+ dag dig dug +

July 26, 2011

Sharing is Caring : Hukum Benang Hitam Di Tangan Bayi

Sedang saya buat house keeping email yang sudah makin sesak, terjumpa satu artikel sent by Biro Agama Kelab MTD. Email yang bertarikh 2008 masih saya simpan kerana amat penting untuk diingati. Buat pedoman diri sendiri.

Dan saya kongsikan untuk anda semua.

Sumber tak pasti dari mana. Terima kasih kepada yang menulis. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda.


Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)



Jawapan OLEH DATO' DR HARON DIN

 
Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya  untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.


Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya  berten-tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: "Uqbah Ibnu 'Amir berkata,'Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng-gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat-nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada'ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya. '"


Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.


Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, 'Apakah yang kamu pakai ini? "Lelaki itu menjawab, "Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan."


"Lalu baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu." (Hadis riwayat 'Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).


Dalam hadis lain (mafhumnya): "Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w . dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut. "Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai,  kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang." (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).


Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab  utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem-percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.


Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua--tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.


Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): "Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT."


Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.


Waalahu a'lam.




13 comments:

  1. btol tu..masa sekolah pn ustaz sy ade ckp pasal ni..
    pastu ade bc kat majalah pa n ma x silap..
    sy x sure, tp ape yg sy faham, syaitan xleh rosakkan bb, jd die gunakan bb utk menyesatkan ibu bapa..
    contohnye, bile bb asek menanges, mb ibu bapa akan pakaikan anak tangkal..
    so da jd syirik la kan..
    waalahi a'lam..

    ReplyDelete
  2. memang pun..tak baik..

    tapi ader jugak yang pakaikan..

    kalo aku memang tak percaya..tapi yang percaya tu terpulang la kan..

    thanks share...

    ReplyDelete
  3. Ain : itulahnya, takut jadi syirik je.

    ReplyDelete
  4. Ayu: kadang² kita terpaksa ikut ckp org tua kan..acane tu?

    ReplyDelete
  5. bidan kt kg yana dulu bg pakai benang kuning kt baby br lahir..ntah ape tujuan pun xtahu..mmg ni termausk dalam amaln syirik sebenarnya

    ReplyDelete
  6. Mmg tak percaya dengan semua ikat² benang dekat pinggang ke tangan ke dgn tujuan pendinding walau kata baca Ayat Al-Qurran..bila disuruh tanggal tanak pulak..maknanya percaya dengan benda tu..syirik kan? kite tanak ye.. :)

    ReplyDelete
  7. Yana : iyelah Yana, mmg ada org yang percaya..

    ReplyDelete
  8. Jue : Iye kita takmo ye, no more no more..

    ReplyDelete
  9. penah jumpe baby yang pakai benang hitam ni kat keliling perut anak dia.
    Jauhkanlah kita semua ni dari amalam syirik macamni ...amin

    ReplyDelete
  10. Fasya : kepercayaan orang dulu² kan..

    ReplyDelete
  11. mak mentua aku gigih soh pakai2 benda nie kat anak masa kecik.. tapi, aku siang2 against dan menegah.. siap angkat2 kening ngan mil.. tapi aku tatau yg bende nie jatuh ke syirik.. kalau aku tau dulu, misti aku dah sound mil aku.. aku ingat masa tu superstitious dan tak moden.. apekah.. tahpapetah aku kan..

    ReplyDelete
  12. aritu bidan kt kg MIL ikat benang itam kt Aryyan...then slow2 N tggalkn..then ckp kt MIL die tggl sndri..N pon x bkenan benang2 itam ni...

    ReplyDelete
  13. nurul tak pernah pakai kan benang ke tali kat tgn raina tp pernah nmpk anak kwn pakai mcm tu tp malas nak tanya takut terasa

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear