+ dag dig dug +

January 15, 2010

first touch here in preggieland


hello..


saya sungguh excited mahu memulakan blog yang satu ini..ya, ini blog yang ke-3 setelah blog peribadi dan blog perkahwinan. preggieland ini tempat saya meluahkan, bercerita, berkongsi semua tentang pregnancy dan bakal baby junior. sengaja memilih blog sebagai tempat menyimpan kenangan yang paling indah dalam hidup kami. moga suatu hari nanti, bila baby junior sudah pandai berinternet dia boleh masuk blog ini dan membaca bebelan saya. :)

dunia baru ni bermula lebih 5 bulan yang lalu. sengaja menyimpan cerita sehingga masuk bulan ke 6. rasanya biarlah sehingga baby junior ini besar sedikit baru dikongsi bersama semua. sekarang baby bump pun telah mulai nampak. sudah tidak boleh menyorok di sebalik baju kurung pahang lagi. semua koleksi kebaya-kebaya sila duduk diam-diam dalam almari sehingga lebih kurang 5 6 bulan lagi..oh tidak.. baby junior di dalam perut pun sudah pandai melompat-lompat. kadang-kadang sampai senak perut dibuatnya. aduyai. its ok baby junior, silalah buat lagi. perasaan tu sungguh best sekali.

baiklah, mahu pergi main masak-masak di dapur. till next entry..

* gambar di atas tiada kena-mengena dengan due date dan gender baby saya..hihi

No comments:

Post a Comment

welcome to preggieland dear