+ dag dig dug +

October 9, 2014

JJCM : Wondermama X, Avenue K

Assalamualaikum,

Petang² hari jam 5 petang macam gini mood nak buat kerja memang ke laut. Mood nak amek anak tu membuak². Dan juga mood kelaparan tahap menggeletar keting kakiku. Disaat ini hanya mampu throwback ajelah gambar-gambar 'foodporn' yang pernah hadir di perutku.

Ini throwback entah bila. Yang pasti ianya telah berlalu. Makanan pun sudah dihadam dan dinyah keluar melalui perkumuhan. Waktu ini kali kedua menjejak Avenue K yang rupanya sangat seronok sebab ada macam² kedai yang kalau masuk boleh lupa diri seperti H&M dan Cotton On Kids. Nampak sangat sifat emak-emak dalam diri semakin menjitu. Apapun anak didahulukan.

Bila perut lapar tak nampak banyak pula kedai makanan disitu lalu nampak Wondermama X yang macam 'eh kat sini pun kau ada aku ingat dekat bangsar aje' macam terkejut sekejap lah nampak. Lalu terus masuk tanpa melihat menu dan harga. Oh lupe, waktu itu sudah gaji jadi kite terjah ajelah.

Sebelum apa² tolong jangan marah sebab entry ni macam tak membantu kalau anda sedang mencari nama makanan yang sedap² kat situ sebab I IS LUPE! Maafkan saya. HAHAHAHA. Jadi mungkin boleh tengok gambar dan bayangkan ajelah nama dia apa masa korang order nanti. Begitu.


Mee Siam..kot

Ice Lemon Tea

Tak tahu nama tapi sedap
Ini sedap!

 

Amboi sangat!








Mak Jemah sangat 
Loving the decor sesangatnye. Cermin besar dimana² lantas memudahkan selfie berjemaah. Tingkap kaca pelbagai warna itu memang sangat sinonim dengan kampungku suatu waktu dahulu. Pergilah makan disana nasihatku.

Lepas itu pergilah round dalam kompleks tu. Dekat tingkat atas ada macam pameran dinosaur. Macam pameran ke theme park begitulah. Entry fees RM25.00. Tak jadi masuk sebab kesuntukan masa. Bergambar ajelah depan tu.

WonderMamaX Avenue K

G-8C, Ground Floor, Avenue K, 156 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia 

Mon – Sun: 10:00 am – 10:00 pm
Know your dino.
Erk yang seluar bintik² tu bukan dino..sama sekali tidak.

Haa tudiaaa live size dino!
Eh depan tu bukan dino..tolong ye.
Umar mana?

Umar Nadeem masa ni ketiduran dalam stroller. Budak itu kalau tidur pun sekejap saje. Nak melekat celah ketiak Ibu baru tidur lama sikit. Bau lavender ye ketiak Ibu ni Umar?

Oklah.

Oklah maknanya sampai disini sahaja. Nak balik menghadap jalan jem anak² tercinta. 

Toodles!



2 comments:

  1. oh baru tahu Wondermama pun dah ada dekat Avenue K ye, thanks for the info :)

    ReplyDelete

welcome to preggieland dear