+ dag dig dug +

August 5, 2015

Eid Mubarak 1436 Hijrah - RAYA KEDUA

Assalamualaikum,

bersambung kita dengan entry raya kedua. Selalunya raya kedua mesti beraya rumah pakcik-makcik sebelah Atok Aji. Dengan je area Selangor je. HEHE. 

So first stop kita ke rumah Mak Ngah kat Assam Jawa. Assam Jawa ni actually dah tukar nama. Tapi macam tak best je nama baru dia. Dulu-dulu masa kecik sinilah tempat permainan kitorang. Banyak giler kenangan. 

Budak-budak ni kenmain suka tengok kucing banyak dalam sangkar. Habis dikerumun macam tengok binatang kat zoo. Suke betul memasing. Menu istimewa kalau balik Assam Jawa ni masa raya mestilah sambal udang dengan remis masak lemak (tak silap saya). Sambal udang tu bukan sambal tau tapi dia macam serunding. Sedap sangat awaaaa.

All 6 in one frame.

Macam zoo dibuatnya

Dengan Mak Ngah

Ayah, Mak Ngah & Ibu
Ok dah kenyang dan jumpa semua sedara belah kat situ kita teruskan perjalanan. On the way tu nampak pulak Pantai Remis. Ibu apa lagi, suruh Ayah stop kejap sebab nak bergambau katenye. Syok gak Pantai Remis ni kalau nak shopping hasil lautan fresh. Gituuu. Lenkali kena singgah lagi.

Panas hoi!
Sampai sudah ke destinasi seterusnya, rumah Auntie Rahmah & Uncle Sukiran. Masa kat sini berapa kali aku ulang alik pi toilet. Sakit perut pulak datang tetiba. Sudahlah dihidangkan dengan special dish iaitu AYAM MASAK MERAH yang awesomeee. Dapat makan seketul pun dah bersyukuR. Uhuk.

Erm abam merajuk menangis je

One for the album!
Next! Rumah Uncle Hadi. Uncle Hadi married to Arwah Mak Usu. Rindunya arwah Mak Usu. Huhu. Alhamdulillah dapat jumpa cousins kat sini. Makan lagiiii. Memang kenyang giler hari tu. Kakal pun makan bertambah-tambah)

Umm boys.

The 'whatever' pose

Ini budak sungguh menggeramkannnn!
Ok, lets go to final house of the day. Rumah Mak Uda & Pak Uda. Pak Uda sejibik lah muka Atok Aji. Masa kecik2 confuse dibuatnya. HAHAHA. Tapi opkos kenal bau ayah sendiri ye dak. Lepak sini sampai jam 10 dan balik lah kami semua ke teratak masing-masing.


Gelap pun nak posing juga. Pedulik.

Alhamdulillah, dapat beraya dengan semua. Eh macam tak semua tapi almost. Terima kasih semua sudi melayan kedatangan The Shah's.

Till then, bai nak tido.



No comments:

Post a Comment

welcome to preggieland dear