+ dag dig dug +

August 25, 2011

Raya Dah Dekat!

Jadi bagaimankah persiapan? Baju raya dah siap tempah? Baju anak² dan suami? Tudung Fareeda dah beli? Ke tudung Ariani lagi? Kuih raya yang tempah sebakul tu dah bayar? Ke ada lagi hutang lepas balik cuti raya baru bayar? Atau kuih tak sempat siap, dealer kata lepas raya baru bagi? Kalau jadi macam tu mahu nangis dibuatnya.

Jujurnya dah tiada hati nak buat kerja. Pasang lagu raya kuat² dah ni ha. Pastu asyik la mengira duit raya. Berapa bajet nak bagi sorang ni? RM2 ke RM1 cukup? Bersyukurlah anak². Nasib baik auntie tak korek tabung je bagi duit syiling kat korang. Kejam tak?

Perjalanan sudah diatur. Walaupun I orang KL, suami pun begitu tapi sistem giliran tetap akan dilaksanakan. Barulah adil dan saksama. Tahun lepas rumah MIL, maka tahun ini rumah Atok Haji lah. Hehe. Lepas solat dan sesi salam serta bergambar baru lah gerak ke rumah MIL. Seterusnya ke rumah Nenek Lijah dan ke rumah Nanny Midah Kukis. Ha kau sampai 4 rumah wajib pergi 1st day raya. Raya kedua selalunya kitorang ke Kuala Selangor. Rumah saudara mara belah Atok Aji.

Tahun lepas beraya Kakal duk diam je sebab baru 4 bulan kan. Sekarang dah 1 tahun 4 bulan. Dah pandai berjalan, dah pandai membebel, dah pandai salam orang dan paling penting dah pandai makan! OMG. Habis lah semua kuih raya orang dia nak makan nanti. Dan mesti kena pack baju spare banyak². Sebab dah tahu akan comot punya. Dan siap sedialah bawa kain lap sekali. Kot sepah rumah orang dikerjakan anak aku.

Baiklah, ada sedikit kerajinan nak setelkan kerja jap. Bil medical ni sibuklah hai. To all bloggers yang mana mengenali diri ini mahupun tidak..saya dan keluarga ingin mengucapkan


Salam Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin.

 




20 comments:

  1. kakal.. naper monyok?? tunggu duit raya dari untie gebus ye..

    camat hari raya buat kamu bertiga. kakal tak mo noti2 masa raya nnt tahu.. nnt ibu letih.. buli abi je tahu

    ReplyDelete
  2. acik gebus : dia monyok ngantok! haha. baiklah acik gebus Kakal kata OK!

    ReplyDelete
  3. ni mesti gambor masa bukak puasa ngn ceo dato noha kan?ah,sedih jap.
    selamat hari raye jugak kat fie,hubby dan kakal.meh dtg umah auntie,auntie bagi duit raya dan kiss basah.:-)

    ReplyDelete
  4. Salam Aidilfitri!

    Sweet sgt pic tu!

    Heheheh...

    ReplyDelete
  5. salam aidilfitri buat kak fie sekeluarga..meh jemput dtg uma..mwah2 buat kakal yg encem..hehe

    ReplyDelete
  6. al tomey2nyer keluarga bahgia ni..slmt hari raya gak wardah

    ReplyDelete
  7. semua dekat2 ek dik..senang nk beraya hehe..

    slmt hari raya jugak.maaf zahir dan batin..mestu byk duit raya kakal dpt tahun nie..

    ReplyDelete
  8. Cik Yam : Haah, sedihkan.sob sob. ok nnt kakal dtg umah eryn k

    ReplyDelete
  9. kakal...napa ni cayang...nnt raya umah antie k..eee geram nye kakallllllllllllllllllllllllllll.selamat hari raya kak fie

    ReplyDelete
  10. lovely picture!!!! nice blog

    BB Luvs Me

    P.S: visit our children's clothes website and enjoy 10% off with code RAYA10 until 31 August 2011.

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear