+ dag dig dug +

July 30, 2010

Laporan Hari Jumaat

salam jumaat,

semalam dah jumpa Paed kat Damai. doc cakap suara kakal serak mungkin kerana menangis kuat² kat school. mungkin juga mereka membiarkan dia kemam botol dia lama² dalam mulut. salah satu daripada sebab di atas.

then dia macam ade nappy rashes sikit. doc bilang biasalah itu kalau duduk di school. tapi dari situ kita tau macam mana mereka jaga anak kita. ye betul juga tu.

doc bilang sama kami, kulit kakal ni agak sensitif. mungkin akan selalu terkena demam. doc kata 'ni silap² ibu dia kena berhenti kerja jaga anak ni'.

oh tidak doc. macam mana mahu bulan² mahu bayar duit rumah banglo saya? haha. berangan.

tapi doc juga bilang budak² kalau duduk taska akan lebih berdikari. harap² begitu. kakal jgn spoil sgt ye. boy kena lasak² sikit.

hari ini buat pertama kali mahu pulang ke runah sendiri selepas beberapa bulan tidak balik. masa preggie 8 bulan sudah mula duduk rumah nenek sebab tak larat naik turun tangga (kantoi. kata beli rumah banglo? hehehe). dalam pantang rumah mak mertua pula.

tolak tambah ada lebih kurang 4 bulan tak menetap secara tetap di rumah sendiri. tapi weekend rajin juga balik jenguk² rumah. masa dalam pantang cik hubby yg balik kemas² sikit.

hari ini pulang ke sana membawa kakal. ini 1st time kakal nak tidur di sana. agak nervous sebab dah lama tak tidur kan. kalau cik hubby balik pun just nak kemas² je. harap² semua akan baik² sahaja. excited pun ada juga. seronok dapat balik rumah sendiri. macam freedom sangat. boleh main masak² kat dapur dengan suami & anak. hehe. boleh golek² depan tv. boleh..hmm boleh macam² lah.

so, enjor ur weekend kawan²!


July 28, 2010

Haikal Lepas Seminggu kat School

sian anak ibu ni. tak taulah kenapa. lepas balik dari school je suara dia mesti serak. sampai macam dah nak hilang. kesian sangat lah.

khamis lepas bawa kakal pergi klinik. nak check la kenapa suara dia serak. sakit tekak ke apa kan. sekali doktor check temperature dia ada demam sikit. tapi tak tinggi. selsema pun ada sikit. doktor kata mungkin sebab tu suara dia serak.

so, jumaat lepas ibu pun EL nak jaga kakal. sampai la hari ahad suara kakal ok je. takda serak² dah. seronok je dia mengomel-ngomel, ketawa-ketawa (ye, kakal dah pandai ketawa sikit² bile ABI dia agah..ulang suara ABI dia..) tapi hari isnin tu balik je dari school serak dia jadi balik. hmm. ibu tanya kat kakak² yang jaga kakal tu 'ariff (panggilan kakal kat taska) kuat nangis ke? dia terjerit² ke?' diorang jawab takda pun kak. nangis nak susu je.

hmm. musykil ibu.

esok ibu cuti. ada check-up dgn doktor Hospital Selayang. lepas tu ingat nak bawa kakal pergi jumpa paed kat Hospital Damai. tanya pendapat beliau cemana.

*kakal tenyum² kena agah*

July 27, 2010

Hujung Minggu Yang Banyak Aktiviti

takdalah banyak mana pun. 2 je. teeehee.

mula² hari sabtu. Geng Divas dah plan nak buat outing beramai-ramai. bawak family semua. yelah sekarang semua dah beranak-pinak. dulu showsholo je memasing. hehe.

tapi tak semua dapat pergi. jue aka birasku itu tak dapat ikut kerana ada plan tersendiri. jadi kami yang ada ni proceed lah dahulu. to jue, next time sila hadirkan diri. kalau tak yuran keahlian kau akan dinaikkan! ini series.

plan mula² nak ke sg. congkak. bila tanya cik hubby dia kata 'too far honey'. erk tak. dia cakap 'jauh sgt lah nyot'. cis. jadi dah macam ada ura² tak dapat nak join. lalu juju selaku event organizer dan pembantunya cik nee, telah mentukar tempat ke Desa Water Park. tanya semula pada cik hubby, beliau kata 'let me think about it'. cis lagi. bila dah dekat² tarikh nak pergi tu baru cik hubby setuju nak join sekali. pheww~

pagi² sabtu tu biasalah, kakal kan jenis bangun pagi. kul 6 dia dah kejut ibu ngan abi dia. 'bangun sholat ibu, abi' Alhamdulillah. imam muda rupanya anak ibu. amin. hahaha. pastu tukar diapers, bagi susu kat dia. dia pun titon. sampai la kul 8.30 kami hantar dia kat umah Gombak. nasib baik izzi akak biras no 2 ku ada. terus dia amek kakal sambil berkata 'takpe, korang pergilah. have fun!' bagus bibik ni.

janji nak konvoi bersama cik nee & 'mother' aka maknam. kumpul depan Masjid Wilah kul 10 pagi. kami ni kul 9.30 dah sampai situ. siap boleh bukak kelas memandu la dengan cik hubby. batang hidung diorang ni kul 10.15 baru nampak! demm~ dalam kul 11 macam tu baru smpai DWP. terkejut sakan kitorang. sebab parking full! rupanya ada 3 family day aritu. untung sungguh kau DWP!

apapun, we had fun. walaupun dapat mandi² kejap je pastu dah nak balik. yelah, sian pula kat kakal tinggal lama². tak sempat na snap gambar sama².

*bukti anak beranak memang keturunan OTROMEN*


*nape cik kaki pukul & anak tengok tempat lain ni ha?*


*oi demok!*

bila dah amek kakal. kitorang terus ke rumah mak pula. hujung minggu memang kalau boleh nak spend time dengan family. dua² belah family. biar kakal kenal rapat dengan atuk nenek dia. nanti boleh mintak toys banyak². hehe. kat rumah mak, my sis jaja dah sedia menunggu dengan hero nya Afiq Harris. budak ni makin notty tau. tak larat nak kejar dia. kenmain laju lagi dia merangkak. kalau dah dapat kaki tak taulah macam mana.

mak dah janji nak ajar cara² buat cookies. nama pun Midah Kukis. tee hee. mak, jangan marah nanti kena jual! bersungguh-sungguh si adik dengan jaja belajar. saya? belajar jaga anak dulu ye. hehe.

* warna-warni*


* ♥ this *

cantik tak? nak order? boleh boleh. sila PM saya atau boleh call Puan Midah terus di talian 019-3423343. sekian terima kasih.

=)

akhir sekali. terimalah..

* afiq si antu gigi kaki kacau *




July 22, 2010

Tiga Hari Sudah

masuk ini hari sudah 3 hari kakal kat taska.

so far, Alhamdulillah kakal tak meragam bila balik rumah. cuma nya dia tidur lama. lama sangat. macam semalam bagi dia susu pukul 8, pukul 1 pagi baru dia bangun balik nak susu. normal ke begitu?

abi dia sangat risau. risau kot² kakal tak lena tidur kat taska. mungkin juga. kakal kan baru berapa hari kat situ mungkin dia tak biasa lagi.

hari pertama amek kakal balik taska, mami jue dengan mother oni pon ikut sama. ibu tunggu kakal lama depan pintu taska. awat tak keluar² ni? sekali kakak pun bawa keluar kakal. lega nya hati ibu dapat tengok kakal. kakal siap senyum² lagi kat ibu. hehe. bijak.

semalam ibu amek kakal dengan abi je. abi sibuk suruh ibu duduk kat seat depan sebab dia nak main² dengan kakal.


*ibu dengan kakal dua² tema coklat..hehehe*

habis semua orang ibu tanya anak diorang duduk taska macam mana. yelah, risau juga kita kan. takpelah mungkin mula² je macam tu. kita tengok kakal macam mana hari ini ok sayam?

ibu & abi sayang kakal banyak²! ♥♥♥



July 20, 2010

Haikal's 1st Day of School (Taska)

macam biasa, ibu bangun dulu pukul 6. kejut abi suruh dia tengok-tengok kan kakal sementara ibu pergi mandi & sholat. dah bersiap semua turn abi pula pergi mandi & sholat.

kakal hari ni sedap pula dia tido. selalu 5.30 sudah terkebil-kebil mahu susu. ini 6.30 masih lena lagi. ibu pun slow-slow buka kelambu dia. slow-slow juga ibu buka seluar dia nak tukar diaper. sekali dia bangun daa.. mengeliat sikit-sikit lepas tu bagi senyuman paling handsome untuk ibu. cair ibu kejap.

dah tukar diaper, susu kan kakal pula sebelum bertolak ke school kakal. tak jauh pun school kakal. 15 minit dah sampai la kalau ikut duke. sepanjang perjalanan tu ibu peluk je kakal.

sedih.

besar dah anak ibu. nak masuk school dah awak ye. sambil tu ibu pesan-pesan kat kakal. be a good boy. dengar cakap kakak kt school tu. jangan jerit-jerit sangat. tunggu ibu balik ok!

sampai school kakak Iqa dah siap sedia nak sambut kakal. ibu pun pesan sikit-sikit kat kakak Iqa. lepas tu ibu pun shium kakal. abi pun shium kakal juga. pastu ibu dah tak boleh tahan air mata. lepas cium kakal ibu terus berlalu pergi.

dalam kereta ibu nangis. sedih tinggalkan kakal kat taska. abi pujuk-pujuk ibu kata kakal will be ok kat taska tu. ibu pun sejuk hati.

tapi..

pukul 9.30 abi kol dari opis.
dia kata dia rindu kakal.
dia kata dia risau orang takleh jaga kakal elok².

abi kakal ni ngada-ngada! dia nasihatkan orang, dia pulak yang sedih. wekkk!!

:P

 
*oh baby baby baby ooo* cubaan meniru justin bieber

July 19, 2010

Harapan Seorang Pembaca Tegar

gigih lah buat 2 entry dalam 1 hari kan.

bosan sebenarnya. kerja memanglah sangat banyak. tapi macam mood tak mari² sejak pagi hari lagi. mood blogging ada je lah pula kan. hehe.

baru² ni kan ada keluar filem Lagenda Budak Setan kan? tapi masa tu dalam pantang lagi, jadi tak sempat pula pergi menonton. filem tu adaptasi dari novel Ahadiat Akashah. suami saya cakap kalau ikutkan novel tu sangat touching cerita dia.

suami saya kalau bercerita sangat lah 'semangat'. memang apa yang dia cerita tu 'sampai' lah kat kita. dengar cerita dia tu buat kan hati saya membuak-buak nak baca novel tu. maka misi mencari novel Lagenda Budak Setan pun bermula sejurus selepas saya habis pantang.

Jumpa novel tu kat MPH JJ Wangsa Maju. seronok nya saya. macam dapat babysitter untuk Haikal pula.

mula² baca dengan penuh semangat tapi 1st part tu tak memberangskan minda sangat nak baca. sebab kisah cinta anak² remaja. macam 'ape ni, kecik² dah bercinta' hah macam tu lah. tapi bila dah halfway baca, syahdu la pula.

memang boleh leleh baca novel ni kalau hayati betul² (dan jika anda berhati jiwang, mudah rapuh seperti saya..hahaha) tapi biasalah ayat² dalam novel tu ayat tahun 90an. macam pelik sikit lah.

yang pasti lepas baca tu saya asyik terkenang² kan 'cinta ayu  kasyah'. ada ke kisah cinta yang begitu malang macam mereka? jodoh kan. kita tak tahu. Allah jua lah maha mengetahui.




tapi yang tak bestnya bila baca review filem ni. kebanyakannya review yang agak negatif. boleh baca sini :

review 1 from iamyonna.com
review 2 from leedssecrets.com

hancur hati saya. saya pun dapat rasa filem tu tak dapat bawa 'feel cinta ayu & kasyah' semacam dalam novel tu. yes, memang agak susah la dari novel hendak di buat filem kan. tapi tengok orang lain boleh je buat. contoh Ayat-ayat Cinta dan Twilight Saga. semua dari novel juga apa.

dan tak lama lagi pula khabarnya akan keluar drama bersiri Lagenda Budak Setan ni. haruslah tak sabar nak tengok.

tolong lah jangan hampa kan pembaca tegar Lagenda Budak Setan ni.


tak nak cakap tak nak

ada je nak buat orang marah pagi² isnin ni.

benci!

patutnya harini babysitter dah masuk kerja. tapi dia tak datang!. kalau bagitau awal² kan senang. ini tak! kita ni dah beriyalah buat persiapan bagai. tup² tak datang. nasib baik ada orang kat rumah boleh tengok kan haikal. kalau tak sian lah anak ibu terkontang kanting sorang².

jadi ibu dah tetapkan hati dah ni. esok kita pergi school (taska) ok kakal? asyik bertangguh aje nak masuk taska. nanti lama² nama kakal kena buang.

tskk..rasa nak balik tengok kakal kat rumah. sian dia. nak peluk shium dia. tadi pagi lepas bersihkan poo-poo dia, sempat borak² jap. siap sengih² lagi dia. good mood la tu baru lepas poo-poo. hehe.

July 16, 2010

penangan mantra

letih. sakit pinggang kita.

baru balik dari brem mall, kepong. hari ni teman cik nee yang mengidam nak nengok wayang. linda & jue pun ada sekali. hari ni Geng Divas berempat saje. hehe.

cik nee teringin sangat nak tengok filem seram yang baru tu, Mantra. kami yang lain ni mengekor je lah. lagipun hari Jumaat kan rehat lama. memang sempat la.

sampai-sampai brem mall terus tuju kaunter tiket tu. sebabkan dah lambat takut cerita tu dah start, kitorang terkejar-kejar lah sikit. beli tiket, tapi tiket nya tak dapat. hahaha. so main masuk je. adik tu kata boleh duduk je seat mana-mana sebab takda orang pun.

saya dengan lin jalan depan. cik nee bersama jue belakang kami. dari luar pintu wayang tu dapat dengar cerita tu dah start. suara tu menyeramkan. gila ah! sangat seram sampai saya dengan lin terbehenti kejap. macam nak ke tak nak masuk ni. haha.

dalam wayang tu pun dah gelap dah. yelah cerita dah mula kan. si linda punyalah takut, siap tarik tangan saya sambil berlari cari seat dalam wayang tu. tah mana-mana kitorang duduk pun tak taulah. bukan seat kitorang pun. hahaha. popcorn linda yang penuh tu sampai tinggal separuh lah sebab terjatuh agaknya masa berlari cari seat.

cerita tu takdelah seram mana. tapi macam terkejut-terkejut. menyampah tau. boleh kena heart attack i. nasib baik bawak shawl. agaknya 20% dari cerita tu je yang saya tengok betul-betul. yang lain semua tengok dari sebalik shawl. linda lagi lah. sampai tak cukup shawl dia tu nak cover muka yg ketakutan.

adeh deh. sakit perut ketawa.

to u olls,

linda, rugi bayar tiket 8 hengget. kau bukan tengok sangat pun. hahaha.
jue, kau over kan. jerit kuat gila. hehehe.
cik nee, puas dah hati dapat tengok? lain kali sila pilih cerita komedi ke romantik ke. :p

July 13, 2010

tahniah ibu!

dah pukul 5pm pun. leganya hati.

lagi setengah jam atau 1 jam lagi sudah boleh pulang. berjaya juga ibu melalui hari pertama bekerja tanpa menyebabkan opis ni banjir dek air mata ibu. yes!

pagi tadi keluar rumah pukul 6.45. haikal sudah celik mata dia besar-besar. sebelum tu sudah susu kan dia. ingatkan dia lentok-lentok di bahu tu dia tidur. rupanya dia syok layan pemandangan pagi. pelik agaknya dia. kenapa ibu siap pagi-pagi ni. kenapa pagi-pagi dah kena naik kereta ni. kenapa gelap-gelap dah sampai rumah nenek ni.

mungkin tu lah dalam fikiran dia. comel.

sepatutnya hari ini haikal sudah pergi school (taska), tapi kena tahan dengan nenek dia. nenek dia kata hold lagi seminggu. kalau tak ketemu juga maid, baru boleh hantar.

sigh.

kalau ikutkan saya. memanglah tak sampai hati nak hantar taska. tapi kita tak punya choice kan. jadi kita hanya tawakal pada Allah. jangan lah kita asyik fikir negatif saja.

seronok juga 1st day kerja ni. masuk-masuk kerja dah diraikan. tapi masa majlis tu saya takda. sorry ye kak imah jangan marah. hehe. rezeki haikal dapat habuan dari BKP. ramai juga yang tegur kata saya dah kurus. hnsss hnss..kembang sikit. tapi sebenarnya banyak baju tak muat mereka tak tahu. adeh.

tak sabar nak balik gomol haikal dengan abi nya sekali. diorang ni anak beranak dah buat pakatan. abi dia hari-hari bila borak-borak tu akan hasut anak dia.

'nanti kita pergi mancing ok. haikal ikut abi. best! kalau ikut ibu pegi shopping boring'

'haikal kan boy. kena ikut abi lah. ikut ibu tak macho'

jahat punya abi.


July 11, 2010

ibu kena kuat

lagi 2 hari nak kembali semula ke opis.

tuhan je lah yang tahu hati saya sekarang. sampai harini tak jumpa babysitter yang available untuk jaga kakal. tskk. other option ialah hantar taska. sayu gila hati. haruslah saya menangis di hari itu nanti. saya tau saya kena letak kepercayaan pada mereka untuk jaga kakal.

tapi dengar cerita-cerita pasal baby yang letak kat taska jadi macam-macam buat jantung saya macam nak pecah. ye, saya kena kuat. kena tawakal. harap-harap Allah lindungi dan jauhkan dari perkara yang buruk.

saya risau sebab kakal ni cepat tersedak. kadang-kadang tengah tidur dia boleh muntah. minum air masak pun boleh tersedak. saya tak pernah bagi susu masa dia baring. takut sangat. tiap kali menyusu saya akan pegang dia. taska adakah nak buat begitu?

saya risau. kakal tidur sekarang mesti nak terjerit-jerit dulu baru dia lelap. saya kena selawat-selawat pastu dukung dia baru dia lena. taska adakah nak buat begitu? 

tapi terpaksalah ibu hantar kakal pergi nursery juga sayang. harap-harap kakal dapat sesuaikan diri. be a good boy ok sayang. jangan bagi ibu risau. 

ibu sayang kakal.

ibu kena kuat.

July 1, 2010

our 1st anniversary

mode tulisan adalah cepat-cepat sebelum putera kakal bangun dengan jeritan batin nya.

26.6.10 itu hari seseorang telah berganjak usianya. sudah tua setahun hero saya ini. selamat ulangtahun sayang. sebab itu jugalah kami pilih tarik itu sebagai tarikh pernikahan kami.
 
wow sudah setahun rupanya bergelar isteri. kenapa rasa macam dah 5 tahun saja? hahaha. tidak tidak. rasa masih fresh. macam baru semalam hero saya ajak saya kahwin.

kami bercinta tak lama. kenal pun tak lama sebelum ambil keputusan utuk kahwin. adalah dalam 3 bulan perkenalan sudah bertunang. cepatkan? tapi waktu itu saya tau keputusan yang saya ambil semestinya berbaloi. tak sangka rupanya suami saya orang kampung sebelah sahaja. kalau tau awal2 sudah suruh hero masuk meminang. hehe.

perjalanan untuk saya finally bertemu suami idaman adalah sangat sukar. sangat sukar sehingga banyak air mata saya gugur. tak berbaloi sungguh. tapi motivasi saya ialah, 

saya akan terus bertemu orang yang salah sehingga satu hari nanti muncul seorang yang baik. yang akan menjadikan saya isteri nya. 
yang akan menyayangi saya tanpa syarat. 
yang akan terus-terusan melayan kerenah saya. 
yang akan bersama-sama susah dan senang. 
yang akan menjadi suami saya dunia dan akhirat.

dan orang itu adalah dia. terima kasih b. sebab banyak bersabar dengan saya. sebab jaga kan haikal masa saya kat hospital. sebab bangun malam2 buat susu untuk haikal walaupun saya kejut awak guna kaki (sebab abi tidur kt bawah, ibu atas katil pegang haikal. jgn kata saya derhaka plak). sebab positif dalam setiap benda. sebab prihatin atas kehendak dan keperluan saya selama ini.

terima kasih sangat-sangat.

ini baru setahun. harap-harap kekal sampai ke syurga. Insya'Allah. amin.

yang paling penting..sebab bekerjasama membesarkan si bam bam kita ini.