awal-awal trimester pertama mengandung tak berapa sangat orang duk tanya-tanya soalan. mana yang tahu sajalah yang akan bertanya. mungkin saiz perut dan badan masa tu belum lagi menunjukkan perubahan ketara maka tak ramai lagi lah yang tegur dan bertanya.
tapi sekarang sudah masuk trimester kedua. baby bump sudah mulai tampak. dan yang paling ketara sekali pastilah bentuk badan yang mengembang. pernah satu hari ada seseorang tegur saya "eh eh kenapa muka awak lain ye?" nak jawab apa? takkan nak kata sebab saya pregnant maka keadaan saya begini. maka senyum sajalah biar sampai mereka tahu sendiri. saya tahu kenapa soalan begitu muncul. sebab muka saya walaupun baru 6 bulan sudah nampak sembab. hidung pun dah berkelopak. mengembang saje. orang tua-tua kata kalau badan kita kembang mungkin anak dalam perut ni lelaki. wallahu'alam. berdasarkan permerhatian, ada juga yang kembang lahirkan anak perempuan kan? tak boleh nak kata juga. dah agaknya memang spesis badan tu kembang. redha jelah kan..
sekarang pun orang dah makin kerap tanya "dah nampak ke baby apa?". jawapan saya, "belum lagi". sebab masa last check-up doktor tak dapat tengok. doktor kata kedudukan baby ni macam tengah buat summersault! macam cerita miro attack pula. kepala dia ke bawah, kaki ke atas berlipat. macam mana tu eh. masa scan tu saya tak nampak secara jelas. print out yang doktor bagi pun tak jelas. doktor kata maybe lelaki sebab dia sangat aktif. hehe. takpelah sayang, apa pun jantina kamu asalkan kamu sihat dan sempurna. :)
lagi soalan favourite mestilah.."bila due?". yang ni clear cut punya soalan. kira dalam masa 5 saat anda boleh dapat jawapannya. sebab tarikh tu akan sentiasa berlegar-legar di fikiran. kira, kira, kira. hari-hari nak kira. berapa minggu lagi. berapa hari lagi nak sampai ke tarikh itu. bila nak habis 2nd trimester ni? bilalah boleh buat 4d scan. dan apa yang penting? bukan kerjasama wonder pets tapi apa yang penting, bila boleh start beli barang baby??.. oh oh..sangat teruja. tapi masih boleh bersabar lagi. sabar, sabar..
soalan-soalan di atas kira soalan yang lazim oleh orang-orang di sekeliling ketika berjumpa. selalunya masa sama-sama naik lif sebab masa tu senyap sunyi dalam lif jadi kena buat sesuatu to break the silence. haha. juga masa tengah beratur ambil makanan kat cafe. selain untuk menghilangkan kebosanan sebab beratur panjang juga mengelakkan sindrom marah kerana terlalu lapar. haha.
setakat ini masih belum bosan menjawab soalan-soalan itu. malahan rasa sangat teruja. rasa seperti seluruh dunia sangat mengambil berat tentang kita. tak taulah ambil berat atau lebih kepada busy body kan. tapi lebih baik fikir yang baik-baik. mereka ambil berat tentang anda. :)

beli je barang baby awal2
ReplyDeletenanti bila dah 7,8 bulan tak larat nak jalan byk2
tak boleh memilih dgn senang hati
sakit2 pinggang lagi
*nak support tindakan sendiri yg dah membeli secara meriah masa just reaching 6 months
hehe..yelah dayu..esok2 dah besar perut tak larat jalan kan..saya sokong saya sokong!
ReplyDelete