+ dag dig dug +

July 31, 2011

(STICKY ENTRY) Promo : Open For Pre-Order!

ENTRI MELEKAT HINGGA 31 JULAI 2011

SEKEROL KE BAWAH UNTUK ENTRI BARU OK!


OMG!

Comel gila baju Elmo ini. Rasa nak grab juga sepasang untuk Kakal. Masuk buku tiga 5 boleh tak ChantekMoleq oi?








 
 
 
PRE-ORDER: short sleeve tee + short pants. ETA: End of July 2011. Read T&C below. Buy 2 pieces or more at RM25/piece!


 
 
For more choice & info mari lawati laman web ChantekMoleq > KLIK SINI





July 29, 2011

Renungan


 


I is No Komen. Tak pandai hal ini sangat.
Boleh rujuk alim-ulama' atau mereka yang lebih arif soal ini.


 
notakaki : Tahniah buat pemain² Harimau Malaya kerana terus mengaum hingga ke wisel penamat. U guys rock my nite! To Apek @ KFCM @ MIA (nak jugakkk) thank your for performing yor very best! U're truly a Malaysian Hero. Ketepikan gosip dan dugaan. Focus itu penting. Muehehehe.


edited :

dan tak lupa juga selamat menyambut bulan penuh barakah, Ahlan Ya Ramadhan Kareem. selamat beribadat kepada semua mulimin dan muslimat. berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan dan ibadat. amin.




 




July 28, 2011

Jangan Buli Saya!

Malas sangat nak mengarang hari ini. Kekenyangan yang teramat sesangat. Dah macam² makan hari ini. Sendat perut ku. Macam manalah bila dah mula PD100HUB nanti? Minta² lah badan ini memberikan komitmen.

Kakal dah hampir setahun duduk 'school'. Sepanjang duduk sana tak pernah lah lagi perkara² pelik berlaku kat Kakal. Yang boleh buat hati Ibu ini terguris atau risau ke apa. Tapi last week, balik dari 'school' nampak kesan luka bawah mata dia. Kecil sahaja. Tapi cukup buat hati Ibu risau kan. Kat pipi pula ada kesan calar. Saya tanya pada budak yang hantar Kakal ke pintu. Dia bilang tidak tahu kenapa.

Fine. Mungkin sebab bukan tugas dia jaga Kakal.

Tak puas hati dengan jawapan itu, saya sms Pengurus 'school'. Dia bilang 'Kak, dah sms semalam. Tak dpt ye? Mmg kuku dia panjang sikit kak. Lagipun dia lasak sikit sekarang.' Oh mungkin jugalah. Memang saya akui kuku dia agak panjang dan tajam sikit. Dan memang lately semakin melasak.

Tapi esoknya, dapat lagi sms dari Pengurus. Kali ini dia bilang Kakal kena gigit. Sebab dia tarik rambut dan rampas barang kawan dia. Kakal oh Kakal. Memang perangai Kakal macam tu. Dia suka apa yang orang lain pegang. Memang dia akan rebut habis-habisan. Maka takpelah, saya faham tahap kelasakan anak saya.

Tapi minggu ini balik rumah hampir setiap hari pun ada bekas gigitan. Kat jari, kat tangan, cakar kat pipi. Hampir setiap hari! Bukan nak kompelen sangat sebab saya tahu anak saya memang lasak. Tapi takkan hari² nak jadikan anak haku mangsa gigitan kegeraman budak itu? Please do something lah.

Atau kalau anak saya terlalu lasak, silalah letak dia di ruang lain sebagai denda. Macam Pja cakap. Untuk bagi kanak-kanak itu tahu dia buat salah.

The this is tidak boleh terlalu banyak kompelen dengan 'school'. Takut dia aim kita & anak kita. Maka setakat ini saya masih dalam mode memantau. Syukur Alhamdulillah, setakat gigit² itu saya boleh tolerate lagi. Harap-harap tiada yang lebih serius dari itu berlaku. Kalau ada siaplah! Hahaha. Ini siries ok.


Saya mohon perlindungan Allah selalu untuk saya dan keluarga kecil ini.



Kakal oklah Ibu.
Tengok boleh main bacakkkk lagi.


Cakkk Abi!!

notakaki : semangat HARIMAU MALAYA dah mula mengaum seantero Malaya ni. Go go Malaysia!

July 26, 2011

Sharing is Caring : Hukum Benang Hitam Di Tangan Bayi

Sedang saya buat house keeping email yang sudah makin sesak, terjumpa satu artikel sent by Biro Agama Kelab MTD. Email yang bertarikh 2008 masih saya simpan kerana amat penting untuk diingati. Buat pedoman diri sendiri.

Dan saya kongsikan untuk anda semua.

Sumber tak pasti dari mana. Terima kasih kepada yang menulis. Hanya Allah yang mampu membalas jasa anda.


Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)



Jawapan OLEH DATO' DR HARON DIN

 
Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya  untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.


Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya  berten-tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: "Uqbah Ibnu 'Amir berkata,'Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng-gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat-nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada'ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya. '"


Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.


Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, 'Apakah yang kamu pakai ini? "Lelaki itu menjawab, "Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan."


"Lalu baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu." (Hadis riwayat 'Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).


Dalam hadis lain (mafhumnya): "Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w . dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut. "Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai,  kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang." (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).


Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab  utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem-percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.


Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua--tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.


Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): "Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT."


Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.


Waalahu a'lam.




July 25, 2011

Datim Dengan Adik Beradik

Sabtu lepas as usual, lepak dengan Jaja & Adik. Mula² plan nak bawa the kiddos to Kizsport dekat Great Eastern Mall tu. Tapi dah sampai sana rupanya diorang tutup for the whole day. Ada member's day katanya. Ciss ciss.

Simpati pada the kiddos kami pun tukar arah tujuan ke tempat lain. Jaja memang gila sebab nak ajak pergi KLCC pukul 5 petang. Pukul berapa agak2 nak sapai KLCC tu? Dan of course the Dads tak setuju sebab mereka sudah plan nak pergi Mamak's tengok Malaysia vs Singapura.

Fine.

Terus lah menuju ke Wangsa Walk Mall. Siries tak tau dekat sana ada juga tempat untuk kanak² bermain. Ingatkan games untuk dewasa, wayang & karoks sahaja. Nak gi karoks ramai pulak nya.  Tapi parents tak dibenarkan main bersama sebab tempat itu pun kecik. Saya kan sangat insecured tengok Kakal main seorang begitu. Ada banyak kali juga lah terpaksa terjun dalam tinbunan bola² sebab nak selamatkan Kakal. Hehe.

Jadi lepak lah sahaja kami di tempat bermain budak² itu dan selepas itu pergi lepak dekat Georgetown pula sampai the Dads datang pick up kami. Muka the Dads masing² adalah gembira sebab dapat jerit² macam orang gila ramai² dekat Mamak's. Muka the Mommies pula dah serupa hape je sebab dibuli anak².

To Harimau Malaya, although I didn't get the chance to watch u guys played , I am sure u guys did perform your very best. So all the best for the 2nd match! Go Harimau MALAYA! (Gila semangat)



Sila main elok² ye Kakal.
Please jangan rebut².

Sebahagian dari kanak² yang leka bermain.

Ye, buat perangai.

Mummy Jaja kau pun buat perangai. HAHA





Last but not least,




Hama Tajami :p


notakaki : Alhamdulillah, congrats to BFF aka Birasku for the Hijrah. :)

July 21, 2011

Izinkan Saya

Topik HotChat pagi ini ialah Perkara Yang Anda Lakukan Sembunyi². Bagus tau Hot Chat ni sebab selalu bagi I idea nak tulis hape. Tq lah Hot FM!

Hubby terus je muncung sambil tunjuk saya kat seat belakang (biasalah mem besar mmg duduk seat belakang ok). Hubby cakap 'Yang, awak patut call hot fm ni lah saya ingat. Sebab awak banyak buat benda² secara sembunyi ni' DANGGGGG. Terkono lagi di pagi hari. Terima kasih lah hot fm. HAHA.

Being defensive, haruslah saya jawab 'Mana ada, sekali tu je kan?'. Sekali itu pun dia punya denda sampai bila² akan ku kenang tau B.

Recently kena denda dengan hubby pasal perbuatan sembunyi² inilah. Saya TER diulangi TER pakai network data dekat HP itu melebih hadnya. Had yang diambil hanya 100MB, tapi saya bantai pakai sampai 166MB. Nampak tak banyak beza kan? Tapi dekat bil banyak benar bezanya. Beratus-ratus.

Dendanya ialah SILA PAKAI PREPAID je sekarang sampai bil itu setel.


>_______<


Menangis air mata darah sekali pun denda itu tidak akan ditarik balik. Bencik!


Jadi hari ini insaf tak mahu buat lagi perbuatan sembunyi². Dengan ini saya minta izin nak berbuka pada pukul 8.30 pagi kerana perut sudah rasa di belit-belit. Cramp! Izikan saya berbuka ye B.


Sekian, terima kasih.







July 19, 2011

Transformers Ke Laut!

Itu hari buat cubaan kali ke-2 bawa Kakal tengok movie. First attempt dulu agak horror juga. Tapi Ibu dia memang tak serik punya orang, minta izin lagi kat Abi nak bawa Kakal sama nonton Transformers atau bak kata Afiq APOM!

Mula² ingatkan OK lah. Sebab otw ke Wangsa Walk tu Kakal sleep. Gigih lah Ibu dukung dia sampai ke TGV tu sebab takut dia terjaga kalau letak dalam stroller. Mana maunye dia. Sampai je atas tu terjaga terus sebab dengar bunyi macam² kan. Haiyoh, rusak plan. Tapi takpe, Ibu kan dah janji dengan Abi akan jaga Kakal walaupun Kakal minta keluar panggung sekali pun.

Jadi, 1 jam pertama dia OK. sangat OK. siap tunjuk² lah dekat skrin besar tu kan. Nampak robot besar sukalah dia. Tapi untuk 1 jam pertama sajalah. Masuk jam kedua dah mula dah jeritan nyaring dia keluar. Hai anak ingat tengok baby tv kah nak jerit²? Lari feeling Ibu nak tatap muka si Shea tu tau.

Terpaksa lah Ibu bawa lari Kakal ke luar. Dapat jalan kat luar tu macam² lah dia buat. Tegur orang lah. Cium gambar Smurf lah, CARS lah. Suka betul. Paling tak tahan guling² atas karpet. Mak aii.

Sudahnya, Ibu dapat tengok part mula dengan ending je lah. Sebab duk bawa dia keluar masuk. Budak² couple kat seat belakang tu bengkek je tengok kitorang agaknya. Tak dapat depa bermadu asmaradana. Bagus gak.




Ini dia budak nya

Kami rappers yo yo yo

Abi tanya lepas ni nak bawa lagi tak? Ke dah serik?

TAK TAK SERIK..NAK BAWA JUGA!



dasarrr degil kan.. HAHA

July 18, 2011

The Daim's Bowlnanza 2011

Salam penuh barakah semua,

Mengantuk lah hari ini tidak bermaya mahu bekerja. Boss, I nak minta time off boleh? Nak masuk bilik TV tu tidur. Boleh boleh?


Tak boleh takpelah, kedekut.


Saya adalah tak retis main bowling ni. Last time main masa pergi kursus dekat tempat peranginan menakutkan itu. Itu adalah first and the last time saya baling (campak) bola bowling dengan jayanya. Jadi, bila dapat tahu The Daim's mahu buat gathering sambil berbowling mak cuak dah. Tapi kembali senyum setelah tahu suami sendiri pandai main bowling. Ok boleh geng. At least takdelah malu sangat kalau kalah. HAHA.

Kitorang main dekat Bukit Jalil Golf Club. Not bad cuma ambience nya agak kureng lah. Dan tak boleh bawa makanan. Ingatkan nak buat potluck lah kan masing². Tapi tak boleh. Makan ajelah jajan buat lapik perut.


Banner tajaan Family Pak Ngah

Bacaan do'a oleh Pak Long

Demo baling bola oleh Abg Isa


HAHAHAHA
Sporting tak Mak Long kita? Baling bola merasmikan game

Posing sebelum game mula


Dapat No 2. Datin Midah Kukis bagi hadiah. :p


tak sia² lah lenguh tangan ku walaupun sebenarnya yang buat menang ialah Abi & Abangku yang dah tak available tak lama lagi ittew.


Best best!

The Daim's ialah saudara sebelah Nanny Midah Kukis. Memang dari kecil bersama dengan mereka. Tapi dah tua² ni susah benor nak berkumpul. Aktiviti sesekali macam ini memang fun dan merapatkan ukhwah fillah kami sekeluarga.

Next, maybe nak buat buka puasa atau pun karaoke session! Sebab semua pantang dapat mic punya orang. Dan tak pasal² haku kena jadi committee untuk next gathering. Semua salah Jaja & Eira. Benci korang!



notakaki : verangan semua nak pakai ala² Hana Tajima masa game ni, last² semua jadi Hana TakJadiMaaaa...HAHAHA..

July 15, 2011

Rumit kah?

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.


Itu petikan lagu P. Ramlee. Dari kecil pun sudah tahu lagu ini. Maknanya dari kecil pun sudah tahu hidup berumahtangga itu bagaimana. Ada turun naiknya. Ada pasang surutnya. Ada suka, ada duka.

Masa bercinta lain kaedahnya. Dah kahwin ada anak pula tu lain pula gayanya. Tak kena gaya memang haru la. Masing² nak menang kalau bertingkah kata tu. Yelah, isteri zaman sekarang tak sama macam dulu kot. Tau dia je nak menang (kata diri sendiri ni).

Suami selalu cakap rumit betul nak memahami kehendak isteri. Bila cakap macam ini, dia faham macam itu. Lepas itu merajuk hati, lara membawa diri. HAHA.

Saya pun merajuk, sebab suami bagi email ini semalam. Mana entah dia dapat benda ni. Kredit kepada penulis nya ye, Terima kasih la banyak² sebab buat laki I ada bahan nak perli. Nak perli I la tu. Watdedem.


Laki talipon,

Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?



Bini jawab,

Takmau bang, bini awak diet...



Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...

Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot

Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....





Bila laki query balik,

Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....





Bini jawab,

Memangla orang kata takmau apa-apa...

Tapi belikan jerla apa-apa....

Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....



Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?

-----------------------------------------------------------------





Laki talipon bini,

Petangni awak nak masak apa Yang?





Bini jawab,

Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!

Balik keja ni Abang makan siap-siaplah





Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak

Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.

Sampai umah, sendawa bau kamben...

Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!

Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,

Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!



Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,

Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!

Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?



----------------------------------------------------------------



Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!

Bini abang penat tau nak kemas umah semedang

Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...

Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih



Si laki punyala seronok weeiii....

Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...



Bila dah siap, kuar bilik...

Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...

Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?



----------------------------------------------------------------

Bang, ujung mingguni balik kampung nak?



Abang keja lah yang....



Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,

Pastu abang balik la KL balik





Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,

Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.





Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.

Abang bila nak balik ambik kitorang bang?





----------------------------------------------------------------

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau

Abang tak kesian bini abang ker...

Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer

Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...



Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain



Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?

Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?

Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?

kenapa spender ni awak lipat tiga?

kenapa? kenapa? kenapa?



---------------------------------------------------------------

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...

bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....



Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya

Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...

pakaikan jerlah baju mana-mana pon...

bukan ada org nk tengok ponnn...



Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....

Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!

Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?

kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...



----------------------------------------------------------


 
Kesian lelaki... otak lurus sgt... xleh bengkang bengkok sket. HAHAHAHA
 
 
 
kredit to Makcik Rehan  . memang baikkk punya!
thanks to Shamleen sebab inform saya..hihih..




 

July 11, 2011

Dah Pandai Ye Kamoo~

Salam,

Ini pasai budak muncit seorang itu. Sekarang dah pandai tunjuk apa dia nak. Ha dia dah pandai tunjuk baju favourite dia. Haritu masa lipat kain dia tarik² baju Spiderman dia. Lepas itu siap tunjuk dekat Nenek Nah. Nasib baik je dia tak suruh tukar baju tu nak pakai. Yang itu dia belum pandai lagi.

Dan dah pandai juga tunjuk makanan kegemaran dia. Makanan kegemaran terbaru ialah biskut Marie. Biskut Farleys dia makan main² je sekarang ni.  Terjengket-jengket kaki dia nak capai biskut atas meja. Ni kes Nenek Nah dengan Atok Aji la ajar cucu dia ni. Tapi bagus juga, pandai lah dia makan kudap² kan. Takdalah minta nasi je nanti kan. Habis beras segantang nanti. HEHE.


Ini baju favourite.


Ini pula makanan favourite.
HAHA
Dah besar dah anak Ibu & Abi ni kan. Kalau susu atau tidur atas riba Ibu dalam kereta macam dah tak muat je nak pangku. Selalu tersasar sampai ke seat driver seumur hidup kita tu. Selalu je terlanggar gear la, terlanggar tangan Abi la. Lepas ini kita kena duduk belakang la Kakal. Tak pun Kakal kena redha je lah duduk dalam car seat. HAHA.




July 8, 2011

Al-Kisah Pembikinan Apam Dot.Com

Sesungguh jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang. Maka mata pun sudah semakin layu dan kuyu. Tinggal nak letak kepala atas bantal je ni kalau boleh. Tapi ada lagi satu jam setengah sebelum boleh berbuat demikian.

Hari ini terasa sungguh panjang walaupun dah habiskan masa selama 2 jam dekat JJ Au2 tadi. Memang tunggu tika dan saat nak thumb out je ni. Adui mengantuknya.

Dengan ini, saya nak bercerita tentang pembikinan apam dot.com yang menjadi penghias WW 11 saya minggu lepas. Ini kali keberapa membaking pun sudah tidak ingat. Nampak sangat sudah lama tidak memegang mixer dan oven. Resepi pun dah lama dapat dari blog Dayu dan juga Kak Izan. Kak Izan yang comel-lote itu siap ada tutorial lagi kan. Sangat berguna untuk orang yang buta seni culinary macam saya ini.

Masa mula² tengok resepi macam payah je bunyinya. Nak kena ada ovelette. Amende ovelette tu? Ha kalau nak tahu sila lah buka blog Kak Izan ini. Dia siap ada gambarajah ok. Macam inilah saya suka. HAHA.

Jadi bersempena birthday Hubby yang ke 16 ittew (wah kahwin dengan kanak² ke?) saya telah merajinkan diri membaking apam dot.com yang comel lagi gebu ini. Nasib baik ada Nanny Midah Kukis tolong pantau. Kalau tak harus ke laut apam dot.com ini. Terima kasih juga kepada Auntie Gudik tolong jagakan Kakal. Walaupun ada percubaan masuk kan mainan dalam bancuhan apam tersebut. Hai anak...


Hasil pukul bancuhan guna tangan. Mixer takda. Hahah gigih.

Happy birthday Abi! ♥ you so much
Ini celebrate kat rumah Nek Mok.

Kakal pun nak tiup juga.

Kakal yang sibuk nak main dengan orang besar².

Nanti ada masa nak repeat lagi buat Apam Dot.Com ni. Tak puas hati sangat dengan outcome itu hari. Maybe boleh repat weekend ini memandangkan esok tak boleh keluar mana². Kan ada operasi pem'bersih'an itu?

Happy weekends lovelies!

>__________<




July 5, 2011

Goosebumps!

Sampai sekarang masih meremang lagi bulu reromaku.

Lunch tadi tak keluar mana². Order Mekdi dan makan di office sahaja. Geng Diva keluar kawad, jadi hari ini makan dengan Geng Admin lah sahaja.

Lepak dekat pantry dan keluarlah cerita macam². Mula² pasal kes hsiteria dekat hostel. Lepas itu pasal hotel berhantu pula. Lepas itu pasal rumah berhantu dekat Seksyen 2 tu. Lepas itu masing² cerita pengalaman masing² pula.

Alhamdulillah, setakat ini belum pernah terkena yang teruk². Tapi sekali aku terkena, akan ku kenang sampai bila².

Biasalah kerja dekat sini best sebab dapat banyak pergi kursus. Induksilah, team building lah, brainstorming lah, kursus nak jadi pekerja cemerlang lah. Tahun 2006 agaknya, saya dapat pergi kursus ke Tanah Tinggi (nama dirahsiakan). Salah satu resort kat atas itu. Tempat itu cantik tapi agak creepy. Pada pandangan saya memang creepy. Sebab orang tidak ramai dan kawasan itu sunyi. Mula² masa dapat bilik ingatkan hendak tukar ke bilik yang lebih dekat dengan dewan seminar. Pergilah kami & rakan sebilik saya ke bilik tersebut. Tapi tak jadi tukar, sebab bilik itu seperti berada di bawah tanah. Dan berada di hujung sekali serta gelap. Mak Jemah takut.

Jadi, ambil sahaja lah bilik yang telah ditetapkan. Malam itu selepas aktiviti kami pulang ke bilik dan selepas borak² kosong teman sebilik pun ketiduran. Saya cuba lelapkan mata, tapi tak boleh. Perangai saya kalau pergi hotel atau tempat baru memang susah sikit mata nak pejam. Tapi ini lebih teruk. Tak boleh pejam langsung even dah mainkan ayat-ayat suci dari hp. Nak call BF (masa itu BF bukan encik suami..demmm) tapi dia tak mahu layan (boooo kat dia). Cari jalan nak tidur. Nak kira kambing masuk kandang sampai terlelap. Tetap tak jalan. Haish.

Tiba-tiba...

Ada bunyi loceng dari arah mana saya tak pasti. Bunyi seperti gelang kaki penari India itu. Makin lama makin kuat dan jelas. Sesekali terhenti dan bersambung semula dengan rancak. Dalam hati, takkan ada show pukul 1.00 pagi kot. Walau hati dah dup-dap dup-dap dan ada peluh jantan menitik di dahi, saya gagahkan diri pergi depan pintu bilik dan dengar di situ. Oh bukan dari sini bunyi itu. Cuba tutup kipas pula, ada juga bunyi tu. Haish dah tak sedap hati dah.

Rupanya bunyi datang dari arah hutan sebelah sana. Ada cermin besar sebelah katil yang amat besar boleh nampak hutan kalau kita tarik langsir itu. Tapi saya tak berani nak jenguk. Takut sangat sebab bunyi itu sekejap kuat, sekejap perlahan, sekejap rancak dan perlahan semula.

Saya tak boleh tidur. Tunggu sehingga waktu Subuh masuk dan cepat² ambil wudhu' duduk atas tikar sembahyang. Dan selepas solat, bunyi itu sudah tiada. Diam. Cuma ada bunyi cengkerik dari luar sana.

Teman sebilik saya bangun dan tanya 'Pukul berapa sekarang ni awak?'. Saya jawab dah pukul 6. Terus tanya adakah dia tak sedar malam tadi saya kejut. Dia jawab tak. Saya tanya lagi tak dengar ke bunyi apa². Jawapan dia sama, tak dengar.

Maka redha jelah bahawa malam tadi ada 'sesuatu' mengganggu. Tapi bersyukur yang 'ia' tidak menunjukkan diri.

Kalau nampak rasanya aku pengsan sudah.



Kalau rupa ia macam ini mungkin tak jadi pengsan.
HEHE.



July 1, 2011

Anak Abi

Semalam bawa Kakal jumpa Paed di Gleneagles. Recommended by Cik Yam kitew ittew. Unfortunately, Dr. Adrian Goh yang Cik Yam recommend tidak ada. Tapi seorang lagi Paed, Dr. Patrick Chan yang attend kami semalam. Terima kasih ye Cik Yam.   :)

Kakal dah lama sangat batuk tak baik². Even after ambil nebulizer & antibiotic. Dia bukan jenis batuk berkahak sangat but more to asthma Dr. cakap semalam. Dah tahu dah mana datangnya asthma itu. Tak lain tak bukan dari genetik Abi. Hoho~

Dr. bilang dia ada Bronchitis. Telinga pun sudah ada infection sikit. But not to worry sebab Kakal masih kelihatan aktif dan tidak demam. Jadi tidak perlu masuk wad katanya just monitor dekat rumah. Alhamdulillah, kalau kena warded pun harus aku minta dia refer ke GH terus. Pengsanlah nak warded situ kan. Bukan cover pun. Huhu~

Just to share some infos with mommies & daddies out there apa yang Dr. Patrick Chan bagitau kami semalam.

  • Daddies please quit smoking. Dr. bilang walaupun tak merokok depan anak, nicotine itu masih boleh melekat di rambut, badan, mulut dan lain² anggota badan. Dan nicotine boleh menjejaskan kesihatan family yang lain. Dr. bilang lagi, kalau tak boleh nak berhenti sangat sila ambil rokok terakhir anda di pejabat. Balik rumah sila mandi bersih² baru pegang anak ye. (Masa ini Abi sengih² kerang sahaja mendengar)

  • Sila tukar cadar, basuh kipas dekat dalam bilik semiggu sekali. Ok, ini kadang² ter skip nak buat. Due to hujung minggu yang hectic. Tapi itu bukan alasan ye. Now kene jaga betul² bab habuk² ini.

  • Kalau ada CAT kat rumah, silakan cuci CAT anda selalu. Bukan bulu yang menyebabkan jangkitan tetapi kelemumur CAT itu, tapi Dr. bilang kalau selalu sgt mandikan CAT boleh DIE. Maka problem solve. (sabar jelah haku..)

Kakal dapat Aerochamber for kids dan evohaler. Kena ambil 2 puff selama 2 minggu. Nasib baik Kakal beri kerjasama masa nak pakaikan Aerocahmber ni. Dah dia pula yang beriye nak pegang sendiri. Hehe. So next appoinment lagi 2 minggu. Dr. bilang juga mahu tahu progress Abi macam mana. Adakah berkurang atau tidak tabiat beliau itu? Sama² kita berdoa dan lihat kemajuan Abi nanti. Cewah cewah.

Dr. siap usik Abi... 'Dia mesti berubah, sebab dia lebih sayangkan family dari rokoknya itu' ...makan dalammmmm...hahaha



Macam takut je nak jumpa Dr. ni Ibu.

Kalau takut pi main dengan Amoi tu dulu ye.

Oh sedapnya pakai ni Ibu. lega rasanya~


>__________<


Anak Abi sangat lah ni kan?