Malas sangat nak mengarang hari ini. Kekenyangan yang teramat sesangat. Dah macam² makan hari ini. Sendat perut ku. Macam manalah bila dah mula PD100HUB nanti? Minta² lah badan ini memberikan komitmen.
Kakal dah hampir setahun duduk 'school'. Sepanjang duduk sana tak pernah lah lagi perkara² pelik berlaku kat Kakal. Yang boleh buat hati Ibu ini terguris atau risau ke apa. Tapi last week, balik dari 'school' nampak kesan luka bawah mata dia. Kecil sahaja. Tapi cukup buat hati Ibu risau kan. Kat pipi pula ada kesan calar. Saya tanya pada budak yang hantar Kakal ke pintu. Dia bilang tidak tahu kenapa.
Fine. Mungkin sebab bukan tugas dia jaga Kakal.
Tak puas hati dengan jawapan itu, saya sms Pengurus 'school'. Dia bilang 'Kak, dah sms semalam. Tak dpt ye? Mmg kuku dia panjang sikit kak. Lagipun dia lasak sikit sekarang.' Oh mungkin jugalah. Memang saya akui kuku dia agak panjang dan tajam sikit. Dan memang lately semakin melasak.
Tapi esoknya, dapat lagi sms dari Pengurus. Kali ini dia bilang Kakal kena gigit. Sebab dia tarik rambut dan rampas barang kawan dia. Kakal oh Kakal. Memang perangai Kakal macam tu. Dia suka apa yang orang lain pegang. Memang dia akan rebut habis-habisan. Maka takpelah, saya faham tahap kelasakan anak saya.
Tapi minggu ini balik rumah hampir setiap hari pun ada bekas gigitan. Kat jari, kat tangan, cakar kat pipi. Hampir setiap hari! Bukan nak kompelen sangat sebab saya tahu anak saya memang lasak. Tapi takkan hari² nak jadikan anak haku mangsa gigitan kegeraman budak itu? Please do something lah.
Atau kalau anak saya terlalu lasak, silalah letak dia di ruang lain sebagai denda. Macam Pja cakap. Untuk bagi kanak-kanak itu tahu dia buat salah.
The this is tidak boleh terlalu banyak kompelen dengan 'school'. Takut dia aim kita & anak kita. Maka setakat ini saya masih dalam mode memantau. Syukur Alhamdulillah, setakat gigit² itu saya boleh tolerate lagi. Harap-harap tiada yang lebih serius dari itu berlaku. Kalau ada siaplah! Hahaha. Ini siries ok.
Saya mohon perlindungan Allah selalu untuk saya dan keluarga kecil ini.
Kakal oklah Ibu. Tengok boleh main bacakkkk lagi. |
Cakkk Abi!! |
notakaki : semangat HARIMAU MALAYA dah mula mengaum seantero Malaya ni. Go go Malaysia!
Lasak bererti sihat! Semoga Kakal baik-baik saja...
ReplyDeleteTq mommy Fara!
ReplyDeletewow.. itu adalah serius.. kao kena bagitau perkara ini.. kalau tak, anak kau nanti lebam, gigi terbenam kat tangan baru ko nak remind skool??? no, no, no..
ReplyDeletePekjah : itulah aku takut dituduh mengada. Tu aku nk tgk ptg ni ada lg tak.
ReplyDeleteaku nak anak mcm kakal..comelnye...mesti laki aku suka....kakal..mimtak2 berkenan la muka mu yg comel tu....kak fie..yan nak gamba kakal banyak2 nak letak kat wall..plezzzzz
ReplyDeleteYan, esok sametime ok. 1 gambar seposen. hehe
ReplyDeleteadehh..aku takleh bla ayat faezah..gigi terbenam kt tangan..adeh ddehh..nampak sungguh kejam dan canibal..ehehehe
ReplyDeleteoo anak lelaki melasak yer..tp skrg anak pompuan pun gitu..tp kesian kakal kena gigit yer..harap2 ada sesuatu pihak school boleh lakukan...
ReplyDeletesemoga semuanya selamat dan elok2 aje..Amin..
cian kt kakal...kalo dh ari2 ade tnda fie kena do sumthin..tp btol ape...dorg si pesalah yg suke gigit org ni kena letak kt ruangan denda cm nurseri mak pja...bunyi cm kejam..tp sebenarnye x pn...nk kasi dia terliur nk main ngn member dia smule je...hehehehehe...letak dlm bb cot je pn...
ReplyDeletealoor dik kakal tuu masih kecil .. itu perkara biasa .. pada akak , kalau nursery dan jagaan yg pandai mengolah keadaan kanak2 di nursery , insyaallahhh akan ok jadinya .. x akan ada kes buli membuli ..
ReplyDeletemelainkan penjaga2 disana leka dgn tidur @ tgk TB ! .. huhuhuh
huhu, sian kakal. takpe kakal, Fie, at least dia dah pandai back up diri dia dgn blas balik budak tu takpe kot. pk positiv, anak aku kene gigit, mesti budak tu pun kena lagi teruk..tapi kalau dah selalu sangat lagi, report cepat byk kali kat cikgu dia..
ReplyDeleteteringat pengasuh Dani cakap, Dani kalau org buat dia, dia buat balik budak tu.. adeiii, risau jugak sebenarnya kan, kalau budak lagi teruk kene..=p
bdk2 geramkan dia sbb kakal gebus & bambam kot.tu yg dorang gigit
ReplyDelete