+ dag dig dug +

October 17, 2014

Umar Nadeem : Newborn Photoshoot

Assalamualaikum,


Cerita lama lagi datang lagi. Korek korek gambar untuk dijadikan entry setiap hari. Memang takkan ikut tarikh kronologi. Yang mana dan aje kita update ye. 

Dari awal memang both Ibu & Abi dah plan nak buat newborn photoshoot untuk Umar. Siap google lah cari idea nak buat cemana. HAHAHA. Tapi masa dalam pantang agak susah nak dapat kerjasama Umar. Sebab taknak berletak, mahu berdukung saje. Orang lain dukung nangis, mahu Ibu juga. 

Sudahnya, dah 3 bulan baru kita buat photoshoot ni. 


his little hands stole my heart,
and his little feet ran away with it







the laughter of a child,
is the light of the home





Thank you bagi kerjasama ye baby. Ibu loves you to the moon and back patah balik ke hati awak ketat-ketat. Mana abang? Hurm, abang Kakal biasalah dapat jumpa padang macam dapat emas turun dari langit. HEHEHE.

Till then,

Have a good day.


instagram (themikaelsproject)
facebook page : the mikaels project
web : https://themikaelsproject.wordpress.com

October 16, 2014

VENDEUR FESTIVAL 3.0

Assalamualaikum,

Ini kisah sebelum raya. Berebut semuanya nak ke Vendeur Festival 2.0. Mula² malas juga tapi bila tengok venue dia dekat MATRADE. Woiii betul ke kat MATRADE? Hoh memang sila jangan lepaskan peluang depan mata. MUAHAHAHA.

Dah plan baik punyer dengan Jaja and Aunty Adik, kita harus keluar seawal pagi untuk menjayakan misi ini. Jangan lambat sebab confirm stuck dekat luar. HUHUHU. Kang ada yang pengsan, sudah lah puasa. Tapi dah plan kalau penat kita naik opis dulu rehat. HAHAHA. Gelak lagi.

Memang gila masa tu, sampai² tengok orang beratur kay ASHANNAS. Apahal dorang beratur ni Ja? Tanya ku kepada kakak ku. Dia pun tak tahu. Setelah disoal siasat rupanya memang kena beratur kalau nak beli ye. Sebabkan skewert abang kawasan tak masuk dalam shopping list maka kita terus menuju ke booth lain. Mula² lalu baju banyak giler tak berusik, sekali orang semua masuk dah macam gula kena hurung. HUHU.

Dipendekkan cerita, kitorang dapatlah apa yang di aim kan. Tapi sayang sekali 1 paperbeg Sugarscarf Jaja yang ada Madison tertinggal! Misplaced! Hilang dalam tak tahu ke mana? Bukan rejeki namanya. Dapat jumpa selebriti ramai juga Neelofa, Mizz Nina, Ustaz Don! And ramai owner online shop yang power-power ada masa tu. Inspired tengok diorang ni.

To all yang tak dapat join that day, jangan bersedih, Tak lama lagi berita gumbira untuk ahkak-ahkak semua.

Miss Eira, Miss Jaja with Mizz Nina.
Flawless kulit dia. Bersih suci murni.

Mira Sulaiman, proud owner of Shawlbyvsnow.
Mengapakah begitu cantik?

Kepoci mengumbah tudung.

Shop till you drop sangat kate koo..


So, here comes the good news.


The next big wave!


Vendeur festival 3.0.


In DISEMBER, katenye,


Bila?


Kat mana?







MUAHAHAHAHA.


So girls, get ready!!!


Tarikh dia tutup pula, tapi follow je instagram vendeurfestival untuk update terbaru. Soon they will reveal the venue and date. 


Toodles!!



October 9, 2014

Sendukkk Fifieeee : Resepi Spaghetti Aglio Olio

Assalamualaikum,

Ehem.

Semalam otw balik rumah tanya Abi nak makan spaghetti Olio tak? Ayang nak masak Olio harini. Abi cakap OK je, makan je apapun tapi taknak nasi. Okeh setel.

Balik tu bagi Umar makan dulu. Lepas tu Kakal tanya:

Ibu, cepatlah masak Oreo.


Ha? Oreo apa ni bang? 



Ibu kan tadi kate nak masak spaghetti OREO?



HAHAHAHAHAHA.


Ibu cakap spaghetti OLIO lah! Adoii abang ni.


Lepas itu cargaslah masuk dapur sebab si Abang itu kalau sudah lapar nanti dia meratib 'Abang Lahpah Abang Lahpah'. Aglio Olio ni senang sesangat pembikinannye. Rencah pun tak banyak, sedap dan healthy pulak tu. Memang pilihan terbaik.

RESEPI AGLIO OLIO

10 ekor udang
5 ulas bawang putih (dipotong)
3 tangkai cili kering (dipotong/gunting)
2 biji cili padi
spaghetti (direbus)
Olive oil
serbuk black pepper
chilli flakes (optional)
garam
daun parsley (hiasan)

Cara² 




Masukkan olive oil ke dalam kuali. Tumis bawang putih, kemudian masukkan cili kering. Tumis sampai naik bau lepas tu masukkan udang or any seafood yang korang suka. Balik² kan kejap then angkat dan ketepikan. Itu kalau korang taknak seafood tu masak sangat. Saya tak asingkan pun.

Dah agak² masak masukkan spaghetti yang dah direbus. Taburkan chilli flakes dan serbuk black pepper. Perasakan dengan garam. Dah masukkan dalam pinggan tu hiaskan dengan daun parsley. Saya tabur daun ketumbar je. HAHAHA. 





Bagi husband makan and beliau cakap 'Ok boleh masak ini hari².' 

HAHAHA. Sonang sangat lah mcm gini. 

Oklah, selamat mencuba u olls.

BON APPETITE! 

JJCM : Wondermama X, Avenue K

Assalamualaikum,

Petang² hari jam 5 petang macam gini mood nak buat kerja memang ke laut. Mood nak amek anak tu membuak². Dan juga mood kelaparan tahap menggeletar keting kakiku. Disaat ini hanya mampu throwback ajelah gambar-gambar 'foodporn' yang pernah hadir di perutku.

Ini throwback entah bila. Yang pasti ianya telah berlalu. Makanan pun sudah dihadam dan dinyah keluar melalui perkumuhan. Waktu ini kali kedua menjejak Avenue K yang rupanya sangat seronok sebab ada macam² kedai yang kalau masuk boleh lupa diri seperti H&M dan Cotton On Kids. Nampak sangat sifat emak-emak dalam diri semakin menjitu. Apapun anak didahulukan.

Bila perut lapar tak nampak banyak pula kedai makanan disitu lalu nampak Wondermama X yang macam 'eh kat sini pun kau ada aku ingat dekat bangsar aje' macam terkejut sekejap lah nampak. Lalu terus masuk tanpa melihat menu dan harga. Oh lupe, waktu itu sudah gaji jadi kite terjah ajelah.

Sebelum apa² tolong jangan marah sebab entry ni macam tak membantu kalau anda sedang mencari nama makanan yang sedap² kat situ sebab I IS LUPE! Maafkan saya. HAHAHAHA. Jadi mungkin boleh tengok gambar dan bayangkan ajelah nama dia apa masa korang order nanti. Begitu.


Mee Siam..kot

Ice Lemon Tea

Tak tahu nama tapi sedap
Ini sedap!

 

Amboi sangat!








Mak Jemah sangat 
Loving the decor sesangatnye. Cermin besar dimana² lantas memudahkan selfie berjemaah. Tingkap kaca pelbagai warna itu memang sangat sinonim dengan kampungku suatu waktu dahulu. Pergilah makan disana nasihatku.

Lepas itu pergilah round dalam kompleks tu. Dekat tingkat atas ada macam pameran dinosaur. Macam pameran ke theme park begitulah. Entry fees RM25.00. Tak jadi masuk sebab kesuntukan masa. Bergambar ajelah depan tu.

WonderMamaX Avenue K

G-8C, Ground Floor, Avenue K, 156 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia 

Mon – Sun: 10:00 am – 10:00 pm
Know your dino.
Erk yang seluar bintik² tu bukan dino..sama sekali tidak.

Haa tudiaaa live size dino!
Eh depan tu bukan dino..tolong ye.
Umar mana?

Umar Nadeem masa ni ketiduran dalam stroller. Budak itu kalau tidur pun sekejap saje. Nak melekat celah ketiak Ibu baru tidur lama sikit. Bau lavender ye ketiak Ibu ni Umar?

Oklah.

Oklah maknanya sampai disini sahaja. Nak balik menghadap jalan jem anak² tercinta. 

Toodles!