+ dag dig dug +

April 9, 2010

28 tahun yang lalu..

saya dilahirkan ke dunia oleh Midah Kukis. Alhamdulillah. terima kasih Ya Allah beri saya kesempatan melihat dunia sehingga ke hari ini. terima kasih mak, bersusah payah melahirkan saya. terima kasih ayah kerana susah payah bekerja untuk besarkan saya.

*sob sob*

sayang mak sangat-sangat. walaupun pagi tadi mak call, tapi dia tak wish pun. dia suruh cek email. celik IT betul mak-mak zaman sekarang. tapi buka email takda pape pun. rupanya salah taip address email. maka dia wish la juga..melalui SMS! mak oh mak.

dan tidak berapa lama lagi, Insya'Allah budak perempuan ini akan melahirkan seorang manusia ke muka bumi Allah ini pula. Subhanallah. cantiknya perjalanan Allah aturkan. doa saya semoga Allah berkati umur ini, mudahkan segala urusan bersalin nanti, kebahagiaan rumahtangga, anak-anak yang soleh dan solehah dan rezeki yang halal. amin ya rabbal a'lamin.

cik suami,

pandai ye awak berlakon konon-konon lupa hari ni hari apa. nasib baik tiada air mata yang tumpah pagi tadi. terima kasih bagi suprise macam ini. i ♥ u.



*sgt manisz*


kepada semua yang wish saya, terima kasih sangat-sangat atas ingatan. wah cam artis. tak, betul ni. terima kasih. saya sangat-sangat hargai ucapan awak semua.

luv u olls.

6 comments:

  1. aku nak gak sekuntum..sebab aku..bunga ni sampai tau!! heheeh..HEPI BESDAY MY BIRAS AKA MY BEST FREN AKA MAK LONG FOR MY SON!

    ReplyDelete
  2. happy birthday wardah :) semoga selamat semuanya..

    ReplyDelete
  3. konon2 midah kukis nak buat surprise ke suh ko cek email tu?sekali x menjadi la?haha cumels sungguh la midah kukis ni.

    .adek.

    ReplyDelete
  4. jue : tq tq my beras.. :p

    wizza : tq..doakan saya ye. :)

    adik : comel kan..last² dia give up terus sms je..ahaha

    ReplyDelete
  5. wah.. wah.. wah.. seme2 dah ade blog gamaknye.. bagus.. kalau aku busan.. taula aku nak buat apo.. hahahaha..

    ReplyDelete
  6. paijah : hahaha..ni lah hobi kami skarang..

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear