+ dag dig dug +

June 22, 2015

Umar Nadeem's Labor Story.

Salam,

Just finished digging up Vivy Yusof's labor story.Semua sekali ada 4 parts u olls. Long crazy story of labor but very very hilarious. The part when she peed, that one almost had me laugh like a mad. Oh, well. I guess Vivy's labor story had me thinking 'When will I start with mine?'.

So marilah mengimbau. Umar Nadeem's Labor Story.

.::3rd Jan 2014::.

Sama macam masa Kakal, tak boleh tidur sangat waktu ni. My due is actually today. Perut mulai mengeras sekejap-sekejap. Memang dah rasa this is it, dah tiba masa ni. Bangun subuh pergi toilet, aahhh blood stained. Lega sebab ada tanda dah. Tapi contraction masih mild.

Tiba-tiba dapat whatsapp dari biras. Bagitau yang Kakal dapat masuk Tadika Islam Masjid Wilayah. Kami memang daftarkan dia walau baru 4 tahun. Alhamdulillah, rezeki Kakal dapat masuk. Terus kejut husband and inform him about my blood stained and Kakal punya school tu. Cap cap cus semuanya bersiap termasuk Kakal.

Husband tanya betul ke taknak pergi hospital dulu. I insist taknak pergi dulu sebab masih mild contraction. Nak sama-sama pergi daftar Kakal. This is his big day. I should be there with him. Kalau tak mesti aku sedih berhari-hari tak dapat ikut on his 1st day of school. Kakal macam faham tak berapa faham je masa ni. Sayu betul.

Duduk sebentar menahan kontraksi
His 2nd day at school

Thanks a lot to Mummy Jue yang handle Kakal

Then, lepas register dia baru kitorang pergi Hospital Selayang konon nak admit terus lah. Kakal tinggal dekat rumah MIL. Masa tinggalkan dia tu takde rasa sedih ke apa sebab macam ok im all set to to this labor thing. Masa tu pun dia bz main dengan cousins dia sikit pun tak heran Ibu.

Terus ke Pusat Bersalin Hospital Selayang, tak silap dewan bersalin dia dekat tingkat 5. Daftar and tunggu nama dipanggil. Berdegup jantung ku usah ditanya. Takut oi walau anak kedua. Rasa macam anak kedua lebih takut sebab kita dah pernah lalui. Jadi kita tau situasi dia. Makin takut. So, nurse pun panggil masuk bilik saringan tu. A few minutes later, doctor pun datang and buat lah apa yang paling tidak disukai oleh perempuan nak bersalin. 

Seluk!!!

Doktor perempuan yang datang seluk masa tu, nasib baik lembut aje dia buat. Rupanya masih baru 1cm dilated. Patutlah tak rasa contraction pun. Maka dihantarlah pulang. Prosedur hospital kerajaan kot, 3cm baru warded. Lagipun dengar ward penuh.

Then pulanglah kami ke rumah MIL. Amek Kakal dan balik rumah. Lepas maghrib contraction mula terasa. 10 minutes apart. Ok, ini memang betul ni. Terus siap and hantar Kakal ke rumah MIL semula. Drama pun bermula. Dia taknak lepaskan Ibu. Nak ikut Ibu, nak ikut Ibu. Ibu dah tak tau nak buat apa. Mujur ada Mummy Jue tolong pujuk Kakal. Ibu cried otw ke hospital. Tak pernah tidur asing dengan Kakal since dia lahir. Sedih giler. 

Ulang balik proses yang sama macam pagi tadi. Tapi kali ni dah dilated 3cm, so kena warded terus. Lama jugak la dalam bilik saringan tu baru dapat masuk ward. Rasa dalam pukul 12 lebih baru dapat masuk ward. Husband mula² nak balik tunggu kat rumah, maklumlah hospital kerajaan tak dibenarkan menunggu dalam ward. Tapi tak jadi sebab dia takut panik nanti tak sempat sampai time nak bersalin. So he just waited in the car and then went to Kedai Mamak near the hospital. 

.::4 Jan 2015::.

Around 3ish am, the contractions getting intense. Makin sakit dan tak boleh tahan. Tak boleh tidur, zikir zikir zikir. Nak someone untuk release the sakit. HAHAHA. Cakap je lah nak laki. Terus tekan bell and lepas tu doc pun datang seluk lagi.

“7cm dilated puan. Kita tolak masuk labor room ye”

Oh seriously? Bukan tak percaya, tapi rasa macam sakit tu bukan sakit 7cm, last time masa Kakal 7cm aku dah tak mampu bercakap secara straight. Tapi ini boleh cakap dan duduk dan bergerak lagi, Bearable. Tapi dengar je lah cakap doctor kan. Call husband and wheelchair pun datang untuk tolak ke labor room.

Dalam labor room nurse pasang CTG untuk monitor heart beat baby. Lama tunggu dalam tu, husband ku tak masuk-masuk lagi. Sampai pukul 5am baru dipanggil masuk. Time dia masuk tu memang dah start sakit tapi boleh la bukak mata borak sikit-sikit. Doc check lagi, kali ni doc lagi cakap baru 6cm dilated pulak. Haish, main-main ye. Terus rasa down sikit masa tu. Tapi sempat dengar doctor tu cakap kt nurse ‘she is very strong. 6cm but can just diam aje’ Mana ko tau aku diam doctor oi. Sakit tapi tahan ajelah takkan nak terpekik pulak ye. Then, nurse masukkan ubat drip untuk rangsang contractions. Tak suka.

Sakit oi.

Kesannya, kesian tangan husband bercalar-calar kena cengkam. Huhu, asal contractions je cengkam tgn dia. Bukan setakat cengkam, dgn kuku-kuku yang tajam tu aku tekan. Sampai dia tumbuk dinding nak tahan sakit. Ampunnnn B. Lepas tu kali ni overdose ubat macam teruk sikit. Ke sebab sakit sangat. Jadi macam tak betul. Tak boleh control diri. Rasa nak sepak semua benda dalam labor room tu. HAHAHA. Kali ni memang power penangan kesakitan dia.

8 am lebih dah. Lama jugak tahan sakit, sampai husband cakap ‘cuba awak jerit nurseee saya dah nak terberanak ni’ lawak pulak dengar tapi memang ye pun. Doktor pun datang and check..ok ready for labor. Banyak kali rasa push. Kali ketiga or keempat baru keluar Umar. Bidan tu cakap patutlah susah nak keluar, tali pusat terbelit kat leher 2 kali pulak tu. HUHU. Alhamdulillah semua selamat. Tak tau kenapa nangis kali ni. Masa Kakal dulu penat sangat, nak nangis pon tak sempat. Kali ni penat juga tapi sebab lama dan sakit kot sebab tu nangis. 

Umar lahir pukul 9.51am, 4 Januari 2014 dengan berat 3.42kg. Keluar je Umar, husband terus azankan. Then bidan amek letak atas dada kita for skin to skin contact. Sayunya rasa, MasyaAllah. No words can describe the feelings. Then nurse amek Umar untuk bersihkan and check berat semua. I rest awhile, and nurse datang balik with Umar. I remember giving salam to Umar and breastfed him for the first time. Bersyukur sangat, terima kasih kepada nurse, bidan dan doktor² Hospital Selayang. Big thanks of course to the Man of The Match..Abi. Teeheeehee~

Umar pun dah setahun setengah. Yeay thats it. Berjaya habiskan the whole story. Alhamdulillah. 


Man of the day..Abi!

Umar Nadeem

Abang besar with Adik.



1 comment:

welcome to preggieland dear