+ dag dig dug +

May 20, 2015

Review: Seri Bayu Resort, Bagan Lalang

Assalamualaikum,

Ok, last update Oktober 2014? Hahahaha lama giler. Baiklah, akan cuba update mulai hari ini (Read:Kalau Rajin) HIHI.

Banyak benda nak update. The boys birthday parties, my birthday surprises, lost our beloved uncle and auntie, vacations, weekends, etc. Will update slowly sebab suka baca balik bila boring. And bila nak refer something pasal Umar or Kakal.

Ok so hari ni nak mulakan dengan our recent vacation or short getaway lah sebenornya. Sebab dekat sangat kan pergi pun 1 malam sahaja. Cuti Hari Buruh & Wesak haritu as semua orang tahu pun pergi mana² pun akan sesak. So we all decided nak bercuti dekat² ajelah. Gali punya gali jumpalah tempat ni.


SERI BAYU RESORT 

PT 3076 LOT 4756,Jalan Persiaran Sri Bayu
Bagan Lalang,43950 Sepang,
Selangor D.E
www.seribayu.com


Senang sangat deal, call and book terus then diorang akan email kan kita the invoice. Kena bayar 50% deposit and 50% lagi upon check-in. Mula² macam ragu² gak nak bayor takut kena tipu tapi lepas a few times email diorang baru rasa macam percaya sikit. HEHE. Untuk apartment 2 bilik ni harga dia RM300 untuk 1 malam tapi orang gomen dapatlah dalam RM270 tak silap saya. Ada juga jenis studio harga tak berapa pasti. 

Ok ini review ikhlas dari hati. HEHEHE.

Check-in : Kitorang check-in hari jumaat cuti kan masa tu. Masa call and tanya pukul berapa boleh check in diorang cakapa boleh check in awal sebab bilik memang dah kemas and available. Tapi kitorang singgah solat jumaat dulu so sampai dalam pukul 1 lebih jugalah. Resort ni takde lobi ye macam hotel. Check in dia kat salah satu blok apartment tu aje. Simple aje tempatnya, mujur tak berapa ramai kalau tidak berpeluh juga menunggu. HEHE. 

Breakfast : Dapat complimentary breakfast for 4 person per apartment. So kami dapat 8 lah sebab book 2 apartment. Breakfast bukan disediakan secara buffet tapi packed food. Masa kami tu menu dia nasi lemak ayam dengan air mineral. If nak beli tambah pun boleh. Konsep dia beratur lah anda untuk dapatkan makanan, And tempat makan pun bukan la dalam restoran ke apa. Kat tepi swimming pool aje which is ok juga lah sambil makan boleh tengok bebudak mandi kolam ye dak?

Swimming pool : Ada. Tapi kecik aje dan rasanya bagi budak² aje lah mandi. Orang tua boleh tengok anak² dari tepi. Kalau nak buat aksi kuak lentak memang payah pasal ko baru nak kuak dah sampai hujung. HAHAHA. Tapi ahkak ok aje dik non.

Apartment : OK. Aircond ok, katil ok, bilik air ok, water heater ok. Cuma bila masuk tu tapak kaki rasa melekit dan berpasir. Kureng sikit lah disitu. Ada kitchen tapi takde tempat masak and fridge sebab memang tak dibenarkan masak disitu. Kettle ada disediakan, Iron sila mintak kat reception nanti dia bagi.

Other facilities : Boleh sewa khemah, set karaoke, basikal. Sesuai untuk family day kecil-kecilan.

Reception







Gambar dalam apartment tak berapa banyak boleh tengok kat website. Lunch kitorang bawak potluck dari rumah. Ibu masak kari ayam dengan sambal ikan bilis, Jaja bawak sayur campur dan saya bawak sup ayam untuk kanak-kanak. Kenyang makan sampai ke petang. Malam kitorang pergi dinner dekat seafood restaurant di tepian pantai Bagan Lalang. Nama tempat tu Bayu Malam. Dekat tepi pantai tu banyak je restoren lain tapi kami pilih yang tak berapa ramai. Food was ok dengan reasonable price. Thank you to Abang Ipar for the treat! HIHI. 








So esoknya check out and pergi kenduri kawan Jaja. Alhamdulillah rezeki pulak, kebetulan bercuti and dapat jemputan kenduri berdekatan. Lepas kenduri lepak tepi pantai makan ABC. 






Habis.

Kan dah kate short getaway tapi meaningful dapat berkumpul macam gini. Suka tengok Atok Aji & Nenek Nah happy melayan cucus. Cucus pun kenmain manja dengan Atok Nenek. Alhamdulillah, thank you Allah.


2 comments:

welcome to preggieland dear