+ dag dig dug +

May 27, 2015

Trip To Ipoh, Aug 2014 - Part I

Assalamualaikum,

Godek balik draft berhabuk terjumpa entry ini. Dah masuk gambar bagai. Karang ayat je tak habis. So lets continue The Journey To Ipoh!

#theshahvk ni tahun lepas masa cuti Hari Kebangsaan. Atok Aji dah lama benornya ajak cucu-cucu pergi Lost World of Tambun. So beramai-ramai lah kita ke IPOH. Mula² ingat Ipoh ni macam tak best, HAHAHA, Sekali, wooowwww Ipoh sebenarnya sangat maju ye. Dan banyak tempat menariks.

First stop, Mee rebus Tapah. Lepas tol Tapah masuk kanan lepas trafik light. Kedai dia sebelah kanan berhadapan dengan Sek Sri Kelana kalau tak silap. Rasa sedap tapi daging agak keras sikit.
Kitorang stay dekat Casuarina Meru Hotel, Ipoh. Hotel baru dekat area Mydin Meru. Hotel bersih, kemas, breakfast OK, bilik Ok tapi no swimming pool. Memandangkan kitorang nak pergi berendam kat LWOT tu jadi takyah lah hotel swimming pool lagi. Rate hotel ni pun affordable je.


3 lil rascals
Breakfast


Pantang lah jumpa katil kan.


Kecik lagi Umar masa ni. HEHE

Dah check-in and refresh, malam kitorang pun keluar jalan-jalan cari makan. Katenye Nasi Vanggey Ipoh ni pemes. Jomlah kita try. Tak sempat nak snap gambar depan restoren sebab dah kelaparan. Tapi kalau korang teringin nak makan takyah pergi jauh-jauh dah. Kat Taman Sri Rampai, KL pun dah ada cawangan dia. HAHAHA. Rasa dia sebenarnya adalah biasa. Sekian.

Lepas makan cari tempat lepak, ke Kinta Riverfront Walk lah kita. Kat situ ada macam-macam aktiviti. Basikal boleh naik 3 orang tu, boleh tengok sungai ada lampu-lampu. Nice sangat.

Ummmmphh

Satu round je Abi larat bawak Kakal.
hahahaha

Atok Aji pun kayuh basikal jugew.

Selfie!

Ok setakat ni dulu. Esok² sambung cerita dekat Lost World of Tambun and jalan² Ipoh Town! Tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya menyambung cerita ini. BAHAHAHA.

Jom lunch.




May 25, 2015

Short Getaway: Pullman Putrajaya Lakeside

Assalamualaikum,

Entry ke 2 selepas seminggu? Kira OK lagi ni. HAHAHA. Langkah yang baik untuk kembali berjinak² mengetik keyboard.

Baru lepas godam hp korek gambar-gambar nak up entry. So here goes..

Actually, kitorang plan nak pergi Legoland. Tapi Allah sebaik-baik perancang, Abi hospitalized beberapa hari sebelum nak pergi due to gall bladder. So cancel Legoland. Lepas Abi dah baik, Abi kasihan tengok anak² maka marilah bawa mereka berjalan. Cari tempat dekat dan available. Try call Pullman and ada bilik available. Marilah check-in sini saja.

Suka suasana sini sebab tenang dan tempat dia pun tak sesak. Oklah dengan harga dia kan. Pernah bayar harga serupa tapi service teruk gak. Paling suka kat sini breakfast buffet spread dia. Wallahh kate koo~

Sebelum check in, singgal IOI City Mall. 

Boss besau dah masuk bilik

Modern Decor













Takde aktiviti apa pun. Memang pergi nak kasi anak² mandi swimming pool and kasi Abi relax dengan anak². Alhamdulillah, thank you Abi for the treat,

Ok, esok nak korek cerita apa lagi. HAHAHA. Entah bila nak taip entry berkualiti.

Till then, toodles!


Salam.


May 20, 2015

Review: Seri Bayu Resort, Bagan Lalang

Assalamualaikum,

Ok, last update Oktober 2014? Hahahaha lama giler. Baiklah, akan cuba update mulai hari ini (Read:Kalau Rajin) HIHI.

Banyak benda nak update. The boys birthday parties, my birthday surprises, lost our beloved uncle and auntie, vacations, weekends, etc. Will update slowly sebab suka baca balik bila boring. And bila nak refer something pasal Umar or Kakal.

Ok so hari ni nak mulakan dengan our recent vacation or short getaway lah sebenornya. Sebab dekat sangat kan pergi pun 1 malam sahaja. Cuti Hari Buruh & Wesak haritu as semua orang tahu pun pergi mana² pun akan sesak. So we all decided nak bercuti dekat² ajelah. Gali punya gali jumpalah tempat ni.


SERI BAYU RESORT 

PT 3076 LOT 4756,Jalan Persiaran Sri Bayu
Bagan Lalang,43950 Sepang,
Selangor D.E
www.seribayu.com


Senang sangat deal, call and book terus then diorang akan email kan kita the invoice. Kena bayar 50% deposit and 50% lagi upon check-in. Mula² macam ragu² gak nak bayor takut kena tipu tapi lepas a few times email diorang baru rasa macam percaya sikit. HEHE. Untuk apartment 2 bilik ni harga dia RM300 untuk 1 malam tapi orang gomen dapatlah dalam RM270 tak silap saya. Ada juga jenis studio harga tak berapa pasti. 

Ok ini review ikhlas dari hati. HEHEHE.

Check-in : Kitorang check-in hari jumaat cuti kan masa tu. Masa call and tanya pukul berapa boleh check in diorang cakapa boleh check in awal sebab bilik memang dah kemas and available. Tapi kitorang singgah solat jumaat dulu so sampai dalam pukul 1 lebih jugalah. Resort ni takde lobi ye macam hotel. Check in dia kat salah satu blok apartment tu aje. Simple aje tempatnya, mujur tak berapa ramai kalau tidak berpeluh juga menunggu. HEHE. 

Breakfast : Dapat complimentary breakfast for 4 person per apartment. So kami dapat 8 lah sebab book 2 apartment. Breakfast bukan disediakan secara buffet tapi packed food. Masa kami tu menu dia nasi lemak ayam dengan air mineral. If nak beli tambah pun boleh. Konsep dia beratur lah anda untuk dapatkan makanan, And tempat makan pun bukan la dalam restoran ke apa. Kat tepi swimming pool aje which is ok juga lah sambil makan boleh tengok bebudak mandi kolam ye dak?

Swimming pool : Ada. Tapi kecik aje dan rasanya bagi budak² aje lah mandi. Orang tua boleh tengok anak² dari tepi. Kalau nak buat aksi kuak lentak memang payah pasal ko baru nak kuak dah sampai hujung. HAHAHA. Tapi ahkak ok aje dik non.

Apartment : OK. Aircond ok, katil ok, bilik air ok, water heater ok. Cuma bila masuk tu tapak kaki rasa melekit dan berpasir. Kureng sikit lah disitu. Ada kitchen tapi takde tempat masak and fridge sebab memang tak dibenarkan masak disitu. Kettle ada disediakan, Iron sila mintak kat reception nanti dia bagi.

Other facilities : Boleh sewa khemah, set karaoke, basikal. Sesuai untuk family day kecil-kecilan.

Reception







Gambar dalam apartment tak berapa banyak boleh tengok kat website. Lunch kitorang bawak potluck dari rumah. Ibu masak kari ayam dengan sambal ikan bilis, Jaja bawak sayur campur dan saya bawak sup ayam untuk kanak-kanak. Kenyang makan sampai ke petang. Malam kitorang pergi dinner dekat seafood restaurant di tepian pantai Bagan Lalang. Nama tempat tu Bayu Malam. Dekat tepi pantai tu banyak je restoren lain tapi kami pilih yang tak berapa ramai. Food was ok dengan reasonable price. Thank you to Abang Ipar for the treat! HIHI. 








So esoknya check out and pergi kenduri kawan Jaja. Alhamdulillah rezeki pulak, kebetulan bercuti and dapat jemputan kenduri berdekatan. Lepas kenduri lepak tepi pantai makan ABC. 






Habis.

Kan dah kate short getaway tapi meaningful dapat berkumpul macam gini. Suka tengok Atok Aji & Nenek Nah happy melayan cucus. Cucus pun kenmain manja dengan Atok Nenek. Alhamdulillah, thank you Allah.