Haa gitu tajuk entry macam tajuk drama. HOHOHO. Tetiba ada mood nak update walau tengah buat kerja tadi. Takpelah sesambil apa salahnya.
Isnin lepas, sehari sebelum Raya Haji kami hantar Atok Aji & Nenek Nah ke KLIA. Diorang nak pergi menziarah Palestin & Jordan. Seronol betul dapat peluang macam gitu. Alhamdulillah rezeki Ayah & Ibu. Kami sempat kirim goodies untuk kanak2 kat sana. Semoga dapat bantu gembirakan diorang dalam keadaan diorang yang serba kekurangan. InsyaAllah.
Yang nak ceritanya, budak² ni semua dah pandai merengek nak ikot Atok Aji diorang naik aeroplane. Especially Kakal & Afiq. Ya ampunnnn....meroyan kat depan departure gate tu.
NAK IKOTTT ATOKKK AJI...NAK IKOTTT ATOKKK AJI.
Berlarutan sampailah dah dalam kereta nak balik pun masih macam tu. Sampailah tertidur sendiri. Memang time tidur kan tu yang meroyan tu. Kelakar betul bila ingat diorang pujuk nak ikot Atok Aji.
Atok Aji : Mana boleh ikut, Afiq & Kakal takde passport.
Afiq : Afiq ada passport! Kat rumah..
Atok Aji : Mana ada baju nak bawak.
Kakal : Adalah dalam kereta.
HAHAHAHAHA. Ada je jawapan diorang. Takpelah sayang, Atok Aji nak balik dah harini. InsyaAllah ada rezeki nanti kita naik aeroplane sesama dengan Atok ok.
Masing² tengah 'beli' Atok Aji |
Complete. |
Ini yang paling teruk sekali menangis. Hai lah Kakal. |
kesian tengok kakal menangis macam tu...
ReplyDelete