+ dag dig dug +

October 21, 2011

Eh, Kasarnya Bahasa.

Oh sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Mak Jemah nak sentuh pasal penggunaan bahasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Mari!

'Eh, awak ni cikgu Bahasa Malaysia ke nak ajar² orang?'

Eh, bukan ajar lah. Nak cerita sahaja. Tak salah kan? Ini apa yang saya lalui sehari-hari. Di pejabat, di rumah, di Twitter, di Facebook. Hahaha.

Sesiapa yang kenal saya dan kawan² Divas saya di pejabat mesti tahu tahap pergaulan kami macam mana. Kadang² orang ingat kami bergaduh. Sebab jenis cakap kuat² dan kasar. Memang jenis bergurau kasar habissss lah. Siapa yang ala² hati tisu tu memang akan terasa dan kecik hati punya I bet. Tapi Alhamdulillah, so far kami dah berkawan lebih kurang 5 6 tahun kot. Insya'Allah selamanya. Kitorang nak pencen dan tua bersama². Cewah macam couple je bunyinya. Ok berbalik kepada cakap kasar tadi. Selalunya kami akan dapat respond atau pun gosip yang mengatakan kami ini kasar. Walhalnya mak² orang dan bini² orang semua ini. Tapi jujurnya, percakapan sebegitu hanya dalan group itu sahaja. Memang tak terbawak² ke luar kecuali adalah seorang 2 yang dah memang perangainya begitu. KAHKAH. Itu dah memang sejak azali gamaknya.

Kalau dekat Twitter saya selalu melempiaskan macam². Marahlah, bengang lah, suka, kecewa. Bahasa² kesat adalah sesekali. Tapi sejujurnya cuba menapis tahap bahasa. Jangan sampai merosakkan bahasa, jangan sampai jatuh air muka suami, jangan sampai malukan keluarga. Sebab itu akaun Twitter saya privacy.

Di FB pun sama. Jarang sekali up status. Sebab dah tahu ada dalam 200 300 orang yang akan baca status saya itu. Kalau buat pun status yang gembira² sahaja. Yang sedih atau tak suka kita simpan dalam hati je lah. Lagi² kalau melibatkan hal rumah tangga. Atau peribadi orang lain. Seelok-eloknya tak perlulah up status bukan². Lebih baik tulis hadis² ke share ayat Al-Quran ke. Orang baca, kita pun dapat pahala. Ye tak?

Tapi after all, pilihan di tangan anda. Ada orang suka share semua cerita dengan dunia. Maka tidak mengapalah begitu. Itu blog, Twitter, FB dia. Lantakkan. Kalau tak suka sangat pergi block, hide ke apa² yang perlu. Kan.


Sekian.



Budi Bahasa Amalan Kita.





12 comments:

  1. biasa la manusia
    setipa apa yang kita buat harus di katakan

    ReplyDelete
  2. Thanks atas peringatan Fie. Entry ni sangat bagus. Peringatan untuk kita semua jugak ni. :)

    ReplyDelete
  3. ko nak pencen sama² aku ke?aku pencen awal beberapa tahun dari kau tau..hahaha..ada beran?! :P

    ReplyDelete
  4. Thanks kak fie! Tak suke orang jenis up status perli sindir ke ape ke. Bile tanye marah2 emo. Ape keheynye yob. hahaha

    ReplyDelete
  5. Bahasa Menunjukkan Bangsa - itu lah yg dikatakan oleh P.Ramlee, dalam citer "Seniman Bujang Lapok" dalam babak ngn Singh di Studio Jln ampas.. amat relevan sehingga sekarang.. :)

    ReplyDelete
  6. kalau dina punye FB n blog kena tapis pasal family sume baca..HUHU..

    ReplyDelete
  7. Sy tak suka luahkan emosi kat memane hatta blog pun. Klu luahkan pun sebab perihal isu semasa dan sekeliling. Utk menceritakan emosi diri sendiri, tdk sesekali.

    ReplyDelete
  8. akak plak masalah dgn ejaan bdk2 skrg yg byk guna W hujung perkataan hehe...

    ReplyDelete
  9. ahli divas ada sorang blm jd mak org lagik tau.... ni perli ke hape??!!!....hahhahaha

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear