+ dag dig dug +

December 12, 2011

Back To Normal

Salam penuh barakah untuk kalian. Mudah-mudahan yang baik² sahaja bagi kita untuk hari ini. Amin.

Hari ini hari Isnin, kembali kita kepada rutin hidup yang normal. Dua minggu sudah tak berapa nak normal. Semua gara² Malam MATRADE 2011! HAHAHA. Terpaksa stay back hari² untuk mantapkan vokal. Sampai pukul 10 malam pun masih di sini. 2, 3 hari jugalah balik rumah tengok anak dah tidur. Kasihan dia. Oh sadis. Bila bangun pagi² baru dapat main dengan dia sekejap. Itu pun dia merengek nak ikut Ibu pi opis. Tapi Ibu tahu dia merengek sekejap je, jumpa abang Aaron terus ikut je bontot abang tu sampai Ibu pun dia dah buat dek je.

Alhamdulillah, semua sudah selamat dan rutin kembali normal. Hari ini boleh pulang seperti biasa dan layan anak serta suami seperti biasa. Tiada lagi alasan penat nak masak makan malam whatsoever dah. Yipppeee yeayyy!! Boleh lah mandrem suami dengan masakan air tangan sendiri. HAHAHA.

So weekend adalah hari Kakal membuli Ibu dia. Garang bukan main. Gambar kat bawah ni dia mengamuk takmo keluar pool tu.

'Jom keluar Kakal. Dah tu nanti selsema!' ...

'NANAK LAAAAAAAAAA'

Ish ish.






Updates on Malam MATRADE yang penuh mencabar untuk tahun ini esok lusa. Sebab harini macam busy pula. Perlu ke update? Hei perlulah untuk tatapan diri sendiri di kala bosan. HEHE.

Till then, tata for now.


Salam.





 

6 comments:

welcome to preggieland dear