+ dag dig dug +

September 23, 2014

AH & UN

Assalamualaikum,

Rindunya blog.

Tak punya banyak masa menaip sekarang ni. Umar pulak adalah anak yang sangat clingy ye. Banyak beza dengan Kakal. HAHAHA. Takdelah Ibu nak beza-bezakan korang dua ni tapi memang nampak nau bezanya tu.

Umar sebenarnya dah nak masuk 9 bulan, so far diantara pencapaian terbaik Umar sekarang ialah :

♥ Boleh merangkak dengan lajunya.
♥ Dah ada 2 gigi bawah 
♥ Berat 8.8kg
♥ Dah makan bubur campur ayam & macam2 buah serta sayur
♥ Kalau nak panggil Ibu ada bunyi 'mehh mehh' itu maknanya dia nak Ibu
♥ Dah pandai wave 'byebye' and tepuk tangan
♥ Clingy (sangat)
♥ Tak kuat makan sangat
♥ Suka lagu 'happy birthday'
♥ Suka HI-5!
♥ Suka senyum

Abang Kakal pulak dah pandai macam² lah. Tak terlayan kadang² tu. Baru² ni cuti sekolah cikgu tadika bagi homework. Kena belajar mengeja dengan parents. Kat kertas tu ada lah ejaan BA BI BU sampai ZA ZI ZU. 

Ok lah alhamdulillah, bila eja tu ada gak bunyi. Tapi kadang² ada yang tak berbunyi langsung. HAHAHA. Jadi lah Kakal. Baru 4 tahun kan. Tahun depan kena belajar lebih gigih ye,

Apa² pun Ibu & Abi loves both of u so much. 

Ok, itu je lah yang Ibu ingat setakat ini sayang. Nanti ada masa Ibu belog lagi ye.


kesayangan

September 18, 2014

Cara Bawa Frozen Baby Food Bila Travel

Assalamualaikum,

Update dari rumah sebab anak bujang no 2 domam. Domam selsema batuk and mungkin juga sebab baru tumbuh 2 batang gigi bawah. Atau mungkin demam naknpandai tepuk tangan. Tiba2 dia bertepuk tangan semalam. Rupanya Momny Jue dah nampak dulu kelmarin. Oh kelmarin Ibu tinggalkan Umar dibawah jagaan Mommy Jue sekejap sebab Ibu and Abi join charity fund raising event for Gaza. Itu kita update kemudian.

Harini nak update on cara nak bawa frozen food for travel. A quick update for myself and for mommies yang mengalami masalah sama dengan Mak Jemah.

Masa nak pergi Ipoh aritu pening2 memikir cara terbaik nak bawa makanan Umar. Masa Kakal dulu pun takde update pasal ni. Ibu sudah kelupaan bagaimana. Tp ingat ada sekali tu hangkut slow cooker tp masa tu pergi apartment ok lah kot. Ini stay hotel banyak pulak nak hangkut.

Jadinya tanya2 lah mak2 sekeliling dapat gak tips daripada Mommy Eina Razi dan hasil google lah.

Cara saya..saya buat stok frozen food. Bubur nasi, puri buah and sayur. Buatlah ikut berapa bayak hari korang travel. kiralah berapa kali baby makan satu hari and pelbagaikan menu. Kalau perjalan mula pagi lunch tu bolehlah masak pagi2. Masukkan dalam food warmer. Yang frozen food simpan dalam beg chiller and letak dalam 2 ketul ice pack. Bila sampai je hotel boleh transfer masuk dalam fridge. Frozen food ni boleh tahan 4 bulan.

Cara nak panaskan pula sama macam ebm. rendam dalan air suam sekejap and masuk dalam warmer kalau nak keluar berjalan. mudah kan. takyah nak risau hal pengisian perut anak2 dah. haaaa berjalan pun happy aje.

Ok lah. nak bagi budak tecik ni makan ubat. sangat susah ye nak bagi dia ubat. siap bersilat mak kau ni umar. pls beri kerjasama kalau tidak ibu nangis.

Hahahaha. okbai.


t
op: bubur nasi
bottom : purees



t
hank you ibu!
im a happy babby!



July 23, 2014

Solid Food for Umar Nadeem.

Assalamualaikum,

Dah masuk malam2 terakhir Ramadhan dah. Makin dekat nak tinggalkan Ramadhan tahun ni. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah hendaknya.

Harini rajin nak update perkembangan anak teruna no 2. Sesi mengembangkan badan sudah bermula! Dah masuk 6 bulan haritu Ibu dah start bagi beliau solid food. Bermula dengan puri apple selama 4 hari (4 days rule) dan seterusnye dengan pear, carrot dan sweet potato. Nyummmms! Cara penyediaan puri tu rasanya dah ramai mommies yang tau.

So now beliau dah nak masuk 7 bulan Ibu dah bagi bubur pula. Bubur nasi yang di blend. Haaa yang ini masa abang Kakal dulu Ibu tak buat pun. Kali ni Ibu rasa nak jimat sikit masa pagi2.

So apa Ibu buat?

TaaaaaaDaaaaaaa!


Cara Penyediaan Beras Untuk Bubur Baby

1. Mula2 sila cuci bersih sambil berselawat ke atas baginda Nabi kita. Niat yang baik2 untuk baby. Dah cuci kering sila toskan beras tersebut. Ada orang rendam semalamam. Tapi Ibu cuci and tos kasi kering aje. Dah kering betul kita masuk dalam kuali. Sangai dia sampai dia kering dan keras. Sangai tu maknanya goreng tanpa minyak ok.

2. Dah sudah sangai, angkat dan sejuk kan. Bila dah sejuk masuk kan dalam pengisar kering ni dan kasi blend sama dia.

3. Blend halus2 sampai jadi macam tepung. Kalau tak halus tak jadi pulak. Kang dah masak berketul2.

4. Masukkan dalam bekas kedap udara macam ni dan simpan dalam chiller. Label kan. Takut tertukar dgn tepung pulak.

Makan bubur ke makan sudu?

Ok siap! Jadi pagi2 Ibu just amek satu sudu beras tu and masukkan dalam air yang mendidih atas api. Lepas tu kalau nak campur puri campak kan aje 1 cube puri yg frozen tu. Siap!

Tapi untuk bekal taska Ibu asingkan puri tu. Bila nak makan nnt baru cikgu panaskan sekali dalam bubur. So far Alhamdulillah Umar ok aje makan semua. Ermm, mmg ikut abang lah ni kuat makan. Hahaha.

Ok itu aje. Harap ada lagi entry sebelum raya ye. Ini pun update dari hp aje. Gigih tak gigih lah kan.

Selamat meneruskan baki2 ramadhan dengan gigih!


June 25, 2014

Majlis Kesyukuran dan Cukur Jambul Umar Nadeem

Assalamualaikum,

Umar Nadeem - nama anak kedua kami. Hero no 2 yang dah nak masuk 6 bulan tak lama lagi. Kejap je masa berlalu. Sedor sedor dah 6 bulan dah anak Ibu. How time flies kan? I love you so much Umar. HEHE.

Sebelum naik kerja lepas cuti pantang haritu sempat lah buat majlis kesyukuran dan cukur jambul. Aqiqah tak buat , InsyaAllah akan buat dengan compay Al-Amin yang uruskan korban dan aqiqah di Kemboja. Macam Kakal juga dulu.

Vendor untuk semuaaaaa benda masa majlis ini ialah..jeng jeng jenggg...tak lain tak bukan CHANTEKMOLEQ lah apa lagi. Tq Chantekmoleq! Saya adalah customer paling fussy diorang. HAHAHA. Tapi senang dibawa berbincang bukan?

Loving the Silver & Turquoise Chevron Theme so much! Soft pastel kaler memang kegemaran saya lah. Suka bebenor kaler tu. And here goes the list of vendors:

Buai berendoi : Chantekmoleq.com (fb page : chantekmoleq / Instagram : chantekmoleq)
Candy buffet : Chantekmoleq
Dessert : Cupcakes, Brownies (SEDAP GILERRR) & apam chevron Sugarrush by Rita
Goodies bag : Chantekmoleq

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Semoga Umar Nadeem dan Ariff Haikal besar2 esok jadi anak yang soleh untuk Ibu dan Abi ye sayangs?













OOTD
Baju : Fie Shah Sdn Bhd :p
Shawl : Khaylaa Hijab (Instagram)

My perfect picture.

June 12, 2014

Review : The Nahara, Kalumpang

Assalamualaikum,

Oi lamanye tak menaip kat blog ni. Rindu giler. Apakan daya kekangan masa membataskan semuanya. Kekangan keadaankat opis ni pon satu hal lah jugak. Terus malas kite nak blog. Harini kiter curi masa lah sikit. Please orang IT jangan marah saya. 

Saya nak review pasal The Nahara dekat Kalumpang ni. Kalumpang kt mana? Tak pernah tau kan? Ku Lempang tau tak kt mana? HAHAHA, oklah tak lawak kan. Kalumpang terletak di Hulu Selangor ye adik². Dia lebih macam nak ke Perak sana. Lalu highway exit Tanjung Malim ye. Lepas itu straight aje sampai nampak signboard Kalumpang. HEHE.

Bermula dari ajakan Atok Aji dan Nenek Nah yang nak pergi tempat yang ada ala-ala kampung boleh chill chill kan. Maka Jaja telah meng'google' dan came out dengan The Nahara which is sebenarnya kawan dia punya family rest house. 

Kadar satu malam ialah RM1600.

Haa buntang biji mata tak dengar harga gitu. Tapi jangan pengsan dulu. The Nahara ni macam Villa. Dalam dia ada 5 buah bilik yang besar besar. Dan kesemuanya ada katil size QUEEN. 3 buah bilik yang bahagian depan memang besar. Kalau bentang toto boleh muat lagi satu family dalam tu. Haa begitu besar dia. Bilik ayor pula ada 3. 1 sharing 2 bilik. 1 dalam master bedroom. 1 lagi dekat belakang. Dapur pula ada dry & wet kitchen. Siap dengan peralatan masak kuali, senduk, sudip, rice cooker, microwave, fridge, dapur, pisau, pinggan, cawan dan lain-lain. Korang tinggal nak bawak bahan basah je untuk masak ye. Jangan lupa bawa minyak ye macam kitorang. HAHAHAH. Lupa bawa minyak ha dah kena keluar beli pulak.

Kedai paling hampir adalah dalam 5 ke 10 minit ke luar. Kedai runcit biasa aje tapi boleh lah. Sepanjang jalan masuk ke dalam tu banyak jual durian kampung. Fuhhh memang syiok lah. Infact kat The Nahara tu pun ada pokok durian you olls. Tuan rumah is so baik hati bagi kitorang 2 biji durian untuk dikikahkan beramai-ramai. Abang Ipaq pula pi beli lagi 2 biji durian. 

Oh lupa, villa ni juga ada 1 swimming pool yang airnya datang daripada sungai. So no klorin dan sejuk secara semulajadi gitu. Memang puas semorang berendam kat situ. Muat seluruh ahli keluarga The Shah. The best part of The Nahara ini ialah belakang dia sungai. Sungai yang tak ramai orang duduk berkelah dan bersih sesangat sebab terjaga. Tempat ni dia open to public juga untuk mandi-manda tapi terhad to beberapa family dalam sehari tak silap saya. Ada disediakan gazebo/wakaf untuk disewa. Toilet pon ada dekat situ. Senang sangat untuk sesi perkelahan.

Ok baru teringat, sebenarnya kitorang pergi ni masa bulan Disember 2013 to celebrate Atok Aji's birthday. We love you Ayah very strong and dari riak muka Ayah haritu memang dia puas hati dengan vacation kali ini. He loves the place so much sampai dia pi pusing2 kampung tu dengan motor pakcik yang jaga villa ni. HAHAHA.

Ok meh layan gambar. 

View dari villa ke sungai.

One of the room. Ini paling kecil kat belakang.

Living hall.




Elisa & Kakal bercengkerama
Road to sungai. Hehe.



BBQ pit dan peralatan disediakan ye.

The Siblings. Haru haru haru!

Ayah & Ibu.

Eh mana Umar?
Umar masih dalam rahim Ibu masa ni.

The cucus.
Elisa, Kakal, Afiq & Didin.


Dan percayalah, sekali pergi mesti nak pergi lagi. Sebab seronok sangat dekat sini. Cuma a lil bit pricey lah kan kalau tak boleh sharing the cost. Selepas pulang dari sini kami selalu kerindu-rinduan pada tempat ini. Menggamit sungguh. We ♥ u The Nahara. Gituuu~

Sesiapa berminat boleh drop komen nanti saya cek kan contact no dia ye.  Sekian, dan tahniah Fie. Berjaya siapkan 1 lagi entry dalam masa 2 bulan. KAHKAH.


* UPDATED *

Since ramai yang tanya Contact Person The Nahara ni maka inilah dia:

THE NAHARA, KALUMPANG
Kak Rahmah
019 431 2193






April 9, 2014

Buat Comeback Katenyeee~

Assalamualaikum,

Woahhh rindunya kat belog kite. Syium syium dia sikit kasi hilang rindu. HIHI. 

Dah 3 hari masuk kerja semula setelah 3 bulan memerap dan mengulit anak di rumah. Dah 3 bulan juga lah umur anak kedua saya, encik Umar Nadeem. Entry on delivery experience coming up as soon as possible. Sementara masih ingat baiklah dicoretkan disini. Tanda ingatan..macam nak dekat2 bersalin haritu pun belek2 balik blog baca pasal deliver Kakal dulu.

And the 1st entry of 2014 is on my birthday. HIHI. 

Oklah taip pendek2 je dulu. Yang berjela dan bergambar akan menyusul. Bila menyusul tu tak pasti lah hamba.

Till then,

Selamat bekerja dengan sekuekkknyo.



December 31, 2013

Promo Bulan Disember : Omega Guard

>>>Promo Bulan Disember Omega Guard!!<<<

Buy 6 free 1..atau beli dengan harga promo.

Terdapat banyak kebaikan Omega Guard Shaklee ini, antaranya adalah 30 kebaikan yang unggul:

* mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS golongan wanita

*berfungsi melicinkan kulit dan kulit tampak kemerah-merahan

*menghalang salur darah dari tersumbatmencegah strok

*mengawal tekanan darah pada kadar normal

*mengurangkan ketegangan urat lehermerendahkan serangan sakit kepala

*mengawal kolestrol dalam badan

*mengelakkan pembekuan darah pada tubuh badan

*mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

*menurunkan berat badan

*mencegah masalah obesitirisiko sakit jantung berkurangan

*mengelakkan serangan jantung bagi pesakit jantung

*membantu tumbesaran dan perkembagan otak bayi di dalam kandungan ibu

*menambah sistem imun tubuh badan, terutamanya kanak-kanak

*menyihatkan paru-paru

*meningkatkan kadar memori seseorang

*mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, proriasis dan lain-lain

*mengelakkan risiko demam hay, bronkitis, asthma, hepatitis dan SLE

*memperbaiki masalah buah pinggang

*menghalang kanser payudara, prostat, kolon dan paru-paru

*meningkatkan kesihatan hati selepas menjalani pembedahan

*meningkatkan fungsi pankreas bagi pesakit kanser

*menyokong kesihatan sendi-sendi badan

*mengelakkan penyakit gout

*memperbaiki masalah autism

*mengelakkan insomnia

*mengawal emosi

*memelihara kesihatan jantung

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

*Warga Emas

*Pesakit Jantung

*WanitaWanita yang telah melahirkan anak

*Pesakit darah tinggi

*Orang yang selalu lupa

*Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas

*Pelajar

*Ibu menyusu

*Ibu Hamil

*Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus




Banyak set yang boleh add-on Omega Guard ni contohnya :

SET IBU HAMIL

SET KESIHATAN KANAK-KANAK

SET KURUS

SET KOLESTEROL

dan lain-lain lagi.

Contact Fie kalau nak add-on dalam set ni dengan harga promo ye. 

Fie Shah | ID 925951
FB : Fie Shah / Shakebulous With Shaklee
SMS / Whatsapp / Line: 019-370 7110
Email : fiedashah@yahoo.com