+ dag dig dug +

July 27, 2010

Hujung Minggu Yang Banyak Aktiviti

takdalah banyak mana pun. 2 je. teeehee.

mula² hari sabtu. Geng Divas dah plan nak buat outing beramai-ramai. bawak family semua. yelah sekarang semua dah beranak-pinak. dulu showsholo je memasing. hehe.

tapi tak semua dapat pergi. jue aka birasku itu tak dapat ikut kerana ada plan tersendiri. jadi kami yang ada ni proceed lah dahulu. to jue, next time sila hadirkan diri. kalau tak yuran keahlian kau akan dinaikkan! ini series.

plan mula² nak ke sg. congkak. bila tanya cik hubby dia kata 'too far honey'. erk tak. dia cakap 'jauh sgt lah nyot'. cis. jadi dah macam ada ura² tak dapat nak join. lalu juju selaku event organizer dan pembantunya cik nee, telah mentukar tempat ke Desa Water Park. tanya semula pada cik hubby, beliau kata 'let me think about it'. cis lagi. bila dah dekat² tarikh nak pergi tu baru cik hubby setuju nak join sekali. pheww~

pagi² sabtu tu biasalah, kakal kan jenis bangun pagi. kul 6 dia dah kejut ibu ngan abi dia. 'bangun sholat ibu, abi' Alhamdulillah. imam muda rupanya anak ibu. amin. hahaha. pastu tukar diapers, bagi susu kat dia. dia pun titon. sampai la kul 8.30 kami hantar dia kat umah Gombak. nasib baik izzi akak biras no 2 ku ada. terus dia amek kakal sambil berkata 'takpe, korang pergilah. have fun!' bagus bibik ni.

janji nak konvoi bersama cik nee & 'mother' aka maknam. kumpul depan Masjid Wilah kul 10 pagi. kami ni kul 9.30 dah sampai situ. siap boleh bukak kelas memandu la dengan cik hubby. batang hidung diorang ni kul 10.15 baru nampak! demm~ dalam kul 11 macam tu baru smpai DWP. terkejut sakan kitorang. sebab parking full! rupanya ada 3 family day aritu. untung sungguh kau DWP!

apapun, we had fun. walaupun dapat mandi² kejap je pastu dah nak balik. yelah, sian pula kat kakal tinggal lama². tak sempat na snap gambar sama².

*bukti anak beranak memang keturunan OTROMEN*


*nape cik kaki pukul & anak tengok tempat lain ni ha?*


*oi demok!*

bila dah amek kakal. kitorang terus ke rumah mak pula. hujung minggu memang kalau boleh nak spend time dengan family. dua² belah family. biar kakal kenal rapat dengan atuk nenek dia. nanti boleh mintak toys banyak². hehe. kat rumah mak, my sis jaja dah sedia menunggu dengan hero nya Afiq Harris. budak ni makin notty tau. tak larat nak kejar dia. kenmain laju lagi dia merangkak. kalau dah dapat kaki tak taulah macam mana.

mak dah janji nak ajar cara² buat cookies. nama pun Midah Kukis. tee hee. mak, jangan marah nanti kena jual! bersungguh-sungguh si adik dengan jaja belajar. saya? belajar jaga anak dulu ye. hehe.

* warna-warni*


* ♥ this *

cantik tak? nak order? boleh boleh. sila PM saya atau boleh call Puan Midah terus di talian 019-3423343. sekian terima kasih.

=)

akhir sekali. terimalah..

* afiq si antu gigi kaki kacau *




5 comments:

  1. :) keturunan atomen? demm..hahaha. lawak la. nt lps ni kite plen g tmpt lain plak k.. sape xjoin naikkan yuran keahlian! ;p

    ReplyDelete
  2. wahhh sempat lg berjimba ye..
    manade gemok, mcm slim je tuh.. berat maintain x?

    ReplyDelete
  3. apsal awie ngn alan pandang tmpat lain..diorg ingt iklan swimming pool ke ape..? ciss...

    ReplyDelete
  4. aznee : yes. lenkali g tempat lain k. yg takde air. kang maknaN lemas. hahaha.

    sha : comel kn. gigi dia baru ade 5.

    reen : demok reen. xde maintain mcm sblm pregnant. ade lg 5kg nk hilangkn. hukhuk.

    lady juju : diorang rasa macho wat camtu kot. hehehe.

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear