Assalamualaikum,
Dah masuk malam2 terakhir Ramadhan dah. Makin dekat nak tinggalkan Ramadhan tahun ni. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah hendaknya.
Harini rajin nak update perkembangan anak teruna no 2. Sesi mengembangkan badan sudah bermula! Dah masuk 6 bulan haritu Ibu dah start bagi beliau solid food. Bermula dengan puri apple selama 4 hari (4 days rule) dan seterusnye dengan pear, carrot dan sweet potato. Nyummmms! Cara penyediaan puri tu rasanya dah ramai mommies yang tau.
So now beliau dah nak masuk 7 bulan Ibu dah bagi bubur pula. Bubur nasi yang di blend. Haaa yang ini masa abang Kakal dulu Ibu tak buat pun. Kali ni Ibu rasa nak jimat sikit masa pagi2.
So apa Ibu buat?
TaaaaaaDaaaaaaa!
Cara Penyediaan Beras Untuk Bubur Baby
1. Mula2 sila cuci bersih sambil berselawat ke atas baginda Nabi kita. Niat yang baik2 untuk baby. Dah cuci kering sila toskan beras tersebut. Ada orang rendam semalamam. Tapi Ibu cuci and tos kasi kering aje. Dah kering betul kita masuk dalam kuali. Sangai dia sampai dia kering dan keras. Sangai tu maknanya goreng tanpa minyak ok.
2. Dah sudah sangai, angkat dan sejuk kan. Bila dah sejuk masuk kan dalam pengisar kering ni dan kasi blend sama dia.
3. Blend halus2 sampai jadi macam tepung. Kalau tak halus tak jadi pulak. Kang dah masak berketul2.
4. Masukkan dalam bekas kedap udara macam ni dan simpan dalam chiller. Label kan. Takut tertukar dgn tepung pulak.
Makan bubur ke makan sudu? |
Ok siap! Jadi pagi2 Ibu just amek satu sudu beras tu and masukkan dalam air yang mendidih atas api. Lepas tu kalau nak campur puri campak kan aje 1 cube puri yg frozen tu. Siap!
Tapi untuk bekal taska Ibu asingkan puri tu. Bila nak makan nnt baru cikgu panaskan sekali dalam bubur. So far Alhamdulillah Umar ok aje makan semua. Ermm, mmg ikut abang lah ni kuat makan. Hahaha.
Ok itu aje. Harap ada lagi entry sebelum raya ye. Ini pun update dari hp aje. Gigih tak gigih lah kan.
Selamat meneruskan baki2 ramadhan dengan gigih!
wow super mama
ReplyDeleteWahhh umar dah makan raifa baru cecah 6 bulan hari ni excited jugak ni nak bagi solid food
ReplyDeleteHaziq belom makan apa pun lagi. Dasar ibu pemalas lipas
ReplyDelete