. Di baling dengan batu dan najis. Apetah kita umatnya yang serba kurang ni, baru di lempar kata² kesat sedikit. Doa saya moga diberi hidayah kepada nya. Amin.


p.s : hari ini memang sangat emo. saya sedang diuji. Alhamdulillah, tanda Allah masih mengingati.

Suami, I Miss You. (diuji pun nak gedik lagi)

December 5, 2011

Monday Blues : Batuk & Koir

Salam 9 Muharam,

Kepada sesiapa yang berpuasa hari ini, tahniah dan selamat berpuasa. Moga barakah Allah sentiasa bersama kalian. Saya tak dapat berpuasa kerana Allah beri cuti. Seronok jadi perempuan sebab Allah beri banyak kelonggaran, senang masuk syurga tapi dalam masa yang sama perempuan juga lah yang paling banyak masuk neraka. Wallahu'alam.

Ustazah pilihan sangat rangkat di atas itu. Takpelah sesekali apalah salahnya ye dak?

Hari ini sangat mengantuk sampaikan dalam kereta dengan Cik Nee tadi pun boleh tersengguk². Padahal Cik Nee tengah beritahu pasal gossip baik punya, boleh pulak gua terlentok-lentok. Unbelievable. Semalam tak dapat tidur lena sangat. Asyik terjaga sebab terbatuk-batuk secara berduet dengan anak. Mak dengan anak batuk kokol namanya. Mak takpe lagi lah boleh je tahan batuk² ni. Tapi kesian dekat anak lah kan. Terus terjaga tengok je dia tak boleh nak tidur. Bila nak start tidur balik dia batuk lagi.

Hai kesian anak.

Anak kecil itu dah besar pun, gigi geraham dia pun dah tumbuh atas bawah kiri dan kanan. Rasa kelakar pula tengok dia bergigi banyak macam itu. Lain jadinya muka. Nampak lebih matang. HAHA.

Dan vokal juga bukan sekadar rupa..eh eh vokal dia pun sudah banyak yang menampakkan hasil. Sudah boleh ikut hujung² perkataan setiap kali menyanyi lagu 'Bangun Pagi Gosok Gigi..bla bla bla.....'. Makin rajin ikut cakap orang. Kena jaga setiap patah perkataan lepas ini, maklumlah Mak Bapak dia kadang² cakap kasar tak ingat anak depan mata. Lepas ini kena lebih bersopan santun.

Eh eh dah melalut padahal tadi nak gloomy sangat sebab terbatuk-batuk. Sudahlah Jumaat ini kena perform for dinner menara. Kalau suara tak ada macam mana kan? Nak miming memang boleh tapi kesian kat kawan². HAHAHA.

Baiklah nak pergi asah suara lagi bersama kumpulan koir yang makin lama makin tak tahulah apa nak cakap. Best tapi makin susah pula. Takpe ambil sebagai cabaran.

Mari bersiap!





Mak dah senyum, Anak sibuk tengok binatang.

December 2, 2011

Review : Ombak Rindu

Saya tak pandai sangat nak review. Maklumlah bukan orang seni. Jujurnya sebelum pergi tu rasa macam 50-50 je. Tak mahu terlalu mengharapkan bulan dan bintang. Takut nanti jadi macam Lagenda Budak Setan je. Ke laut jadinya wei.

Jujurnya lagi saya tak baca pun versi novel dia. Jadi tidak tahu nak expect apa dari filem tersebut.

Overall, pelakon semua memberikan lakonan yang mantap. Haruslah pujian pertama sekali kepada Aaron Aziz. Istighfar banyak kali dalam hati siap ada mantra ' Aku Dah Kahwin'. Takut wei berdosa terjatuh cinta. HAHAHA. Setiap kali Aaron nangis setiap kali tu lah aku meraung sekali. Apetah lagi bila dia buat muka2 comel. Melting jadinya.

Then Maya Karin pula ok lah. Not bad. Dia cuma bawa watak tu sebaik mungkin. Cuma orang kampung ada ke cakap pelat omputeh sikit. Hehe. Dan puji juga kerana dia mengaji betul2 walaupun sebutan kureng. At least dia tak pakai minus one.

Lisa ok tapi banyak sgt menjerit suara mcm garau sikit jadinya. HAHA. Bront pun ok, cool seperti biasa.

Yang tak best ialah Azizah Mahzan & Julia Ziegler. Sebab wardrobe tah hape2 dan lakonan menyakitkan hati.

Jalan cerita sungguhpun sangatlah drama melayu tapi saya suka. Ketabahan hati seorang wanita di situ. Dan kekuatan cinta mereka. Sinematografi cantik buat saya rasa nak pergi bercinta di Cameron Highland. Feeling sayang kepada husband dan rasa bertuah to have someone like him sgt menebal sekarang.

Seriously Ombak Rindu tak bagi can langsung air mata nk kering. Siap sedu sedan macam kena tinggal dengan pakwe. Sampai sekarang saya rasa pening dan lapar bukan kepalang. Hukhuk.

Keluar panggung je terus sms Abi. Ajak dia nonton kali kedua. I want to cry on your shoulder & hold your hand.

#gedik.



Published with Blogger-droid v2.0.1










Hero + Idol = Ayah


Ayah, I LOVE YOU


2 Disember setiap tahun ialah hari yang istimewa sangat bagi kami sekeluarga. Hari di mana Allah kurniakan seorang lelaki yang ditakdirkan untuk menjadi seorang Ayah yang sangat sporting dan comel buat anak² nya.

Banyak nya nak tulis pasal ayah. But I just can't. No words can describe how much I love Ayah. Segala pengorbanan beliau memang saya tak dapat balas di dunia. Hanya doa saya setiap kali selesai solat.

Ayah panggil saya 'Anje'. Dari kecil lagi dia panggil saya begitu. Tapi dah besar ni takdelah kan. Adik-beradik selalu ejek saya sebab saya ni manja kededek sangat dengan ayah. Masa kecik dulu kalau ayah marah, saya akan menangis sampai tertidur. Bila dah tidur baru ayah datang peluk & angkat masuk dalam bilik. Dengan ayah jugalah saya suka mengadu sakit kaki lah, sakit perut lah lepas balik dari sekolah. Nanti ayah tolong urutkan kaki. HEHE.

Saya ingat lagi masa pergi BB Plaza dengan Mak, Ayah & adik beradik lain. Saya hentak² kaki tanda protes tak dapat beli anak patung yang macam BABY ALIVE tu. Best gila kot anak patung tu. Bila kita kiss pipi dia akan keluar bentuk . Lepas itu bila kita rendam baju dia dalam air akan keluar baju yang lain pula. Syok gila. Saya menangis tak dapat, sampai baring² atas lantai mall itu. Mak memang buat tak tahu saja, dia malas layan. Ayah yang datang pujuk & dukung saya pergi beli. Saya ingat sampai bila².

Pagi² kalau dekat rumah mesti akan dengar suara Ayah ketuk pintu bilik 'Bangun, solat!' Semua terkulat-kulat kadang² buat tak dengar. Tapi kalau dah dua tiga kali ketuk tu silalah bangun. Sekarang kalau tidur rumah Ayah, Kakal pula yang kejut Atok dia. Terjerit-jerit dari bawah 'TOK TOK!'.

Kalau susah tak kisah dari segi kewangan ke apa, selalunya Ayah akan tolong walaupun diiringi dengan bebelan tapi selalunya kitorang minta melalui Mak lah. HAHA. Bagus kerjasama Mak dengan Ayah ni. Demi anak² diorang masih berbaik.

To my hero, Ayah

Tak tahu nak cakap macam mana tapi Pi memang sayang Ayah dunia & akhirat
Doa Pi selalu untuk Ayah
Terima kasih kerana membesarkan Pi sehingga menjadi ORANG seperti hari ini
Terima kasih kerana menjadi contoh yang baik untuk anak², menantu² & cucu².

Kakal says 'I LOVE YOU ATOK AJI VERY STRONG!!!'

Ok lah, saya nak buat kerja lah.
(padahal dah tak tahan nak bendung air mata)





December 1, 2011

KSN Townhall Session With MITI & Agencies

Sebelum itu nak say Hello to December! Long time no see you. Hope you bring more joy & good time!

Ok pasal townhall session ni, insan² terpilih saja yang dapat pergi tonwhall session ni tau. Sebelum itu kepada mereka yang tak tahu Townhall Session itu apa, fret not!

Pakcik Google kan ada, maka ini jawapan daripada Wikipedia :

A town hall meeting is an American English term given to an informal public meeting. Everybody in a town community is invited to attend, not always to voice their opinions, but to hear the responses from public figures and (if applicable) elected officials about shared subjects of interest. Attendees rarely voted on an issue or proposed an alternative to a situation. It is not used outside of this secular context.


There are no specific rules or guidelines for holding a town hall meeting.[citation needed] If the turnout is large, and in a particular case the objective is to give as many people as possible an opportunity to speak, then the group can be broken down into smaller discussion groups. Each group, in that case, appoints someone to summarize discussion of their group. Many companies also have such meetings.


Para petugas kaunter pendaftaran

Nak kata insan terpilih tidaklah juga, pasal macam satu office pun turun aku tengok. HAHA. Tak perlu lah ulas lebih lanjut pasal session itu sebab nanti banyak makan hati. Saya tinggalkan anda dengan peribahasa 3 kerat di bawah :


To Whom It May Concern,

Masuk kandang harimau mengaumlah,
Masuk kandang kambiang mengembeklah,
Tapi kalau masuk MENARA, please behave yourself..

HAHAHA