+ dag dig dug +

October 31, 2011

Hobi Saya : Bahagian 1

Assalamualaikum kawan². Selamat hari Isnin kita ucapkan. Ibu kita kata Isnin yang gloomy. Gloomy tu apa dia? Kita pun tak tahu.

Hari ini kita good boy tau! Ibu cakap sebab kita tak cry pun masa pergi school tadi. Kita sebenarnya takut dengan kren kat construction site sebelah school tu. Besar lepas tu kan dia bunyi bising sangat. Kita dengan kawan² nak tidur pun tak boleh. Selalunya bila bunyi kuat tu kita cry pastu lari cari kakak. Kakak kena peluk kita kuat². Huhu.

Tapi pagi tadi Ibu dah marah kren tu. Kita dengar Ibu cakap kat kren " Haipppp! Jangan bising². Ariff Haikal nak tidurlah." Lepas Ibu dah marah tu baru kita lega. Kita rasa kren tu pun takut dengan Ibu. Ibu kita garang gila tau. Padan muka awak kren.

OK lah sekarang kita nak tunjukkan hobi kita kepada kawan² semua. Bukan saja kepada kawan², boleh juga kepada bakal² isteri mahu pun bakal² mak² mertua. Ngehhh ngehhh ngehhh~








 
 
 
 
Ha ok lah cukup la kot setakat ni. Nanti Ibu kata kita over shadow dia pula. Last but not least, kita sayang Ibu dan Abi so much. Muahhh mmmuahhh kat pipi diorang banyak² kali.
 
 
 
♥, hugs, kisses
 
  KAKAL
 
 
 
 
 

October 28, 2011

Kidz Art 'N' Fun Zone, Ikano.

Tak ingat hari apa hari itu. Tapi masa itu hujan sangat lebat di Damansara. Mula² ingat nak pergi Sunway Giza. Nak tengok botol dekat Camy Babyland. Tapi kitorang sangkut sebab jalan congested depan The Curve. Hujan sangat lebat dengan guruh kilat berdentum dentam. Terus hubby melencong masuk The Curve saja.

Since dah sampai sana apalagassss merayau-rayau lah Ibu ni ha dekat² situ. Tiba² termasuk Ikano pula. Eh eh termasuk pula. Haha. Tak tahu hala tuju ke mana masa tu sebab hujan sangat lebat tak tahu nak ke mana. Last² naik tingkat atas Ikano tu terjumpa lah ini...


Tenggg tenggg tenggggg....



Tempat ni kat tingkat 3 Ikano tak silap.

Agak besar juga dan banyak permainan.

Add caption


Boleh main PS juga di sini.

Dah tak terkawal dah Kakal masa ni

Marah Ibu peluk dia

Jump jump jump!!

Sekali masuk adalah dalam RM8 for weekdays dan RM12 for weekend. Main selama mana korang nak. Tapinya kitorang sekejap je kat situ. Adalah dalam 20 minit. Sebab..sebab..sebab...tempat tu berbau KEPAM!! Hahaha siries tak tahan baunya. Dengan siling bocor siap tadah dengan baldi. Agaknya sebab tu kepam. Untuk lepaskan gian budak² sekejap boleh lah.

Sayang sangat, mainan dia best tapi tempat berbau.

Lepas itu dekat² situ ada Toy's R Us juga. Abi yang beriye nya nak tengok toys untuk diri sendiri bukan untuk anak. Cisss. Tapi dah masuk dalam tu kan, Kakal pun lupa diri sama. Tengok lah haaa..





Habis dia turunkan semua dari rak tu. Susun atas lantai buat macam rumah sendiri. Hahaha. No, memang Ibu tak belikan lah. Gila ke benda kecik tu pun satu nak dekat sepuluh ringgit? Dahlah nak banyak², satu tak mainlah.  HAHA.


Tak lama je lagi dah nak masuk Setahun Setengah dah Kakal. Besar dah anak Ibu. Sob sobb..

October 27, 2011

ICC Convention 2011

Salam Khamis everyone,

Macam mana raya semalam? Meriah kan. Meriah dengan bunyi mercun yang dah serupa bom atom! Sakit betul hati. Pukul 3 pagi terjaga sebab bunyi mercun. Nasib baik Kakal tidur dengan nyenyaknya. Apakah tidak boleh main pada pukul 8 malam? Di saat malam masih muda? Tension tau tak dengar?

Ok, berbalik kepada tajuk di atas. ICC Convention 2011 ini berlangsung minggu sudah. Tapi perjalanan projek ini memakan masa hampir setahun kot. Seminggu sebelum kemuncak event ini, Unit ini memang berhempas pulas la nak sediakan slide semua. Hari² meeting, hari² makan karipap bibik buat. Super sedap!

Ini masa practice syok sendiri.
HAHA.


Tekun tak tekunlah semua kan?

Masa ini lutut ketaq macam nak tercabut.

Camwhoring

The Team.
Proud of you guys ♥

Jadi menang ke kalah?

Kami dapat Persembahan Terbaik saja. Sama macam tahun lepas pun dapat anugerah yang sama. Dah macam Noraniza Idris pula bolot persembahan terbaik AJL tiap² tahun. HAHAHA. Tapi kami tetap enjoy dan gembira sahaja walaupun kalah. Menang kalah bukan ukuran, yang penting TEAM SPIRIT.

Congratulations to the winning team and the rest of the participants. Also thanks to pihak penganjur. Terima kasih daun keladi, tahun depan kalau ada, aku tak hingin masuk lagi!


HAHAHA.


Sekian, happy diwali!

October 25, 2011

Kalau Bolehlah

Salam,

Topik pagi Hot Chat Hotfm hari ini ialah Kalau Boleh Pasang CCTV, Di Mana dan Siapa Anda Nak Pantau? Huhu. Ada yang cakap nak pasang dalam kereta suami lah sebab suami selalu curang. Apa pasang dalam kereta? Curang bukan setakat dalam kereta je kak.

Tapi kalau tanya saya, saya nak pasang dekat TASKA! Haha. Senang lah nak pantau aktiviti kanak² dekat situ dan aktiviti penjaga. Nak tengok juga skill seorang penjaga untuk 5 orang budak. Hebat tu. Mana tahu boleh belajar dari diorang kan? Sambil tu boleh tengok apa yang anak kita belajar dekat sana. Jadual mereka hari² macam mana kan.

Tadi ada Mesyuarat Agong bersama koperasi. Ada beberapa usul yang dikemukakan untuk Taska. Harap² dipertimbangkan oleh pihak² berwajib. Bukan untuk saya seorang tapi untuk semua kebajikan Ibu Bapa yang hantar anak² mereka ke sana. Usul ada yang diterima dan ada penambahbaikan akan dibuat. Alhamdulillah. Terima kasih KOOP!

Hmmm, nak update pasal KL Festival City Mall yang baru buka dekat Danau Kota tu. Simpan untuk esok lah yep.

Sekian.




October 24, 2011

Monday Blues : Puding Trifle

Salam,

Nak update tapi malas. Malas sebab gambar takda. Tak best je rasa update blog tanpa gambar. Gambar ada tapi malas nak edit. Malas malas malas.

Nak buat kerja tapi malas. Malas nak tulis minit. Malas nak buat memo. Malas nak pergi jumpa bos mintak sign. malas nak turun akaun hantar borang P. Malas malas malas.

44 kali aku cakap malas ni betul² malas kang.

Tapi semalam terrr rajin sikit. Sikit je tak banyak. Maka bila rajin, anak pula sangat behave (read : tidur) Ibu pun buat kerja di dapur. Di dapur line 3g celcom terbaik woookkk. Kalau kat hall agak suam² je. Memang nak suruh aku duduk dapur selalu.

Maka semalam bila ter rajin, inilah yang terhasil.


Puding Trifle

Resepi kita cilok dari sini je : http://dapurcomelku.blogspot.com/2009/09/puding-trifle.html

Sumber: Kak Maizana

Bahan² :





Swiss roll (kita beli je, kalau rajin boleh buat sendiri ye)

1 tin fruit cocktail

Kristal Jelly - kita guna cap NONA

1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir

4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit

Yogurt atau whipping cream - kita guna whipping cream


Cara membuatnya:


Lapisan 1

Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.


Lapisan 2

1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.


Lapisan 3

Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.


Lapisan 4

Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).


Lapisan 5

Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya
Nota:
-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10". (kita guna tupperware je)

-whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi.


Buat 2 bekas, 1 untuk bekalan suami & rakan². Satu untuk bekalan saya & rakan². Lunch nanti nak makan. Berani bagi diorang rasa je sebab kalau diorang kutuk tak sedap memang aku luku terus tanpa was-was.


Sekian.


















October 21, 2011

JJCM Session With Mak Neng, Kak Kiwi & Adik Reen

Glamour nama uolls ok. Kak Kiwi paling tak tahan sekali. Oh Mak Neng ada tambah juga tak silap. Mak Neng Strawberry kan? Reen je tak pasti dia pilih buah apa. HAHA.

Sesi ini terjadi apabila Jue & Reen menyakat saya di Twitter lalu saya geram dan mahu cubit² mereka berdua. Dan terjadilah unplanned event seperti berikut. Bertempat di IKEA, Jue yang pilih sebab dia beriya nak makan meatballs. Dan kami setuju je. Ajak Mak Neng sekali sebab nak bagi dia tiket Nuffnang. (TQ Mak Neng Fad for the tix!)

Mula janji pukul 2, lepas itu tukar pula pukul 3 sebab masing² ada hal kena selesaikan dahulu. Orang pertama sampai ialah Fad. Saya sampai lepas itu Fad terus call kata dah ada dekat Food Court IKEA. Orang adalah super ramai dan Alhamdulillah we managed to get seats yang boleh duduk ramai². Kemudian baru Jue sampai. Reen adalah lambat kerana tunggu Farid habis kerja. sementara tunggu Reen tu kami borak² dan makan² dulu. Anak² semua dah main panjat meja lah kenmain. Alif dengan Kakal dah main rebut² bola dah. Sampai terpelanting ke belakang lah bola si Kakal. HAHA.

Imaan pula control ayu lagi tapi asyik main kenyit² mata dia tu lah. Comell giler Imaan ok. Kakal dengan Alif memang usyar je lah. Tak lama lepas itu baru Reen sampai bersama Farid & Fahrin yang berbaju bunga². Sayangnya gambar masa kat IKEA takda. Sebab orang ramai sampai rasa sesak napas makcik.

Lepas itu kami berjalan ke The Curve pula. Situ tidak lah sesak sangat kan. Tapi Jue pun nak balik awal sebab Amir kena out station. Kami naik tingkat atas main dekat permainan budak² situ. Bagi budak² lepas. Masa ni kelakar tengok Imaan. Fad kata dia first time main slide semua tapi dah macam expert ok. Tak payah pegang pun dia pandai naik turun slide tu sendiri. Sudah lah kecik comel sahaja memang dia mencelah je budak² lain nak panjat slide. Fahrin pun taknak orang pegang dia. Dia nak main sendiri. Alif dengan Kakal sama lasak ok. Mengah lah mak² ni nak mengejar anak masing².


OK sesi bergambar! Thanks to Hubby Reen (Farid) for these pictures. Superb!


Perhatikan Fahrin. HAHA.

PEACE Y'ALL

Laga² pipi dengan Jue

Imaan main mata lagi!

Pandai pulak pandang kamera.

Baju seragam

>___<

Gambar blur habis. Tapi nak tunjuk juga budak² ni main slide.
HAHA.


Next JJCM?


Mee Udang Mak Jah ok? Mmmmuahhhhh!!



Eh, Kasarnya Bahasa.

Oh sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Mak Jemah nak sentuh pasal penggunaan bahasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Mari!

'Eh, awak ni cikgu Bahasa Malaysia ke nak ajar² orang?'

Eh, bukan ajar lah. Nak cerita sahaja. Tak salah kan? Ini apa yang saya lalui sehari-hari. Di pejabat, di rumah, di Twitter, di Facebook. Hahaha.

Sesiapa yang kenal saya dan kawan² Divas saya di pejabat mesti tahu tahap pergaulan kami macam mana. Kadang² orang ingat kami bergaduh. Sebab jenis cakap kuat² dan kasar. Memang jenis bergurau kasar habissss lah. Siapa yang ala² hati tisu tu memang akan terasa dan kecik hati punya I bet. Tapi Alhamdulillah, so far kami dah berkawan lebih kurang 5 6 tahun kot. Insya'Allah selamanya. Kitorang nak pencen dan tua bersama². Cewah macam couple je bunyinya. Ok berbalik kepada cakap kasar tadi. Selalunya kami akan dapat respond atau pun gosip yang mengatakan kami ini kasar. Walhalnya mak² orang dan bini² orang semua ini. Tapi jujurnya, percakapan sebegitu hanya dalan group itu sahaja. Memang tak terbawak² ke luar kecuali adalah seorang 2 yang dah memang perangainya begitu. KAHKAH. Itu dah memang sejak azali gamaknya.

Kalau dekat Twitter saya selalu melempiaskan macam². Marahlah, bengang lah, suka, kecewa. Bahasa² kesat adalah sesekali. Tapi sejujurnya cuba menapis tahap bahasa. Jangan sampai merosakkan bahasa, jangan sampai jatuh air muka suami, jangan sampai malukan keluarga. Sebab itu akaun Twitter saya privacy.

Di FB pun sama. Jarang sekali up status. Sebab dah tahu ada dalam 200 300 orang yang akan baca status saya itu. Kalau buat pun status yang gembira² sahaja. Yang sedih atau tak suka kita simpan dalam hati je lah. Lagi² kalau melibatkan hal rumah tangga. Atau peribadi orang lain. Seelok-eloknya tak perlulah up status bukan². Lebih baik tulis hadis² ke share ayat Al-Quran ke. Orang baca, kita pun dapat pahala. Ye tak?

Tapi after all, pilihan di tangan anda. Ada orang suka share semua cerita dengan dunia. Maka tidak mengapalah begitu. Itu blog, Twitter, FB dia. Lantakkan. Kalau tak suka sangat pergi block, hide ke apa² yang perlu. Kan.


Sekian.



Budi Bahasa Amalan Kita.





October 20, 2011

Cuak Beb!

Tahun lepas pun cuak juga. Ingatkan tahun ini dah tak perlu masuk lagi. Kena lagi rupanya. Duhhhhh~

Hari ini agak busy dengan Innovation & Creative Circle (ICC) Convention. Kena present depan orang² menara. Tak kisah kalau kena duduk depan masa choir or masa menari dulu. Tapi yang ini payah sikit sebab kena bercakap depan crowd! Aduhhhhh, tahu jelah Mak Jemah ni bukan selalu typo sahaja, malahan cakap pun selalu silap sebut.

Tahun lepas nak sebut sketsa jadi SKETTA. Malu beb.

Harap² tiada lagi kesilapan tatabahasa hari ini.

Doakan saya ye semua.



October 18, 2011

Contest : Teka Umur Saya.

Dah lama tak masuk contest. Asyik kalah je, makcik give up lah. Haha.

Tapi setelah di tag oleh Mak Neng Fad, maka saya cuba lah rajinkan diri masuk contest kali ini. Contestnya adalah seperti tertera di atas.





Cara -cara masuk contest :

1. Buat Entry tajuk yg sama & Copy Banner kt atas sekali tu and link kan ke blog ni..
 
2. Tolongla follow ye blog aku yg ni Me, myself and I
 
3. Tag membe seramai 3 org.. :P kena la ajak diorg teka skali ye!
 
4. Tinggalkan link korg ye..

 

 

 


Muka Cik Adik yang hendak diteka umurnya

Ahkak teka umurnya ialah....hmmmm

hmmmm

hmmmmmm

hmmmmmmmm


27!!!!



dengan ini juga nak tag rakan-rakan berikut :





Sekian!





October 17, 2011

Happy Birthday Sister!

Hari ini 33 tahun yang lalu Nanny Midah sedang bertungkus lumus nak bersalinkan kakak sulung saya iaitu Jaja. Anak sulung babe. Mesti masa tu mak nervous gila. I know sebab dah pernah lalui nya kan. Haha.

Jaja is a bad influence to me. Haha. Dia banyak memberi saya tunjuk ajar yang baik dan juga buruk! Ini betul kalau tak percaya tanya dia. Sekarang dia jadi teman mengadu kalau ada masalag keluarga. Haha.

Shes now a mother of two cheeky yet handsome son. Mungkin lepas ini kami berlumba siapa dulu dapat anak perempuan.

Ye saya dah mula merapek. Hari ini EL lagi ye. Nak pantau anak di rumah. Taska penuh virus. Habis semua anak2 kena viral infection. Huhu.

So Happy Bithday Mummy Jaja! Kakal lovesss you so much.



Published with Blogger-droid v1.7.4

October 14, 2011

Anak Den

Sejak duduk Subest ni perjalanan dari rumah ke office agak panjang. Kalau jalan sesak makan sejam setengah juga lah nak sampai office. Budak kecik ni memang cepat bohsan kan. Mana boleh tahan duduk saja dalam kereta, itu pun nasib baik Ibu dia tak ikat dalam car seat. Dia memang lepas bebas dalam kereta. Tapi dengan kawalan Ibu la. Abi op kos beri perhatian terhadap jalan raya.

Memang macam² pe'el la dia buat kan. Ini pe'el pagi tadi.


Mula² kita kasi mr. caterpillar makan koko krunch dulu yerp!



Lepas itu kita pula makan koko krunch



Ibu geletek sebab itu kita menyerongeh begini

T____T

Hah begitulah pe'el anak beranak di seat belakang sementara Abi kat depan asyik geleng² kepala sebab mengadap jam. Hehe. Sorry Abi, lain tahun Ibu belajar driving ok.

October 13, 2011

Sharing Is Caring : Ingat Mengingati




Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri ~ Pesan Imam Syafie




October 11, 2011

Comelnya Awak Ni!

ehsan : pakcik google

Rasulullah SAW pun selalu bersenda gurau dengan Saidatina Aisyah. Kata hadis Nabi SAW yang ringkas dalam pencarian pasangan yang sepadan dengan anda:

“..sehingga kamu dapat tertawa dengannya dan ia tertawa denganmu..”
( HR Muttafaqun ‘Alaih )

Cubit mesra pipi si isteri, dapat pahala. Cubit mesra pipi si suami, dapat pahala. Berpahala, membawa ke SYURGA.

 
Mesti ramai dah dapat dan baca email berkaitan hadis Rasulullah saw berkaitan gambar di atas kan? Jadi saya sebagai Isteri yang ingin mencium wanginya bau syurga, dengan jujur balik ke rumah dan bercerita perihal email di atas kepada suami.
 
 
Saya : B, comelnyaaaa awak ni!! (sambil cubit pipi dia). Ha cepatlah cakap saya comel. Cepat cubit pipi saya sekali (sambil sua pipi kat dia).
 
Dia : Erk, tak boleh...saya tak boleh tipu diri sendiri (sambil ketawa berdekah-dekah tengok muka bini dia).
 
 
 
 
 
Tskkkk.
 
 
 
 
 
Benci haku!
 
 
 
 
 
Sekian, I emosi.
 
 
 
 

October 8, 2011

Going Crazy Over Books


On our way. Afiq buat peace tapi macam cucuk langit. Kakal as usual menyerongeh.

Amoi tu tukang kira berapa ramai yang datang event ni. Hehe.
Keramaian tetapi tidak sesak.
Bestttttttttttttt
Hasil rembatan 4 orang ye bukan saya seorang.


Salam,

Huh tak menyempat tunggu sampai rumah nak update. Im just too excited. Haha.

Tadi pergi MAEPS Serdang for the Bigbadwolf Book Fair dengan Jaja, Kak Illa & Adek. All I can say is that memang berbaloi ponek lolah parking jauh for all the books. Best selling authors macam Cecilia Ahern, Sophie Kinsella & buku masakan Jamie Oliver pon boleh dpt dalam Rm8 sahaja.

Tapi tengah bulan so tak boleh nak memborong sgt. Tapi kena beli my favourite author satu. Cecilia Ahern. Thats a must! Yang paling banyak haruslah Jaja kan. Borong gila!

Twilight series pun ada tau. Sesiapa yang collect tu haruslah pergi terjah sana. The fair will be on untill 16th ni.

Jangan lepaskan peluang!

Published with Blogger-droid v1.7.4

October 7, 2011

On Diet Issue

Salam Jumaat penuh barakah atas kalian semua. Moga hari ini lebih daripada semalam. Mari mulakan hari dengan senyuman tak lekang di bibir.

Sebelum saya teruskan hari dengan Meeting ICC yang tak berkesudahan sekejap lagi, baiklah saya membebel sepatah dua perenggan buat hari ini.

Buat masa sekarang sedang menjalani Program Diet 100 Hari bersama Geng Ukhuwwah Blogger di FB. Dah nak dekat sebulan juga lah rasanya program ni bermula. So far oklah ada penurunan. Tapi dia macam turun naik gittew.

Nafsu serakah terhadap makanan ini memang agak susah la untuk dibendung. Lebih² pula dengan jemputan rumah terbuka Syawal lepas kan. Jangan kata Syawal, Zulkaedah ni pun ada lagi orang buat rumah terbuka yerp. Meriah gittew.

Geng Diva pun nak buat program diet juga. Tapi makin lama tengok macam makin suam² je semua berdiet (termasuk si penulis).


No rice for today!

No more fast food!

Nak puasa la esok.


Demikian adalah ayat² biasa kita dengar dari mulut masing². Hahaha harammmm tak buat pun. Gelakkan diri sendiri. Maka, kita redha jelah kalau berat badan kita macam gini. Dah 7 tahun kerja kat sini, memang gitulah. Makan, makan, makan aja kerja kita.

Tak mengapalah asal kita semua bahagia & happy!



Lagi happy kalau dapat gomol budak ini!






October 5, 2011

Bersabarlah Sayang

Fikiran saya terbang jauh ketika ini.

Sepertinya membawa saya ke detik² dahulu.

Oh kenangan, kalau biasa kembalikan semuanya, alangkah manisnya.

Justeru khabar itu buat lidah jadi kelu.

Iya benar, sedangkan lidah lagi tergigit.

Sedangkan kawan bertingkah kata.

Hakikatnya, jauh ke lubuk hati, ada secalit kasih dan rindu tidak terbendung.


Doa kakak kepada adiknya,

Bertabahlah sayang, ujian dunia nampak kejamnya. Asal Allah tahu yang mana benar yang mana silap. Andai tersilap langkah kita di dunia, pintu taubat itu masih terbuka. Di sebalik tirai itu nanti, muhasabahlah diri. Allah tidak pernah membebankan hamba Nya dengan ujian yang tak dapat di tanggung.


Redha, sabar.

Kelak selepas hujan yang datang pasti terbit pelangi menyinari hati.



*hugs & kisses*



Wordless Wenesday 21 : 'Batman Karoks'














October 3, 2011

Monday Blues : Panca Sitara

Baru naik kerja setelah seminggu bercoti.

Maka otak jadi tepu, beku.

Mak Jemah letak gambar je la ek.

Enjoice!


NAMA GLAMER TAK MENAHAN