+ dag dig dug +

September 6, 2011

Antara Seronok dan Tidak

Masih mood raya ye semua orang? Di kantor pon masih sunyi ni. Cuma jalan KL sudah kembali normal. Kalau tidak rasa boleh bikin marathon la tengah jalan. Takda kereta sgt. Jalan meow meow pun lengang gila.

Hari ini kembali sudah ke kantor setelah lama merehatkan diri bersama keluarga tersayang. Budak tecik pon dah start pergi school semula. Siap menangis depan school. Itulah bahana 10 hari melekap ke sana ke mari dengan Ibu & Abi.

Hari raya tahun ini saya kategorikan sebagai so so sahaja. Suam² kuku. Meriahnya hanya kerana Kakal sudah pandai macam². Penat melayan kerenah dia tapi seronok tgk gelagat dia. Suka mengusik orang dan kuat makan. Benda² lain adalah sgt biasa dan suam² sahaja. Banyak perkara yang rasanya buatkan raya tahun ini rasa tak meriah.

Pertama dan paling terpenting sebab tiada lagi berkumpul di rumah nenek pada malam dan pagi raya. Nenek sudah duduk bersama Pak Ngah di KJ. Jadi raya pertama berkumpul di kondo instead of berkumpul di teratak nenek. Tak kisah mana² pon asal ada nenek. Tapi feeling tu dah takda. Kalau dulu malam raya mesti tgk nenek masak sambil curi² makan ayam yang nenek baru goreng. Tiada siapa pon nak marah. Masa itu masih kecil semua benda rasa seronok. Tapi iyelah bila masing² sudah berkeluarga sudah pandai berfikir dan sudah matang. Macam² benda kecil pon boleh jadi besar. Sigh.

Kalau mengeluh itu boleh kembalikan segalanya menjadi normal, nak je mengeluh kuat². Tapi sebagai umat Nabi saw saya faham bahawa tidak baik mengeluh. Baiknya kita redha sahaja. Pasti ada hikmah. Amin.

Yang kedua is FIL saya admitted on the second day of Syawal. Masa itu pukul 1230 malam, hubby masuk bilik dan cakap 'Yang saya nak bawa abah pergi HKL. '  Masa itu masih tidur² ayam sebab bunyi mercun berdentum macam bom. Memang mendapat la 2, 3 das cercaan dariku. Siapa suruh main mercun time orang nak tido? Takda sivik betul.  Rupanya abah diserang asthma yang teruk sampai berpeluh. Alhamdulillah nothing serious cuma kena banyak rest and no more cigarette. Dan baru semalam abah discharge. So hubby banyak spend time ke hospital jenguk abah. Hari raya kedua memang di rumah MIL sahaja layan tetamu yang datang.

Yang ketiga tak best ialah saya diserang penyakit ganjil. HAHAHA. Sakit rahang. Ganjil lah tu kan? Selalu sakit tekak ke demam ke. Ini tak, sakit rahang. Sehari sebelum raya itu dah mula sakit. Nak buka mulut besar² pun tak boleh. Doktor bilang menguap pun harus kecik² sebab takut rahang terkeluar! OMG. Takut sangat saya. Terus jadi sopan sepanjang raya. Hehe. Alhamdulillah sekarang dah sihat.

Cukup lah kot benda² yang tidak best sepanjang raya lepas. Esok kita cerita pengalaman Kakal beraya pulak ye. Budak bobot seorang itu sangat macam² perangai dia buat. Geram gila. Asyik la Ibu ni termarah anak. Takpe marah sebab sayang dan nak ajar dia kan. Jangan sampai naik tangan sudah lah.

Baiklah, saya hidangkan anda dengan sekeping gambar yang tidak seberapa seperti di bawah.

Selamat ber 'open house'! Ada sesiapa nak ajak kami datang rumah? Silakan. HAHA.







25 comments:

  1. hi kakal

    mesti banyak dpt wet raya kan kan kan...

    ReplyDelete
  2. kakal tomey jer pakai songkok..rafique sempat jumpa kopiah jer..

    ReplyDelete
  3. sakit rahang tu mcm mana nok? mcm ada kelenjar kat leher tu ke? scary lak aku dgr sakit ko...sekarang dah ok kan? alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Acik Gebus : op kos, auntie pon menyumbang sama! hehe

    ReplyDelete
  5. Wahida: sakit nok, takleh nganga besar². seksa mak jemah.

    ReplyDelete
  6. anje mummy kakal..mummy pun biasa² je raya kali ni..suam² kuku juger..antara seronok dan tidak seronok juger..takpela..biarlah anak² je rasa seronok ye tak.. :)

    ReplyDelete
  7. ala tomeiiii3 nye kakal...gerammmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  8. saya nak ajak awak hari ahad ni,tapi bukan open house lah.dtglah ek.bawak kakal yg bobot macam nak kena cium basah tu.:-)

    ReplyDelete
  9. fie, sila datang at my house ok! samada 16th or 17th. blm final lagi neh. masanya petang la yerp. 2ptg-7mlm..

    ahh..nnti lah buat invitation kat fb ke announce kat blog ker..Insyallah =)

    ReplyDelete
  10. same mcm husna, smlm masuk taska nangis sampai sedu sedan..adoi bahana seminggu lebh bercuti..

    hencemnye kakal..kalo ade dpan mata ni mau picit2 pipi tuh

    ReplyDelete
  11. hehehe act dah beso mmg rase raye x best pon... lagi2 kalo atuk nenek dah x der... huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. encem2 tu mesti rmai yg cair n kasi duit raya bnyak2 kan?:)

    ReplyDelete
  13. chichi : hihi takmo geram geram sgt. hehe

    ReplyDelete
  14. Cik Yam : insya'Allah Kakal sampai. cium basah? apakah? hahaha

    ReplyDelete
  15. dik,ada rasa ke rahang tu nak terpatah or terkeluar? akak tak dpt bygkan plak..mesti sakit kan...skrg dah ok ek.

    comeynyer si kakal berbaju melayu.segak.ni kaler turquoise ek dik,cantik.

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear