nak buat kek!
sekarang ni kegilaan membuat blueberry cheese cake di kalangan geng Divas. baiklah, takdelah Divas sangat pun. saje membagi sendiri nama kumpulan buat orang lain rasa geram nak join sekaki.
hari sabtu seperti biasa, kena menjadi pengangkut tak berbayar kepada tokey booth kat i♥bazaar. sila lawat sini untuk melihat review bazaar tersebut. rambang mata i tell u! tak sempat rembat apa² mengenangkan angka duit dalam bank rimau dah makin surut. pandang je lah ye.
sekejap je kat situ, lepas itu terus balik dengan penuh semangat nak buat cheese cake! bahan-bahan semua suami dah beli hari jumaat petang tu. dia pergi beli sendiri kat kedai Bake with Yen kat Chow Kit tu. bangga saya sebagai isteri dapat suami pandai beli bahan buat kek. hehehe.
tapi hati tak sedap. sebab Projek Paper tak siap lagi. lecturer pula suruh email kan draft masa tu juga. gile! lalu, suami dengan rasa kasih sayang cakap 'takpa, saya buat kek. awak siapkan assigment' sebab kami kejar masa. pukul 3 nak keluar lagi pergi birthday party pula.
baiklah, baiklah. saya percaya suami saya boleh buat. terus bagi resepi kat dia dan saya teruskan menghadap laptop. sesekali je tolong tengok apa dia buat kat dapur. kek tu sebenarnya nak bagi untuk birthday adik saya. kami tak join yang lain pergi celebrate jadi bekalkan kek sajalah. gamble tak 1st time buat kek terus nak bagi orang ramai² makan? hahaha. hasilnya, sedap tapi kurang cheese kata mereka.
bila buat kali kedua, baru saya tau punca kek yg 1st tadi kurang rasa. rupanya suami telah mentaruh 3 cawan susu instead of 3/4 cawan! hahaha, ape daaa. mesti excited sangat sampai tak perasan. selain kek, kitorang buat muffin special juga. saja buat, sebab dah lama tak buat, jadi gian pulak. sampai salah adunan la sebab dah lupa.
apapun, thanks b. sebab buatkan semua. bini awak tukang tengok, komplen je kan? Alhamdulillah, lega gila Projek Paper dah almost siap. kek pun menjadi.
u really made my day! :)
*gigih main mixer*
*blueberry cheese cake*
*blueberry cheese chocolate muffin*