gigih lah buat 2 entry dalam 1 hari kan.
bosan sebenarnya. kerja memanglah sangat banyak. tapi macam mood tak mari² sejak pagi hari lagi. mood blogging ada je lah pula kan. hehe.
baru² ni kan ada keluar filem Lagenda Budak Setan kan? tapi masa tu dalam pantang lagi, jadi tak sempat pula pergi menonton. filem tu adaptasi dari novel Ahadiat Akashah. suami saya cakap kalau ikutkan novel tu sangat touching cerita dia.
suami saya kalau bercerita sangat lah 'semangat'. memang apa yang dia cerita tu 'sampai' lah kat kita. dengar cerita dia tu buat kan hati saya membuak-buak nak baca novel tu. maka misi mencari novel Lagenda Budak Setan pun bermula sejurus selepas saya habis pantang.
Jumpa novel tu kat MPH JJ Wangsa Maju. seronok nya saya. macam dapat babysitter untuk Haikal pula.
mula² baca dengan penuh semangat tapi 1st part tu tak memberangskan minda sangat nak baca. sebab kisah cinta anak² remaja. macam 'ape ni, kecik² dah bercinta' hah macam tu lah. tapi bila dah halfway baca, syahdu la pula.
memang boleh leleh baca novel ni kalau hayati betul² (dan jika anda berhati jiwang, mudah rapuh seperti saya..hahaha) tapi biasalah ayat² dalam novel tu ayat tahun 90an. macam pelik sikit lah.
yang pasti lepas baca tu saya asyik terkenang² kan 'cinta ayu kasyah'. ada ke kisah cinta yang begitu malang macam mereka? jodoh kan. kita tak tahu. Allah jua lah maha mengetahui.
tapi yang tak bestnya bila baca review filem ni. kebanyakannya review yang agak negatif. boleh baca sini :
review 1 from iamyonna.com
review 2 from leedssecrets.com
hancur hati saya. saya pun dapat rasa filem tu tak dapat bawa 'feel cinta ayu & kasyah' semacam dalam novel tu. yes, memang agak susah la dari novel hendak di buat filem kan. tapi tengok orang lain boleh je buat. contoh Ayat-ayat Cinta dan Twilight Saga. semua dari novel juga apa.
dan tak lama lagi pula khabarnya akan keluar drama bersiri Lagenda Budak Setan ni. haruslah tak sabar nak tengok.
tolong lah jangan hampa kan pembaca tegar Lagenda Budak Setan ni.
oi nak pinjammmmmmm!! oh yes,filem adalah sgt boring.kite tgk series nnt adakah best atau boring jugak.
ReplyDeleteye boring ye? ish ish nak pinjam bayarlah! hahaha.
ReplyDelete