+ dag dig dug +

April 23, 2010

makin dekat..

its coming..
sabtu ni dah masuk 37 minggu mengendong BJ di dalam rahimah. Ya Allah, rasa sekejap je dah sampai 37 minggu. dan lagi 3 minggu Insya'Allah akan menjadi ibu.

excited? yes. sape tak excited nak pegang baby sendiri
takut? memanglah sangat² takut.
risau? jangan cakap lah.

tapi kene lalui semua tu kan. bak kata faizah, takkan kau nak simpan baby tu dalam perut je?  mesti kasi keluar kan? hahaha. maka kenalah terima kesakitan tu. ye, saya redha. semalam tiba-tiba perut saya sakit. macam nak ter 'poo poo'. tapi boleh tahan lagi la. kira tak sampai nak pergi toilet pon. suami saya cuak sudah. dia sekarang banyak dipengaruhi cerita-cerita oleh otai-otai di office beliau.

"yem, kalau bini kau rasa nak 'ber' tu baik kau jaga²..macam bini aku tiba² je dah rasa kepala baby"

"yem, aku dulu pecah air ketuban masa tgh drive. pegi hospital terus bersalin atas stretcher"

hehehe. kalau saya kata sakit perut mesti dia mula berpeluh-peluh. sampai rasa kat dada dia kata. macam cuak sangat la. kesian dia. sekarang ni bukan masa main-main dah katanya. sekarang saya kena fokus. wah, sampai macam tu. tak boleh tinggal sorang-sorang kat rumah. kena sentiasa dengan dia. pergi mana pun kena ikut. weekend ni dia ada job amek gambar pon saya kena ikot ok.

hah, paling kelakar nak dijadikan cerita tadi kitorang pergi shopping complex kegeraman..kegeraman? kegemaran kami iaitu SOGO. tengah² syok cari cooler bag sekali sakit perut! ape daa, terus letak balik barang² nak lepaskan hajat dulu. dalam hati dah do'a janganlah kepala baby pulak yang terkeluar. biarlah poo poo. yes. nasib baik poo poo. cuak sekejap.

oh oh. eina kawan baik saya semasa hingusan di CBN sudah selamat melahirkan. waaaaaa, die awal 3 minggu sahaja dari saya. masa tengok pic dia dengan baby semalam, ada satu perasaan yang tak dapat nak kata cemana. perasaan cuak!

rupanya sama sahaja saya dengan suami saya. hahaha.

abi, janganlah takut. kalau awak takut, saya lagi takut hokey!

selamat hujung minggu semua. jangan lupa update hujung minggu anda. saya tau ada antara kamu yang nak buat cheese cake lagi minggu ni. ahahaha.

tata!

1 comment:

  1. aku tak buat cheese kek! tyme duit byk ni..aku g melawat soping complex keGERAman! phm tak..geram kite! aku buat cheese kek tyme korg tak buat! klu sumer buat sape nk mkn kan..kan..?

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear